LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Wednesday, August 24, 2011

Semalam yang indah

Salam...

Hari Isnin aku dimulakan dengan salam dan ciuman dari suami semasa nak pergi kerja. Pagi-pagi Isnin lagi dah start meeting jabatan aku. Meeting kedua untuk setiap bulan. Dan meeting berjalan dengan lancar dan habis cepat. Syukur Alhamdulillah. Habis je meeting tu aku cakap dengan staff aku, siapa yang nak cuti raya boleh cuti start esok. Tapi yang peliknya tiada siapapun yang nak cuti. Hehehehe owh sungguh berdedikasi mereka-mereka ini. Bravo! Petang tu pula kami mula hias-hias pejabat dengan lampu-lampu dan anyaman ketupat plastik. Hehehe biar meriah. Lagi seminggu nak raya ni kan...Ketupat plastik tu kami anyam tahun lepas. Untuk pengetahuan, AKU FAIL ANYAM KETUPAT! Hahahaha tangan tak bedung kot. Kalu jadi pun, setengah jalan je. Nak rapatkan daun tu dah fail dan direction daun pun fail. Mak aku plak pandai anyam ketupat tapi jadi ketupat bawang yang cenonet tu. Hehehe macam-macam ragam. Petang nak dekat jam 5 kami ambil gambar bersama satu jabatan untuk buat kenangan dan juga gambar yang akan diletakkan dalam kad raya jabatan. Setahun sekali buat rasa seronok sangat.

Hari seterusnya Selasa, pagi-pagi lagi staff aku dah ambil softcopy gambar semalam untuk siapkan kad raya jabatan. Dah siap, dah tandatangan dan sebagainya kad tu hantar ke semua jabatan. Siap buat extra untuk tampal di board dan depan mesin punchcard. Agak meriahla juga jabatan kami yang tak seberapa ni. Heheheh walaupon sikit tetap ada effort untuk buat sesuatu. Kira ok kan dari takde ape-ape? Hehehe. Semalam juga untuk kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. Percaya tak? Percayala. Semalam pertama kali pergi pasar Ramadhan untuk tahun ini. Aku memang tak suka nak bersesak-sesak walaupun pasar Ramadhan tu tak ramai orang. Beli murtabak dan juga kuih popia basah.semuanya RM9 sekali beli. Family aku ramai so kena beli banyakla. Murtabak 2, popia basah 10 biji. Nasib juga sedap dan tak membazir. Semua habis. Aku risau kalau yang aku beli tu tak abis. Tapi Alhamdulillah habis. 

Balik dari kerja semalam, aku tak rushing. So bawa kereta pun perlahan je. Sambil-sambil tu layan perasaan dalam kereta. Layan feeling nak raya. But i'm not in a festive mood yet. Don't know why. Mungkin sebab tak shopping lagi. Ataupun mungkin sebab tahun ni aku beraya di kampung suami. Itu yang menyebabkan aku tak excited. Mungkin juga. Tengah feeling-feeling dalam kereta, aku buka tingkap dan biarkan angin masuk. Owh sungguh damai ku rasa. Dengan panas mentari mengena di pipi. Biarpon lama-lama jadi panas tapi aku dah lama tak merasa tu semua. Kenapakah aku bersikap sedemikian? Aku mencari kedamaian. Dalam aku sibuk bekerja, dalam aku menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang semuanya pengalaman serba baru yang aku alami, dalam aku sibuk memenuhi kehendak semua orang, dalam aku sibuk memenuhi 'to do list' yang nama aku tiada dalam senarai tu, aku mencari kedamaian. Sedikit damai yang aku cari untuk diri aku sendiri. Hanya sedikit. aku tak minta lebih. Dan aku dapat damai itu semalam dengan memperlahankan perjalanan, perbuatan dan juga menikmati sedikit cahaya matahari yang terkena di pipi aku. Sungguh damai. 

