LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Wednesday, March 2, 2011

Majlis Sanding

Salam....

Ni gambar-gambar sekitar Majlis Bersanding aku. Sanding pada 20/02/2011. Upacara pagi dimulakan dengan Majlis Khatam Quran (5 org) disusuli dengan kumpulan merhaban. Selesai dalam jam 11.30 pagi dan mak andam pon dah datang. Aku terus di makeupkan dan pakai baju semua siap. Tetamu pon berpusu2 datang ade yang masuk bilik ade yang sempat aku intai dr tingkap bilik je. Sangat meriah dan ramai tetamu yang datang kebanyakan kenalan parent aku especially mak aku. Dia famous hokeiii...anak dia tak fames sangat pon. Cett!



Kumpulan merhaban tengah mengaji selepas majlis khatam Quran.


Ini lah masanya..hahahah adik aku pandai2 je nak tutup muka aku. Hampeh tul..tapi kira okla. Takdela aku segan sangat.hahaha Rombongan lelaki sampai dalam kul 1 lebih. Masa ni aku dah tak ingat ape dah. Aku ikut je ape org suruh aku buat. Malu siot!

Upacara potong kek? Untuk tontonan umum memang takde. Aku buat malam khas untuk sanak saudara yang dah penat2 datang dari jauh. Kek aku pon spesel skit sebab pada aku ni je satu2nya cara nak meraikan mereka dan tanda aku berterima kasih pada pakcik makcik aku tu serta keluarga aku terutama skali adik2 aku. Seronok aku tengok dorang makan kek tu dan pastu bukak hadiah.

Ok sampai sini saje yer..daaa...

Note: Dalam kita meraikan hari kita jgn skali kita lupa saudara kita. Cari waktu tertentu dengan mereka. Macam aku amek upacara potong kek sebagai waktu meraikan family!

No comments:

Post a Comment