Assalam...
Aku sedang berdukacita. Tiada penjelasan lanjut. Cuma ingin melakarkan memori kepada doa dari Nabi Muhammad Saw yang aku jumpa ini. Doa disaat Baginda berdukacita.
“Wahai Allah Tuhanku, kepada-Mu aku mengadukan kelemahan diriku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku di hadapan sesama manusia. Wahai Allah Yang Maha Kasih dari segala kasih, Engkau adalah pelindung orang-orang yang lemah dan teraniaya. Engkau adalah pelindungku. Tuhanku, kepada siapa Engkau serahkan diriku? Apakah kepada orang jauh yang membenciku atau kepada musuh yang menguasai diriku. Tetapi asal Kau tidak murka padaku, aku tidak peduli semua itu. Kesehatan dan kurnia-Mu lebih luas bagiku, aku berlindung dengan cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan, yang karenanya membawa kebahagiaan bagi dunia dan akhirat, daripada murka-Mu yang akan Kau timpakan kepadaku. Engkaulah yang berhak menegurku sehingga Engkau meredhaiku. Tiada daya dan upaya kecuali dari-Mu”.
Amin...
LOVELY NOLIE!
Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...
Sunday, October 16, 2011
Monday, October 10, 2011
Trend Baru Majlis Resepsi: Perlu ikut atau tidak?
Assalam....
Harap maaf dah lama tak post di blog ini. Sangat sibuk dengan kerja harian. Kali ni aku nak cakap pasal trend baru yang melanda Malaysia. Trend-trend yang menjadi ikutan dari barat oleh ramai B2B Malaysia masa majlis resepsi mereka. Antara trend tersebut ialah Candy buffet, guess book, sudut bergambar dan lain-lain lagi.

Candy buffet
Buka tetamu untuk ditandatangan
Sumber: Google
Kalau ada duit lebih dan dapat menjayakan (ada ahli kelaurga yang akan pantau) maka tak salah untuk buat. Tetapi jika membebankan pengantin atau ahli keluarga, maka ada baiknya tidak perlu dibuat. Bayangkan pada hari bahagia anda jika tiada orang yang dapat uruskan hal-hal guestbook untuk anda. Atau candybuffet yang dibiarkan tanpa pengawasan dari ahli keluarga atau teman rapat. Maka akan ada kanak-kanak yang datang itu mungkin akan ambil segenggam gula-gula tanpa memikirkan tetamu lain yang nak merasa jugak candybuffet anda. Betul tak?So terpulang kepada anda bagaimana ye...
Thursday, September 22, 2011
House Renovation #2
Assalam...
Rentetan renovation rumah sepanjang bulan puasa yang lepas, ini sambungan yang kedua. Untuk pengetahuan anda, rumah aku dah siap! Apartment je pun...Hehehe Tapi tak banyak pula gambar yang aku ambil. Hmmm...(pasni kena sentiasa pegang kamera semi-pro aku tu supaya gambar before and after dapat diambil). Cuma ada sikit saja gambar yang boleh aku share. Daripada tiada langsung kan?
Siap beli meja lubang-lubang dari Ikea. Hehehe dulu RM100 lebih harganya. Sekarang tengah sale so dapat RM59 kalo tak silap. Senang nak isi semua CD, DVD...lubang-lubang tak berkuap..hahaha
Aku sangat suka almari Pax Ikea ni. Sangat praktikal. Semua benda aku boleh sumbat dalam ni. Berbaloi dengan harga. Bayangkan toto boleh muat dalam almari ni dengan banyaknya dan masih ada space untuk letak benda lain. Sangat puas hati.
Cuma sekarang ni ada beberapa barang lagi yang tak lengkap. Akan dibeli dan tambah dari masa ke semasa. Bila tetamu datang beraya atau berkunjung ke rumah baru aku perasan ada banyak lagi barang-barang asas yang tiada. Jadi sekarang ni usaha kumpul sedikit demi sedikit barang-barang tersebut terutamanya barang-barang didapur.
Setakat ini aku puas hati dengan perancangan rumah aku. Dan aku gembira ada rumah yang functional. Lega dan boleh berlapang dada.
Rentetan renovation rumah sepanjang bulan puasa yang lepas, ini sambungan yang kedua. Untuk pengetahuan anda, rumah aku dah siap! Apartment je pun...Hehehe Tapi tak banyak pula gambar yang aku ambil. Hmmm...(pasni kena sentiasa pegang kamera semi-pro aku tu supaya gambar before and after dapat diambil). Cuma ada sikit saja gambar yang boleh aku share. Daripada tiada langsung kan?
Ruang tamu dibahagikan oleh sofa. Yup this is the raspberry colour paint yang aku bagitau dulu. Colour ni sangat best sebab bila terkena cahaya akan berubah warna kepada warna tertentu.
Ruang makan, sebelum letak karpet. Agak sempoi.
Hehehe ni saja je nak tunjuk bekas kuih raya. Heheheh murah-murah je bekas kuih raya nie tau...
Lagi ruang makan yang agak blur. Meja dan kerusi dari Ikea.
And this is my lovely kabinet dapur. I loiikkee!
Ruang kerja dekat dengan pintu masuk. Senang nak larikkkk....Hehehehe
Lagi keadaan rumah. Semua merah-merah belaka. Lain tahun tukar lain warna pula.
Lagi dapur ku. Oh dapur masak lupa pula nak ambil gambar. Ada kat ruang kanan sebelah washing machine tu.
Meja kerja.
Aku sangat suka almari Pax Ikea ni. Sangat praktikal. Semua benda aku boleh sumbat dalam ni. Berbaloi dengan harga. Bayangkan toto boleh muat dalam almari ni dengan banyaknya dan masih ada space untuk letak benda lain. Sangat puas hati.
Cuma sekarang ni ada beberapa barang lagi yang tak lengkap. Akan dibeli dan tambah dari masa ke semasa. Bila tetamu datang beraya atau berkunjung ke rumah baru aku perasan ada banyak lagi barang-barang asas yang tiada. Jadi sekarang ni usaha kumpul sedikit demi sedikit barang-barang tersebut terutamanya barang-barang didapur.
Setakat ini aku puas hati dengan perancangan rumah aku. Dan aku gembira ada rumah yang functional. Lega dan boleh berlapang dada.
Subscribe to:
Posts (Atom)