LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Sunday, October 31, 2010

Opah ke Mekah



Salam...

Semalam dah anta Opah dan Makngah di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Aku tengok Opah happy je nak pegi Mekah. begitu juga dengan makngah. semoga mereka sihat sejahtera apabila disana dan dapat melakukan ibadat haji dengan tenang dan senang. amin...

Thursday, October 7, 2010

Idea!

Salam...

Setelah sekian lama aku surf internet dan cari idea-idea perkahwinan idaman aku. ni aku nak tunjuk gambar-gambar yang aku amek dalam Google. ade banyak sangat. tapi aku letak yang mana aku suka yer.

piccas yang aku letak ni semuanya yang aku rase sesuai untuk wedding aku. dan mungkin akan aku guna. adala 2 3 pilihan tapi belum final lagi.

sila jamu mata anda. Credits to Google dan juga kepada pemilik-pemilik web yang aku ambil pics ni. aku pon dah tak ingat dari mana. Credits to all..


kad ni cantik.



ni contoh kek simple yang aku nak.agak-agak ade ke yang bleh buat?

sweet je kek ni kan.tgk je dah sweet. mkn tentu sweet gak yummmm...

Ni dari tiffany & co. kalo tak silap. aku meroyan nak cincin ni kat F. bila p habib jewel ingat nak custommade yang sama. tp staff habib cakap ni diamond yang baesar. alamak...tertelan air liur jap aku. mane ade bajet nak diamond yang besar sangat..alal tak tercapaila nak yang macamni..


aku suka warna merah. so aku nak bilik tido ade warna merah macam nie.

nak DIY giftbox yang mcm ni n riben tukar merah. larat ke aku nak buat? T.T


nak DIY gak rozet untuk penanggah n rozet family mcm ni. comel jer..

nak DIY gak flower centrepiece mcmnie.senang jer. yay!

juga nak DIY bunga pegang camnie..wah banyaknye nak DIY.. larat ke aku nie?aku leh ke buat?hahah

tolong la izinkan aku nak ade tanglong2 macam ni masa wedding aku nanti..leh tak mummy? pleaseeeee

nak baju kahwin n nikah yang mcmnie. baju erra tu canti kat bahagian tangan dia. rare item nie.

nak cari viel yang mcm nie.mane nak cari ek?

nak pelamin kaler merah mcmnie. tapi taknak ade lampu kat atas kepala. panas. nak lampu kat bawah jer.

ok aku dah taktau nak letak ape lagi. ade banyak sangat. tapi untuk pendahuluan yang ni je la ek. nanti aku letak yang betul-betul aku nak guna masa tunang/wedding nanti . ok...sekian....


Wednesday, October 6, 2010

Tips lulus temuduga kerajaan

salam...

arini aku boring. aku saja-saja surf internet. aku taknak cari idea atau diy untuk B2B aku. nek boring n tekanan plak rasenya. aku nampak banyak sangat fresh graduate tanya macam mane nak lulus temuduga kerajaan. Arini aku murah hati la nak bgtau anda semua pengalaman temuduga kerajaan yang aku penah hadapi.

sebelum tu aku cite skit la aku nie sape. layak ke aku bagi tips nie?aku rase aku tak layak tapi aku sekadar nak kongsi pengalaman aku je sampai la skang ni aku dah keje kerajaan pon...

aku pegawai kerajaan gred 41. still fresh yer. baru start keje tahun 2009. mungkin dianggap bertuah atau memang nasib aku. aku dapat 2 temuduga selang sehari jer. temuduga pertama sebagai PTD (pegawai tadbir diplomatik) dan kedua temuduga jawatan yang aku sandang sekarang ni (xnak bagitau jawatan ape.sori!) untuk pengetahuan anda semua aku lulus temuduga tu.

haaaa tips dia mcmnie....

1) doa dan letak harapan anda setinggi boleh dalam jawatan yang anda temuduga tu. sebabnya secara psikologinya otak kita akan berusaha menjawab soalan yang diajukan sebaik mungkin apabila kita rasa nak sangat jawatan tu. sama macam apabila kita jawab exam. pasti atau tak kita jawab jer.paling-paling ade markah sikit. kan?betul tak??

2) hafal setiap ape yang anda tulis dalam resume yang anda hantar tu. sebab dalam dua-dua interview yang aku pergi ni penemuguda ni tanya aku "can u tell me again whats inside your resume, please elaborate shortly" bahasa melayunya.. ape dalam resume kamu bagitau le balik...so sila hafal yer...

