LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, March 31, 2011

Week End Eye Candy! #11

Salam...

Ni picture yang secara random jumpa kat internet.
Source: Google

Balang-balang kaca yang dah di DIY kan..comel!









Ni plak kraftangan felt yang sangat comel dan jugak dari stoking untuk kraftangan kanak2..


Mungkin juga boleh beri idea untuk buat wedding favor kepada tetamu yang datang atau beri untuk majlis-majlis lain...boleh cuba nanti ye.

Enjoy cuci-cuci mata yer...chow!

Note: mungkin akan DIY balang kaca yang banyak kat rumah hasil hobi si hubby tu..


Wednesday, March 9, 2011

How Now, Brown Cow?

Assalam...

Ni post ngarut. Sebab aku bosan..hahahha sebab aku sakit. Dah 2 3 hari dah nie sakit tekak dan selsema dan dah masuk secondary infection kat telinga dan dada dah start sakit. Ubat banyak sangat nak kena makan. Dah la tu sume ubat spesis mengantuk..so per citer??? ce citer ce citer...

Keje pon xleh nak fokus. Ade ke salah satu ubat sakit tekak yg doktor bagi gula2 dequodin tu?Hampeh tul. Kalo aku tau aku p beli kat 7e jerla. Melayang rm34 ringgit. Ingat nak mc je tapi keje cam banyak tak setel lagi..adoyaiii...Dah la aku high sbb ubat mengantuk nie. Bawak kete pon macam takleh nak fokus..Oi bahaya betulla..

Aku cuba gak siapkan keje mcm wat report, wat scorecard, sign2 surat..ehhh tapi takleh fokusla...penat tau bernafas ikut mulut nie..idung tersumbat lak tu..alahaiii...bengang giler..aku rase konfem aku tido berdengkur nie sbb idung tersumbat..wohohoho malunyerrrr....

Nasib jugak minggu nie keje kat ofis tak banyak sebab baru lepas meeting. Kalo tak macam lipas kudung masing2 kat ofis nie terkejar2 macam2..sampai lintang pukang ofis nie..dahla ofis kecik je..org dalamnya sume wat keje laju2..haiyooo wa sulah mau pengsan wooo....

Eh sulah la..nti wa merepek lagi yer..wa mau figi sekfan...sikijap lagi mayb wa mau pengsan..wohohoh wa figi dulu yer...lap u...

note utk diri sendiri: eat healthy, b healthy & grow up!

Tuesday, March 8, 2011

Sekitar Majlis Nikah Sanding


Salam...

Ni turutan persiapan yang berlaku sebelum nikah kawen aritu...Gambar semua dari kamera-kamera cousins and adik dan juga dari kamera hp aku. Bukan dr pro..hahaha enjoy yer..


Ni bunga telur. Yang putih utk kumpulan Marhaban, yang purple utk kat pelamin.

Ni plak longgokan kotak untuk tetamu..

Ni gambaran rumah yang sepah-sepah dan jiran tetangga yang datang menolong.

Petang Jumaat dah pasang khemah sbb majlis nikah aku sabtu petang.

Ni org pasang pelamin.

Really adore this lampu aka chandelier huhuh betul ke aku eja tu...

Ting! pelamin dah siap...

Ni langsir dinding dalam bilik pengantin.

Ni cadar katil bilik pengantin..pokai makcik..hahaha

Ni plak meja makan beradap..simply elegant..

Ok nti tambah lagi ape yang patut..k la..have a nice day...

Monday, March 7, 2011

Majlis Akad Nikah #2

Salam...
Lagi gambar-gambar yang berkaitan masa majlis akad nikah...





Friday, March 4, 2011

Week End Eye Candy! #10

Salam...

Untuk santapan mata anda semua..hasil kerja lukisan tangan yang sangat cantik..
Enjoy!



Source: Googled



Wednesday, March 2, 2011

Majlis Sanding

Salam....

Ni gambar-gambar sekitar Majlis Bersanding aku. Sanding pada 20/02/2011. Upacara pagi dimulakan dengan Majlis Khatam Quran (5 org) disusuli dengan kumpulan merhaban. Selesai dalam jam 11.30 pagi dan mak andam pon dah datang. Aku terus di makeupkan dan pakai baju semua siap. Tetamu pon berpusu2 datang ade yang masuk bilik ade yang sempat aku intai dr tingkap bilik je. Sangat meriah dan ramai tetamu yang datang kebanyakan kenalan parent aku especially mak aku. Dia famous hokeiii...anak dia tak fames sangat pon. Cett!



Kumpulan merhaban tengah mengaji selepas majlis khatam Quran.


Ini lah masanya..hahahah adik aku pandai2 je nak tutup muka aku. Hampeh tul..tapi kira okla. Takdela aku segan sangat.hahaha Rombongan lelaki sampai dalam kul 1 lebih. Masa ni aku dah tak ingat ape dah. Aku ikut je ape org suruh aku buat. Malu siot!

Upacara potong kek? Untuk tontonan umum memang takde. Aku buat malam khas untuk sanak saudara yang dah penat2 datang dari jauh. Kek aku pon spesel skit sebab pada aku ni je satu2nya cara nak meraikan mereka dan tanda aku berterima kasih pada pakcik makcik aku tu serta keluarga aku terutama skali adik2 aku. Seronok aku tengok dorang makan kek tu dan pastu bukak hadiah.

Ok sampai sini saje yer..daaa...

Note: Dalam kita meraikan hari kita jgn skali kita lupa saudara kita. Cari waktu tertentu dengan mereka. Macam aku amek upacara potong kek sebagai waktu meraikan family!

Majlis Akad Nikah

Salam...

Ni review majlis pernikahan aku. Majlis start pukul 4.30 petang lepas waktu solat Asar habis dalam kul 6.30 petang sebab parent aku request tok kadi buat majlis kenduri arwah sekali dengan doa selamat.

Majlis Akad nikah

Muka berdebar2 nie..ye aku duduk tepi pintu jer..aku yg request. Makcik segan!

Ni la makeup artis aku ngan OP aku. Agak2 korang kenal tak makeup artis aku tu sape?hehehe sila teka...


Ni aku ngn adik aku pas majlis.