MENCARI KAHFI
Jumaat,
berpagi-pagi aku mencari Kahfi,
dengan Kahfi aku berkomplot,
mencari kelebihan, mencari kekebalan,
aku manusia yang pasti kalah dengan Samiri*
tak sanggup aku bila Samiri datang
kuat fitnahnya
siapa yang selamat?
akukah? engkaukah?
aku mahu Kahfi
aku mahu semua bermusuh dengan Samiri
muktamad.
Notakakibusuk: * samiri nama lain bagi dajjal
--nukilan kepada homo sapiens sapiens yang bertuhan--
LOVELY NOLIE!
Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...
Thursday, December 3, 2015
Monday, November 30, 2015
Sekolah
Assalam...
Aku sekolah cepat sebab aku minat membaca. Dari dulu lagi. Dari aku kecil umur 4 tahun Mak cakap aku dah pandai kenal huruf dan hampir mahir membaca. Sebab tu aku masuk sekolah agama petang awal. Zaman dulu mane ada orang start sekolah awal. Paling awal masuk tadika kemas umur 6 tahun. Tapi sebab aku merengek hari-hari nak sekolah maka Mak pun merayu kat Ustat Alias sekolah agama Batang Kali untuk aku masuk sekolah agama masa umur aku 5 tahun.
Masuk sekolah agama aku belajar macam-macam. Bila aku dah darjah 5, aku kena ulang kelas darjah 5 untuk dua tahun sebab umur aku tak layak untuk peperiksaan sekolah agama darjah 6. Lupa nak bagitahu, bukan aku seorang saja yang meroyan nak sekolah cepat. Rupanya ada seorang lagi budak lelaki (anak tok Kadi kampung aku) pun nak sekolah juga, maka ayahnya masukkan sekolah agama petang untuk puaskan hati anak yang dok merengek nak sekolah itu.
Sekolah pagi aku macam biasa, masuk tadika dulu dan sekolah kebangsaan macam biasa sampai darjah 6. Zaman sekolah kebangsaan aku (Sekolah Kebangsaan Batang Kali - SKBK) sangat seronok. Paling best tiap kali time sukan sekolah aku dan adik-adik aku antara yang paling banyak pungut hadiah. Semua kuat berlari, semua kuat bersukan. Mak-mak kawan lain semua naik cemburu dengan Mak aku sebab Mak aku paling banyak bawa balik hadiah pinggan mangkuk tupperware. Dah ujung-ujung aku sekolah baru ada hadiah pingat kalung dan piala. Kalau nak dikira mahu bertingkat-tingkat almari Mak kat rumah penuh dengan hadiah dek anak-anak Mak yang kuat bersukan.
Kenangan yang paling aku ingat masa sekolah rendah bila cikgu ukur ketinggian kat batang ukur tinggi tu aku dah lepas (150cm) dari pita ukur kat batang kayu tu. Hahaha.
Masuk sekolah menengah, aku pun sekolah macam biasa. Masuk kelas 1 Siddiq sampai 3 Siddiq. Kelas budak-budak pandai orang kata. Tak sangka kat sekolah kita ada kasta. Kalau aku jadi cikgu sekarang ni aku campur je semua tak kira pandai ke bodoh. Yang seronoknya kelas aku ni, kelas aku dok menang kelas terbersih setiap minggu sampai kelas lain naik giveup dengan kami. Senyum sendiri bila ingat hal ni.
Tingkatan 4 dan 5 aku masuk kelas lain. Aku bukan budak aliran sains sebab masa PMR aku dapat Sejarah dan Geografi A. Yang lain semua B. Dan 1 D iaitu Bahasa Arab. Heheheh. Maka bye-bye aliran sains. Otak aku takleh terima prinsip bernoulli agaknya.
Tingkatan 4 aku eksperimen kerajaan terhadap ujian MUET. Tahun 1998. Aku ingat kenapa aku jadi bahan ujikaji sebab aku antara budak yang pandai bahasa enggeris masa aku sekolah dulu. Sebulan lebih ujikaji. Bayangkan sampai ada budak cemburu dengan aku sebab aku terpilih (sebab dia pikir dia pandai english tapi dia tak terpilih). Pelik tu pun nak cemburu.
Tingkatan 5. Aku dah stop buat benda bodoh banyak. Aku lebihkan cerdik bila aku pikir Mak susah-susah meniaga jual nasi lemak (Cik Pah nasi lemak kg Sentosa siapa tak kenal). Malam aku bangun study pukul 3 pagi. 1 je benda yang aku minta kat Mak dan abah iaitu belikan aku lampu study supaya tak ganggu adik-adik yang tidur bila aku bangun malam. Mak belikan lampu study kat pasaraya Stanta (pasaraya legend siapa orang Batang Kali mesti tau pasaraya ni). Abah pula bawak balik meja kerja kat ofis dia (masih elok) untuk jadi meja study aku.
Masa nak ambil keputusan SPM tu cikgu awal-awal dah ucap tahniah. Tambah berdebar. Haishh cikgu cikgu. Hasil SPM aku dapat Kredit 13, 4 A Sejarah, Geografi (sudah semestinya), Bahasa Inggeris dan Sastera Melayu. Hebat tak? Dapat anugerah pelajar terbaik Sastera Melayu.
