LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Wednesday, August 6, 2014

belog berkerak berlumut raya

Assalam...hai

Wah tahap berkurun tak posting belog saya..hahahah berkerak dah ni. #tepukdahi. Teramat bz dan macam-macam benda baru dalam hidup. Apepun aku happy sangat-sangat sekarang ni. oh lupa nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014. Belum lambat lagi nak wish. Arini baru 11 hari raya. hehehe. Seronok raya? Aku biasa-biasa la raya ni. Raya dengan family. Yang penting semua ada. Adik beradik semua ada. Tahun depan mungkin dorang nak beraya umah mentua plak. So tahun depan punye cerita tu lain cite la..

Benda baru?ermm macam banyak sangat nak cerita. Posting lain-lain dulu pon asik pending je. Tak abis. Dah camne nak cite yang baru? huhuh takpela..Cite je kan. So yang baru..Iolss dah ade buah ati..hahahah seronok kauuu...yang baru lagi..Iolls dah jumpa old old friends masa uni dulu..meriahhhhh...cite baru lagi..Iolls dah mampu tanggung my family. Mak dah tak meniaga. Jaga cucu-cucu dia je. Tapi kesian gak kat mak..Letih jaga cucu. By the way.. i got very cute nieces and nephews. Comel-comel semuanye... tengok baka la kan..kehkehekeh..

Ntah kenapa tiba-tiba arini rasa nak update belog berkerak berlumut raya punya mood. Hehehehe #tepukdahi lagi sebab lupa tanggungjawab sebagai beloger yang langsung tak femes..nyampah i..hahaha ko jangan nak sakit ati sendiri ko tak femes sebab kenapa...ko sendiri tau jah! #tepukdahi kalini untuk diri sendiri sebab sakit jiwa raga. hahaha dah..tak mau bebel merapu..orang benci...kihkihkih

I tinggalkan uolls dengan picca iolls yang comelz sangat tengah berangan kat hotel paling tinggi kat penang tu. Kat mane? rahsia..hahahahah. Exclusive sangat-sangat, rase beruntung dapat lelap mata kat situ.hehehe k bye.

Sunday, October 13, 2013

Korbanku dan Jihadku

Bila ditanya ape erti korban, aku tidak lain tidak pasti akan teringat peristiwa itu. Pengorbananku dan jihadku...

Selepas 3 tahun kejadian yang mengubah hidupku 360 darjah. Peristiwa yang akan aku ingat sampai bila-bila dan akan aku sesalkan sampai aku tua. Peristiwa yang meragut separuh peribadi dan nyawaku. Peristiwa yang menyebabkan aku hilang kepercayaan dan trauma. Peristiwa itu menyebabkan aku sehingga kini berusaha mengubati sakit hati dan fobia. Peristiwa yang menyebabkan aku sukar untuk mempercayai seorang insan luar bernama manusia terutamanya pada mereka yang baru ku kenali.

Namun, selepas 3 tahun lamanya peristiwa itu terjadi aku kini lebih bahagia. Terima kasih Tuhan kerana telah merancang hidupku demikian rupa. Terima kasih Tuhan kerana dengan peristiwa itulah aku bangkit membela nasibku yang malang. Terima kasih Tuhan kerana Engkaulah menjadikan hatiku lebih keras tegas berbanding dulu. Terima kasih Tuhan kerana mengajarku erti kehidupan. Sungguh aku kurang layak untuk syurga mu dan kurang terima kasihku padamu melalui amalanku. Ya Allah ya Tuhan ku..terima kasih!

Sepanjang setahun selepas peristiwa itu aku terumbang-ambing. Keluarga tempat bergantung harap sepenuhnya. Dari itu aku sedar betapa ibubapa lah jua tempat mengadu domba. Kepada mereka lah jua tempat aku menumpahkan airmata. Pandai aku berpura-pura. Tiada siapa yang tahu melainkan aku ibubapaku dan adik-adikku. Puas aku melarang mereka dari berkata-kata apa adanya. Biar semua aku tanggung. Bermula pengorbananku sejak dari hari kejadian. Bermula juga jihadku menegakkan kebenaran atas apa yang terjadi pada diriku.

Setahun lamanya aku berjihad. Cuba menegakkan kebenaran. Cuba mendapatkan hak ku. Namun ada juga yang dirampas. Diambil tanpa kerelaanku. Aku redha. Sehingga kini aku redha. Rezeki Tuhan luas untuk hambanya. Itu aku redha. Biarlah. Bermula November 2011 sehinggalah Ogos 2012 aku berjuang habis-habisan. Alhamdulillah...aku berjaya akhirnya. Syukur kepada Tuhan.

Kini sudah hampir setahun lebih selepas berjihad, aku masih dengan perjuanganku. Berkorban untuk lebih memahami manusia. Berkorban kesukaanku untuk kepentingan lain. Aku cuba sedaya upaya untuk berkorban dalam pelbagai cara agar aku tidak menyinggung pelbagai pihak. Dalam pada masa yang sama aku merawat luka dan trauma ku. Masih berbekas dan terasa sehingga kini, namun semakin pudar. Aku sudah boleh menerima dan juga sudah boleh memberi. Tetapi aku sangat berhati-hati agar peristiwa itu tidak terjadi lagi. Korban separuh nyawa dan peribadiku inilah erti korban padaku sehingga aku bukan aku yang dulu. Aku berkorban dan aku redha kerana dengan pengorbanan inilah aku menjadi manusia yang tahu bersyukur dan aku harap aku menjadi manusia yang lebih baik.

Apa erti korban pada anda?

Selamat menyambut Aidiladha....

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadan

Assalam..

Aku tau aku lambat wish nie. Maklumla update blog 3 bulan sekali. Ok taknak panjang-panjang. Selamat Berpuasa, Selamat berbuka, Selamat Berbuka..Sekali semua.. Semoga bulan Ramadan ini mendatangkan berkat dan nilai yang tiada tara nya kepada anda semua. Insya Allah....Maafkan semua kesalahan yang penah aku buat sengaja atau tak. Aku pon likewise. 0 - 0 maa..hihih bye!

* Selamat Hari Raya Aidilfitri gak..(incase aku tak update blog lagi..huhu peace!)