LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Monday, September 3, 2012

Majlis Kahwin Ala Kadar

Assalam...

Sejak kecil, aku berjiran dengan sebuah keluarga yang sangat mengamalkan nilai2 Islam. Semua anak-anak jiran aku ni bertudung labuh dan berniqab. Tapi kalau duduk rumah tak penah lagi aku nampak dorang berniqab. Setakat keluar jalan-jalan jela..Bak kata orang family orang 'tabliq' (betul ke nama tu?). Ok, point aku sebenarnya nak cerita yang keluarga ini ade 13 orang adik-beradik. Dan separuh daripada mereka telah berkahwin. Setakat ni dorang memang buat majlis kahwin ala kadar je. 

Anda sume mesti penah dengar Majlis Sambut Menantu kan? Haaa....ni la yang dorang selalu amalkan apabila ada anak mereka yang bernikah. Majlis pernikahan pon dibuat tertutup dan dihadiri oleh saudara-mara dan jiran tetangga terdekat yang rapat sahaja. Kemudian, akan diadakan majlis makan-makan dan menyambut tetamu. Tetamu hanya diraikan dengan makanan. Tiada majlis bersanding. Pengantin cuma pakai cantik sedikit dan melayan tetamu serta diperkenalkan kepada semua jiran-jiran dan tetamu yang lain.

Inilah istilah majlis perkahwinan ala kadar tadi. Kalau anda semua betul2 nak jimat, anda boleh buat dengan sedikit perubahan. Tambah la hiasan dan buatla pelamin yang simple untuk ambil gambar dengan family. Ala-ala Ustaz Don tu. Kan manis. 

Cakap pasal majlis ringkas dan ala kadar ni. Ujung minggu ini, adik aku yang ke-4 akan bertunang. Gaya macam grand je. Yang jadi mangsa confirm aku sebab aku kakak. Aku la yang nak kena buat hantaran, aku la yang kena deco mini dias, senang aku la semua. Takpela. Nama pon kakak. Korban sikit untuk adik. Tema warna Purple. Dah lebih seminggu jugak aku dan adik siapkan gubahan hantaran. Simple je. 

Ni contoh hantaran yang tak siap lagi.

Make-up plak aku yang akan makeup sendiri adik aku. OP dia dah amek kawan dia sendiri. Mini dias kami sekeluarga akan buat kasi cantik-cantik. Warna mini pelamin putih je sebab sume dah kaler purple. Kalo mini pelamin pon kaler purple abisla tenggelam semua. Ok, nanti akan update hasil kerja tangan untuk majlis tunang adik aku. Tunggu!