Sementara tunggu keputusan nak masuk uni, aku masuk sekolah tingkatan 6 kat Kuala Kubu Bharu. Sempat sekolah 6 bulan. Jarak rumah ke sekolah 12km. Hari-hari naik bas aku nyorok belakang senior yang badan dia memang besar untuk lari dari bayar tambang bas. Kalau bas dah macam sardin, manalah konduktor bas tu nak cek satu satu budak sekolah yang ramai pagi-pagi gelap pukul 7 tu. Save duit disitu. Kenangan. Lepas tu aku dapat offer diploma di UTM KL. Aku benti tingkatan 6 aku sambung uni.
Ini cerita sejarah aku bersekolah.
Sunday, November 29, 2015
Wayang pacak, wayang lama, wayang baru.
Assalam...
Wayang sekarang bukan macam wayang dulu. Wayang sekarang mak aih mahalnya harga tiket. Dulu tengok wayang seminggu berkali-kali. Sekarang tengok wayang setahun 2 atau 3 kali. Sebab? Harga tiket mahal. Cerita tak menarik. Filem Melayu boleh kira yang berkualiti. Filem Mat salleh sogokan animasi dan efek filem masih yang sama sama juga. Filem sambungan masih yang itu itu juga.
Wayang pertama aku wayang pacak. Wayang cina di Pekan Rasa. Wayang pacak cina depan klinik Pekan Rasa. Filem China pon layan tau. Abah bawak kami naik motor sebab dari rumah ke Pekan Rasa dalam 4 hingga 5km. Tengok wayang pacak seronok sebab tiket free. Giler la.
Wayang kedua wayang lama. KLCC, Mid Valley. Waktu belajar diploma. Cerita apa tak ingat. Tapi dalam wayang lama ada lanun cetak rompak tengah rakam filem tu. Kami dok belakang nampak apa dia buat tapi diam diam.Wayang lama mampu beli tiket walaupon tiada duit banyak. Seminggu paling kerap 3 kali. Giler.
Wayang ketiga wayang baru (zaman sekarang - GST). Waktu dah kerja. Cerita apa tak ingat jugak. Sebab cerita tak menarik. Tiada lanun cetak rompak. Kalau ada pun aku tak tahu sebab setahun 2 hingga 3 kali sahaja tengok wayang baru. Aku pun tiada mood nak tengok wayang lagi. Wayang baru tetap rasa tak mampu beli tiket walaupun dah kerja dan ada duit sendiri. Giler tak?
Kesimpulannya, wayang pacak, wayang lama dan wayang baru semua ada nostalgia. Ini cerita pasal wayang.
Thursday, November 12, 2015
Merancang tahun hadapan
Assalam...
Masih bulan 11 sekarang ini tapi aku awal-awal dah rancang untuk tahun depan. Eh mesti la semua kena rancang awal kan. So who wants to join me? Ini yang memang aku akan buat tiap-tiap tahun. Aku siap buat excel untuk perbelanjaan aku. Nanti aku kasi contoh excel tu ye. Ini senarai-senarai perkara penting yang perlu diambil tahu awal-awal untuk perancangan menghadapi tahun hadapan. Boleh juga guna untuk tahun akan datang jugak.
1. Tarikh-tarikh cuti di Malaysia
2. Tarikh gaji. Hehehe tersenyum sendiri pula ;)
3. Tarikh Road tax + insurans kereta/motor
4. Tarikh puasa + raya (senang nak save duit raya and cuti)
5. Tarikh promo syarikat penerbangan untuk travel (beli tiket awal)
6. Tarikh-tarikh sesuai untuk bercuti (travel, birthday, kenduri / birthday yang tersayang / anniversary /graduation etc)
7. Consider cuti untuk big event (tunang, kahwin, etc)
8. Tarikh-tarikh sale besar untuk shopping barang-barang penting (untuk mereka yang shopping besar setahun sekali macam aku ni)
9. Kenalpasti bil-bil, hutang-hutang yang perlu dilunaskan, barang-barang penting yang nak dibeli (item ni la yang aku buat excel)
10. Kenalpasti keperluan untuk zakat/ cukai/ insurans lain
11. Kenalpasti tarikh untuk servis kereta
12. Kenalpasti perbelanjaan yang akan banyak menggunakan duit.
13. Kenalpasti perkara-perkara penting yang lain yang berkaitan dengan diri dan keluarga.
Setakat ini 13 perkara ini sahaja yang aku dapat senaraikan. Ini pun dah cukup dah ni. Hampir lengkap orang kata. Hehehe. Boleh tambah ikut kesesuaian individu macam contoh kalau ada anak mungkin ada perbelanjaan lain untuk anak-anak, yang nak kahwin tahun depan ada perkara-perkara lain yang boleh ditambah. Korang tambah lah ikut kesesuaian ye. Tak larat mak nak pikir semua. Hehehe. Ok ni je setakat ni. Selamat merancang untuk masa depan yang lebih terurus. Hehehe
Ini contoh excel aku untuk tahun 2016. Boleh update dari masa ke semasa. |
Subscribe to:
Posts (Atom)