Tapi semalam juga ada dua kejadian berlaku serentak. Pertama klient datang dan marah-marah sebab katanya jabatan kami ni banyak karenah. Padahal yang kami minta itu yang basic. Yang asas. Masih ada lagi 'profesional' yang kolot seperti klient itu. Hmmm...yang kedua pada pukul 10:56 am 23/08/2011 (Selasa), panggilan telefon selama 00:04:06 minit menggunakan private number, sedang aku dengar klient tu marah-marah di kaunter, tiba-tiba aku dapat panggilan dari private number. Aku jawab dan suara seorang lelaki bercakap memberitahu yang dia wakil dari Celcom. Dia ada beritahu aku nama dia tapi aku tak dengar sebab aku tengah dengar klient tu marah-marah staf aku. Yang aku perasan namanya sangat panjang dan nama melayu. Dia menerangkan Celcom buat cabutan bertuah dan no telefon aku adalah pemenang no cabutan bertuah tersebut. Mula-mula aku percaya tapi sedikit ragu-ragu. Aku pelik sebab betul ke Celcom buat cabutan bertuah tu. Jumlah yang lelaki tu cakap RM3,500. Pada mulanya dia cakap telah dimasukkan dalam akaun bank. Yang menjadikan aku pelik, kalau dia dah masukkan dalam bank kenapa dia tanya aku ada bank ape. Haaa ni yang menyebabkan aku bertambah syak. Aku cakap aku ada Maybank. Lepas tu dia tanya aku lagi aku ada dimana. Aku cakap aku kat KL. Dia cakap aku kena pergi ke Menara Maybank KL. Mula-mula aku jawab telefon aku dengar suara dia macam orang India yang tak reti sangat BM, tapi lama-lama aku dengar loghat dia macam orang Indon. Masa dia suruh aku pergi menara maybank tu, dia punya ayat macamni "sila menuju ka menara maybang.(bukan bank)". Lepas je aku dengar tu makin pekat plak cakap indon dia. Haaa aku ape lagi. Dah tau dah ini FRAUD! Lepas tu dia cakap lagi, sila menuju ke ATM mesin dan jangan lupa bawa kad atm dan buku bang (bukan bank --cakap dalam BM). Aku tahan lagi. Aku nak dengar sampai abis dia nak cakap ape sebab aku dah tahu dia menipu. NAK ROMPAK AKU LA TUH!! Dia cakap lagi, bila dah sampai kat menara tu, nanti Bank Negara akan call untuk konfemkan duit dan akan ada seseorang (orang Maybank katanya) akan datang jumpa aku. LAGI LA AKU RASA MEMANG DIA NAK ROMPAK AKU! Aku iyakan je semua yang dia cakap. Lepas tu dia suruh aku pergi menara tu sekarang jugak. Aku cakap aku busy. Aku tengah kerja. Dia suruh datang time rehat. Aku cakap lagi bulan puasa ni time rehat lagi bz kerja banyak. Dia tanya pula aku abis keje pukul bape. Aku tipu dia cakap aku abis keje kul 6. Aku dah bengang sebenarnya. Aku cakap kat dia, kalau betul duit dah masuk dalam bank, esok atau lusa la aku keluarkan duit tu. Bank negara pun boleh call anytime untuk konfemkan duit tu. Orang Maybank pun sama. Aku cakap lagi aku bz mayb esok lusa baru aku keluarkan duit tu. Lepas tu dia macam terperangkap taktau nak cakap ape. Aku macam dengar suara dia tergagap nak cakap something. TAPI DIA TERUS LETAK TELEFON!. BUKAN KE TU MENIPU?  Kurang asam betul Indon tu.Nasib baik aku tersedar awal yang dia menipu. Kalau dia telefon lagi memang kena maki dengan aku. Nasib bulan puasa nie. Aku harap takde siapala yang terkena tipu dengan Indon tu. Ape dia ingat BM dia bagus sangat sampai aku takleh kesan pelat Indon dia?Haram betul! Harap semua orang berhati-hati dengan penipuan ni. Aku hampir nak lapor kepada polis tapi sebab aku bz sangat aku cuma harap orang lain tak kena tipu. Dan aku tau orang Malaysia semua cerdik-cerdik belaka. Aku tau Celcom takde buat cabutan bertuah macam ni aku dah cek pon kat web celcom. Dan Bank Negara pon takkan senang-senang nak konfemkan duit kepada syarikat nak bagi duit kat individu macam tu je just dengan call je. Penipuan! Aku harap anda semua sebarkan hal ni agar tiada yang jadi mangsa rompakan. Satu lagi sekiranya anda dirompak di ATM semasa nak keluarkan duit (perompak letak pisau dileher atau acu pistol untuk suruh kita keluarkan duit), anda terbalikkan no pin akaun anda. Ini salah satu cara pihak bank dapat kesan yang anda sedang dirompak di ATM itu. Pesanan khidmat masyarakat ni.

Hari ini, tiada ape yang menarik. Mungkin masih awal lagi. Owh dan aku start cuti raya hari Jumaat ni. Maknanya esok last aku online dan aku akan offline sepanjang cuti raya ni. Aku start kerja semula pada 06/09/2011. Jadi hari ini atau esok mungkin ada post terakhir sebelum cuti raya nanti. Banyak lagi nak dikejar, rumah tak sepenuhnya siap, kuih raya tak buat lagi, macam-macam lagi nak buat. Sebab tu aku nak cuti awal-awal ni. Ok sampai sini dulu ye. Bye!

Note: Indah tak semalam-semalam yang aku alami? Hmmm....

No comments:

Post a Comment