3) PAKAIAN!! sangat penting..siap bold and huruf besar lagi.. lelaki sila la pakai office attire..biar smart.kalo takde kot pon pakai je long sleeves n necktie. biar kemas bergosok. kasut hitam kilat2 pon lagi digalakkan.JANGAN plak pakai kasut sneakers adidas ke nike ke supra ke ntah ape2 jenama asalkan dia hitam..please take note..JANGAN! dilarang sama sekali...kasut biar bertali yer..

yang perempuan plak kalo bertudung jangan gelebeh sana sini.biar kemas. yang freehair sanggulla...walau anda tak cantik pon paling-paling bedak muka n boh lipstik skit pon dah cukup. tapi ingat..jangan makeup muka macam tepung gomak plak.wangi-wangi skit but jangan bau wangi yang melampau sehingga senak hidung penemuduga maupon pak guard kat pondok pengawal gate bawah leh bau. JANGAN pakai pakaian yang menjolok mata. skang ni ade banyak baju kurung yang nipis-nipis nampak seberang jalan.kalo bleh elakkan la pkai baju macam tu. kain belah-belah pon jangan. pakai baju kurung yang sederhana tetapi kemas dan warna-warna suam dan tidak menyebabkan trafik jem di KL.hahaha

handbeg korang tu plak jangan yang besar gedabak tau. yang justnice je saiz dia paling ok.ala kira yang standard size la..kan skang ni fesyen handbag besar muat bas mini tu..hahaha bek jangan pakai tau.

kasut biarla kasut courtshoe.tau ke tak courtshoe tu hape? KASUT HITAM TUTUP PENUH SEDIKIT TINGGI DAN DEPAN TAK TAJAM.ROUND JE BENTUK DIA. bukan kasut vogue depan tajam tinggi 10 tingkat bangunan dayabumi.ha hamik ko..harap anda sume faham yer. tiada penerangan lanjut tentang ini.

4) resume dan sijil-sijil. ni la kadang-kadang kesilapan terbesar anda sume..kalo boleh silala baca arahan pihak SPA ape yang dorang nak masa hari temuduga. masa daftar tu dia ade cakap susunan resume dan sijil-sijil yang berkaitan. kalo rajin dan pasti resume dan sijil-sijil anda dah tersusun silala masukkan dalam fail sijil-sijil biar senang penemuduga nak belek. ade yang advance siap binding lagi semua tu..JANGAN BIAR KERTAS-KERTAS SEHELAI-SEHELAI.kesianla kat penemuduga tu. nanti dia pon nyampah nak amek anda keje.
ikut pengalaman aku resume aku dulu semua in english dan aku pon jawab temuduga in english. jadi rasa-rasa leh agak tak penemuduga tu akan tanya anda english atau bahasa melayu ikut keadaan macammane? dah bleh agak kan? tapi tu pengalaman aku jer.manela tau kalo time anda terbalik plak jangan salahkan aku yer. sebab logik dia penemuduga ni expectation tinggi dengan orang yang datang temuduga.ape yang anda perlihatkan kat dia itulah yang dia anggap anda mampu buat. dan satu lagi ic anda n slip tawaran datang temuduga. tu pon penting dan sentiasa keluarkan untuk senang disemak oleh penemuduga.

5) soalan-soalan:
a) soalan yang berkaitan dengan jawatan anda mintak tu. mcm aku PTD dulu dia tanya aku NKRA, KPI etc etc...
b) soalan berkaitan resume anda. ape yang ade dalam resume tu la yang dia nak dengar keluar dari mulut anda.
c) soalan yang berkaitan mengapa dorang akan amek anda bekerja? aku jawab time management and sbb post pegawai aku jawab jugak yang berkaitan dengan leadership. sebab nak jadi bos.huhuhu

6) ade lagi ke yang tertinggal? tips ni je kot yang aku leh kongsi..atleast anda semua tak tersasar jauh dari simpang. yang ni sume aku praktikkan tanpa ade sape yang ajar cuma SAYA YANG MENURUT PERINTAH. ape yang dorang nak itula yang aku buat. same exactly dengan apa yang dorg mintak. nak dua bagi dua. nak lima bagi lima. jangan lebih jangan kurang kalo lebih biar berpada-pada lebihnye.harap-harap anda faham..

ok harap-harap dapat membantu. aku cuma insan biasa yang nak menolong anak bangsa malaysia sama naik dengan ape yang aku dah capai. aku cuma hamba Allah yang kurang ilmu sedikit pengetahuan tetapi berkongsi atas dasar ikhlas menolong.

salam....