LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Tuesday, February 8, 2011

Ciri-ciri Isteri Terbaik

Salam....

Ciri-ciri ni dapat kat internet. Sumber lupala plak..Minta maaf dan kredit kepada tuan punya artikel. Aku memang mcm nie slalu lupa. huhuhuhu ok ciri-ciri isteri terbaik:

1) sifat yang lemah lembut tetapi tegas.
2)berperibadi mulia, akhlak yang baik dan sentiasa senyum.
3)sentiasa lembut hati, senang berubah dan senang ditegur.
4)pemurah dalam segala hal, senyum, tenang dan lain-lain.
5)bercakap dengan bahasa yang baik dan menyenangkan hati orang lain terutama suami.
6)bertenaga dan bersemangat.
7)pandai mendengar.
8)menjaga image diri.

Ok yang ni plak 8C yang suami atau orang lelaki tak suka yang mesti dihindari seorang wanita yang bergelar isteri atau bakal isteri. Lagi bagus kalo dah start hindari dari masa anak dara lagi. heheheh remind utk diri sendiri ni...practise makes perfect kan....

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI. Nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

C2. CABUL
Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seorang wanita itu tiada perasaan malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh dan tawar hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula ditempat kerja asyik pulak nampak yang comel-comel aje. Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pon.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu perhubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

C6. CEREWET
Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan kat luar, isteri nak tempat yang 'high class' aje. Restoran nak ade air-cond katanya.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr. Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak masih dok lepak depan tv lagi.

C8. CUAI
kebiasaannya lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutamanya apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kepada situasi sebegini terutamanya jika ianya berulang-ulang.

8C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi biasalah, kita insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa-masa tertentu, ianya berlaku kerana sifat suami itu sendiri atau mungkin juga keadaan sekeliling yang membuatkan para isteri mempunyai salah satu ciri-ciri 8C itu.

Haaaa...ni artikel yang aku sebat kat internet. Terpulang pada pendapat anda yang mana sesuai untuk diikut..renung-renungkan dan selamat beramal!

Tuesday, February 1, 2011

Week End Eye Candy! #9

Salam...

Nak tinggalkan cuti CNY ni dengan gambar nie..enjoy!

Sofa Mahjong. Sangat ideal untuk interior rumah konsep moden.
Sumber: bohaute.com





Happy Chinese New Year!