LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Tuesday, August 2, 2011

Week End Eye Candy! #19

Salam...

Maafkan aku sebelum anda semua tengok gambar-gambar dalam post ni. Heheheheh memang saja je tunggu dan simpan gambar ni banyak-banyak untuk bulan puasa. Heheheheh sorry guys!

 Sushi bentuk hati comel.

 Makanan dari game Pacman

 Makanan dari game Katamari

 Hmmm yummy!

 Coffee jakuzi.

 Anime kawaii


 Button cookies!

 lotsa coffee.

 Car rice ball

 Nice idea for food decoration

 Giraffe bread


 Lagi game pacman.

 yum yummy!

 Cupcake pop.

 Rainbow cake.

 Alice in wonderland cupcake.

 Rainbow cake.

 Rainbow chamelion

 Rainbow cake lagi!

 Cloud and rainbow cake.

 rainbow lagi...




 hello kitty pop.

 beruang tido dengan nyenyaknya..

 Gula-gula best. Aku dah rasa.

 Cake iphone

 1-Up Mario burger.

 Mario brothers cupcake.






 Ni craft dr kain felt.

 Totoro!



Source: Google.
All cute food!!! So cute so yummy!!!  Sila tahan dan bersabar puasa hari ini ye. TQ!

House Renovation #1

Salam...

Sepatutnya projek rumah ini dah mula awal sebulan sebelum puasa. Tapi sangat-sangat bz so banyak. Proses pertama buat rumah ni kami mulakan dengan aktiviti survey dan beli barang-barang sampai lebam. Tak beli sekaligus sebab takde duit cukup so beli barang yang dah survey setiap ceruk Greater KL dan Selangor. Tapi tempat yang paling banyak ulang-alik pergi adalah kedai jubin dan IKEA. Owhh i heart Ikea sooo much. Dulu sebelum Ikea datang Malaysia ada FRC (Furniture Reject Centre) Tapi FRC dah terkubur. Kalau nak banding FRC dengan Ikea, FRC lagi best. Tapi tipikal rakyat Malaysia mengagungkan barangan buatan luar negara (termasuk aku dan hubby heheheh) maka kami dengan seronoknya melangkah ke dalam IKEA Damansara tu. Huhuhu.

Sebab memang nak melengkapkan rumah. Jadi setiap minggu aktiviti utama adalah mencari semua barang-barang dirumah dari yang basic sehinggalah yang memenuhi kehendak. Nasib masa aku bujang dulu aku dah beli mesin basuh yang sangat berbaloi. Heheheh so dah jimat. Periksa semua barang yang dah ada dan lengkap, cuma beli yang belum ada sahaja.  Aku buat checklist barang-barang yang wajib beli dan barang-barang yang mengikut kehendak. Keperluan dan kehendak kan lain-lain.

Ini barang basic (keperluan) yang perlu ada dalam rumah yang dah disenaraikan:
1. Sofa                                                    6. Almari baju
2. Meja makan                                        7. Dapur
3. TV dan kabinet TV                             8. Peti ais 
4. Book Shelves                                     9. Mesin basuh 
5. Katil                                                 10. Meja kerja

Ini pula barang tambahan mengikut kehendak:
1. Safety door (takyah pakai grill dah)
2. lantai simen ditukar ke lantai jubin seluruh rumah
3. Dapur elektrik.
4. Lampu ruang tamu, lampu bilik makan, lampu meja kerja
5. Kipas ruang tamu, kipas bilik tidur, kipas bilik makan
6. Kabinet dapur ikut warna kesukaan
7. Bilik air (tukar jubin up to ceilling + sinki baru + drawer + kolah air kecil)
8. Air-cond bilik tidur utama dan ruang tamu (dah ada kipas nak air-cond lagi??hmmm)
9. Tingkap kaca tukar kepada tingkap kaca hitam
10, Cat rumah baru warna Raspberry yang sangat comel.





Saja aku ambil gambar ni, idea untuk center katil tu. Sekali dengan lampu. 


 Almari baju PAX Ikea. Kalau tak silapla.

 Aku suka gambar besar-besar ni. Tapi tak beli pun. 

 Menarikkan gambar ni? RM200 plus ni.

Bila dah habis survey, pergi jumpa kontraktor yang nak buat renovation rumah. Lepas berbincang dan setuju dengan kontraktor itu, bayar upah penuh sebab nak suruh dia siapkan rumah cepat. Kontraktor mula buat rumah seminggu sebelum puasa. Kontraktor rumah mula buat lantai rumah. Lepas tu kontraktor lain mula datang buat kerja juga seperti pasang kabinet dapur. Owhh saya sangat suka kabinet dapur saya sebab warna merah. Suka! Kemudian, orang datang pasang air-cond pula. Suka lagi!

Lantai warna putih salju. Suka! (rumah sedang direnovate. Maafkan sepah-sepah, tongkang pecah, sarang tikus itu.)

 Kabinet dapur warna merah dah siap pasang. Table top granite je belum pasang lagi. Saya sangat suka! 

 Kabinet bawah.

 Kabinet atas

Aku sampai demam-demam cat rumah. Tapi aku sangat suka hasil mengecat yang aku buat sendiri tu. Itu pun tak abis cat lagi. Dapur tak cat lagi, bilik makan dan bilik tetamu belum siap lagi. Tunggu semua dah siap sepenuhnya, baru boleh mengecat dengan aman. Ok sampai sini dulu. Nanti aku sambung cerita renovate rumah lagi.

Note: Harap siap rumah sebelum raya. Rasa berbaloi dan tak sabar nak duduk rumah sendiri nanti. Suka!