Salam...
Post ni nak bagi tips bagaimana nak belanja, dan juga agihan duit dalam tempoh kita nak kahwin. Post ni adalah bagaimana aku belanja masa nak kahwin dulu dan simpan duit. Aku bukan anak orang kaya parent support belanja kahwin. So kena pandai jimat sendiri. Kalau kebanyakan orang pasti akan buat loan, tak banyak sikit untuk kahwin. Tapi, ni sebagai langkah-langkah mengurangkan loan yang korang nak pinjam tu, aku nak kongsi cara aku berjimat masa nak kawen dulu. Tapi dengan syarat mesti nekad dan iman yang kuat la. Kalau keazaman tak kuat, tak jadi gak. Heheheh (tempoh masa aku betul-betul simpan duit untuk kawen tak ada sebab lepas tunang bulan 12, majlis kahwin aku bulan 2. Cuma aku nasib baik atas perkara-perkara tertentu. Sila baca seterusnya.)
Pertama, buat kira-kira. Aku
adakan 1 buku nota untuk belanjawan setiap bulan. Ini memang dah jadi kebiasaan dari sebelum rancang nak kahwin lagi sebab aku bukanlah gaji besar pun. Seperti yang aku bagitau tadi aku nekad. Dapat saja gaji bulanan anda tu, pastikan anda bayar semua hutang. Dapatkan jumlah sebenar gaji bersih dalam tangan. Duit kereta, duit bagi mak, duit sewa rumah ke, hutang ansuran tudung ke etc etc. Pastikan bayar untuk bulan tu. Kalo ada ansuran sikit-sikit, peruntukan untuk habiskan bayar dalam masa dua bulan pertama nak mula jimat. Macam contoh hutang kain baju kurung, pastikan anda habiskan bayar hutang kain tu dalam masa dua bulan ni. Jadi untuk bulan depan ada sekali lagi bayar, dan bulan seterusnya dah free dari hutang yang sikit-sikit itu. Aku tak banyak sangat hutang setakat hutang kereta. Kira nasib baik jugakla ye?
Kedua, semasa berbelanja untuk keperluan diri, pastikan hanya barang yang wajib sahaja anda beli. Jangan fikir dua kali. Barang yang tak penting jangan beli. Anda boleh dapatkan barang itu kemudian. Dan
buat list barang-barang yang nak dibeli. Ingat, yang penting sahaja. Contoh beli shampu dan konditioner (betul ke aku eja?), belilah shampu yang da ready conditionor sekali 2 in 1 ke 3 in 1 ke, jangan beli asing. Barang makanan pun beli yang penting sahaja. Kalau anda rasa mee segera itu penting so beli dengan cara berpatutan untuk bulan itu sahaja. Aku tak galakkan beli banyak-banyak apa barang pun sebab nanti tak cukup duit dan bajet lari.
Ketiga, ni pasal kelemahan orang perempuan. Shopaholic.Iya aku tau, kita memang pantang nampak kasut yang cantik, baju yang cantik, kain yang cantik dan kita memang selalu beli tudung yang nampak cantik tapi tak matching langsung dengan mana-mana baju pun yang ada dalam almari kita. Nak kahwin nie, tapi tangan tu gatal je nak beli kan? Haaaaaa silalah
tahan nafsu membeli tu. Baik dok rumah je dari kuar p shopping kompleks dengan niat nak window shopping. Takde maknanya window, konfem jadi door! Boleh keluar terus. Kalo window leh intai tapi kalau door dah keluar dah....Trend baru sekarang nie, shopping online. Ni pun sama. Stop before pokai. Serius babe! Tahan yer. Anggap benda tu berdosa kalau beli. Hahahah ni yang aku buat untuk remind diri aku bila aku terasa nak beli sangat-sangat barang yang tak bape nak penting tu. Bukannya takde kasut, bukannya takde baju, bukannya takde tudung. Semua ada malah ada yang baru sekali je pakai. Kan?kan?
Keempat, makanan. Kalau kita kerja kat area KL, mana ada makanan yang kurang dari RM5. Betul tak? Tapi aku dulu nekad. Belanja makan aku sehari RM5. RM5 x 30 = RM150. Tu je aku
peruntukan untuk sehari. Tapi aku bernasib baik sebab ofis aku dekat dengan rumah parent. So, sama ada tengahari balik rumah makan ataupun tunggu petang je makan kat umah. Maknanya dah jimat. RM150 yang diperuntukkan tu guna sikit je incase kalau ada keluar makan sebab lapar sangat. Duit lebih dari peruntukan makan tu simpan. Dan untuk pengetahuan semua, aku memang dah
stop makan fastfood sejak 4 tahun yang sudah. Bila fikir balik, memang membazir. Sedap memang sedap, kalau ada iklan fastfood baru kat tv rasa teringin, tapi percayalah baik tak makan dari makan. Aku bukan boikot fastfood ye. Cuma untuk yang fanatik fastfood, jumlah duit yang dikeluarkan dengan jumlah duit makan makanan berkhasiat yang lain jauh bezanya, terutama bagi yang nak simpan duit nak kahwin tu. Serius!
Kelima, mengenai minyak dan tol. Anda sebagai tuan punya kereta anda tahu kondisi kereta anda bagaimana. Jadi
set minyak untuk perjalanan selama seminggu atau mengikut keselesaan anda. Maknanya anda cuma perlu isi minyak untuk tempoh seminggu atau kurang contoh 4 hari. If tempat kerja jauh contoh 100km jarak, set minyak untuk tempoh 3 hari ulang-alik. Rasanya boleh kan? Dengan cara macam ni kita tahu berapa banyak belanja yang kita keluarkan untuk minyak.
Set juga belanja tol anda untuk sebulan tetap. Dengan cara macam ni juga kita dapat tau jumlah sebenar belanja minyak dan tol. Untuk hari minggu, kurangkan dating, atau jalan-jalan tempat yang tak penting. Kecuali yang penting baru anda buat perjalanan. Sepanjang 2 bulan nak kahwin memang kami jarang dating. Kecuali masa beli barang-barang kahwin. Itupun kebanyakan masa beli barang kahwin selepas waktu bekerja. Sebelum pergi beli barang hantaran kahwin, berpuluh-puluh kali kami berbincang barang apa yang nak dibeli. Hubby pun masa nak kahwin, pergi kerja naik motor tak kira hujan atau panas. Dan makan pun tak menentu untuk jimat. Cara dia lebih extreme, aku tak boleh ikut.
Keenam,
kenalpasti jumlah bajet anda yang sebenarnya. Kenalpasti juga semua vendor yang anda berminat. Photographer, make-up artis atau mak andam, wedding planner etc. Call sana-sini untuk tahu harga dan harga yang ditawarkan kepada anda. Tak salah bertanya. Ataupun lebih senang lagi cari vendor yang menawarkan keseluruhan pakej perkahwinan kepada anda. Dengan cara ini anda dapat berjimat dengan lebih lagi. Kalau anda seorang yang kreatif anda
boleh DIY sahaja hantaran dan sebagainya atau jika ada saudara yang nak sponsor lebih bagus. Jangan segan bertanya dengan saudara anda. Aku dulu ada makcik sponsor dan DIY sendiri hantaran.
Ketujuh, bila semua yang di atas dah buat, maknanya anda nekad dan mungkin berjaya. Hahaha ayat gempak jer. Yang ketujuh takde apa. Cuma yang penting nekad. Lama-lama akan jadi biasa dan disiplin. Ok chow dulu.
Note: Yang baik dari Allah dan yang buruk dari aku jugak. Ini cara aku....lalalalalalalalalalalalala