LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Monday, September 1, 2014

DIY hantaran bentuk buah

Assalam...

Aku dah lama tak update hal-hal berkaitan kawin-kawin ni. So hari ini nak up satu DIY hantaran yang senang bak hang pejam mata je boleh siap! Sape tak buntu kan bila nak buat hantaran sendiri. Nak diy tapi tangan keras. Hehehe. Ni aku nak tunjuk step by step cara nak buat diy hantaran yang mudah. Actually dah ramai dah saudara mara yang tempah aku untuk buat hantaran ni sebab memang nampak menarik. Apa yang menarik sangat tu? Kalo pesen lama hantaran nasi wajik ni orang letak dalam bekas plastik je. Tapi yang ni telah dipelbagaikan untuk nampak menarik dan sesuai dengan hantaran korang tu.

Ok taknak bebel banyak-banyak. Ni step by step picture untuk DIY hantaran nasi wajik bentuk buah manggis. Senang je, keras tangan pon boleh buat. Hehehe.

Ok mula-mula barang yang diperlukan adalah:
1. Nasi wajik (resepi nasi wajik kena tanya kek uwan sei, sei tak pandai masak nasi wajik ni)
2. Plastik kaler unggu
3. Pistol gam dan gam dia
4. Gam balut warna hijau tu. Apentah nama dia
5. Plastik nasi lemak
6. Kulit kerang (pilih saiz kecik)
7. Gunting (takde plak dalam gambar tu hiks)
8. Getah 

 Barang-barang yang diperlukan.


 Isi nasi wajik dalam plastik ikut besar mana korang nak buat.


 Pastu ikat dengan getah.


 Potong lebih plastik. Jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat. Nanti nak buat tangkai dia.


 Dah setel buat banyak mana yang korang nak.


 Next potong plastik kaler unggu tu ikut saiz yang boleh cover plastik putih tu. Buat yang sama dan ikat semula dengan getah yang sama. Jangan ikat double getah nanti nampak besar kat tangkai tu.


 Dah siap balut semua.


 Ni part yang remeh dan lama nak buat. Balut kulit kerang dengan gam pembalut hijau ni. Buat sampai siap.


 Belasah je balut asalkan kulit kerang tu terbalut semuanya.


Next balut tangkai plak. Buat lebih kat atas tangkai tu pastu masuk-masukkan dlm lubang untuk tutup tangkai atas tu.


 Macam ni. Ujung tangkai tu masukkan je pembalut yang lebih-lebih tu ke dalam. Senang je kan.


 Pas dah siap korang gam je kulit kerang dekat tepi tangkai tu. Terpulang berapa tampuk manggis yang korang nak buat. Macam yang aku buat ni ade 4 kulit kerang setiap maggis (kan ke tampuk manggis ada 5?). Saiz kulit kerang tu agak besar.


Hasil yang dah siap. Pastu terpulang macam mana korang nak hias hantaran korang plak.

Senang kan nak buat? Haaa pasni mesti ada idea untuk buat bentuk lain plak. Lain bentuk lainla warna. Senang je kot. Sebab tu cakap keras tangan pon boleh buat. Heheh macam iolls la. Keras je tangan ni. Hikss. Ok selamat mencuba!


Monday, May 20, 2013

Projek DIY ku #2

Assalam..

Hi uolls...alamak...lama sangat dah tak berblog nie..ishh so sori guys..sangat-sangat la sibuknya. Adik-adik pon dah selamat 3 orang kawen..ok taknak panjang lebar..ni sume gambar-gambar hantaran yang aku buat. Enjoy ok..ambil je idea ni...nak share kat mana-mana pon bleh.

















------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Semua pon diy sendiri..huhuh k bye!

Tuesday, January 22, 2013

Projek DIY ku #1

Assalam...

Kebelakangan ni sangat la sibuk dan tiada masa nak update blog. Update pun yang simple-simple saja. So arini nak tunjuk semua gambar-gambar DIY yang aku berjaya buat, bermula dengan hari bertunang adik aku, then hari akad nikah adik, then hari nikah adik, then hari sanding adik (sekali 2 orang adik aku kawen) dan diakhiri dengan persiapan untuk adik yg tunang tadi gak nak kawen bulan March 2013 ini.

FIY semua hantaran aku yang buat and diy sendiri ok..eh eh terasa cam berlagak je..huhuh ala kadar je pon hantaran tu sume. Asalkan aku puas hati dan pengantin pon puas hati juga so dah kira ok la. Dapat juga pujian-pujian ikhlas dari saudara-saudara. Suka!

Majlis Tunang adik nombor 4 bulan September 2012 yang lepas:

1st buat gubahan hantaran, serius aku takde idea masa ni. Adik pula dah beli bekas bulat ni untuk hantaran, so aku p cari bunga ala-ala purple biru ni untuk gubahan. Senang je ni ikat ngan dawai je.boh riben. Then beli manik ikat manik keliling bekas tu. So simple.

Ini pula gubahan sireh junjung. Yang ni pon aku takde idea sangat nak buat but the result is comel je.Sume pon suka. Bunga fresh ni sume dapat free dari kedai bunga sebab bape kuntum je pon. Lagipon amoi kedai bunga tu aku dah kenal dari kecik.

Ini gubahan baju nikah.kosong sangat so letakla pic adik and tunang dia tu.
Ni kain songket. Buat bentuk bunga sekuntum yang besar dalam bekas tu. Tak nampak sgt tapi ni yang yang paling ramai orang tanya mane dapat idea nak buat camtu. Huhuh garu kepala aku sebab memang dah macam-macam gaya aku buat tak jadi gak songket ni. Last-last ikat macam anggur kecik dan letak dalam bekas dan bentuk-bentuk macam kelopak bunga kain songket yang lebih-lebih tu.

Buah ni memang campak je dalam bekas tu. Ini tak siap lagi. Lepas tu ada letak riben kat buah tu. Nampak kosong kalau tak boh riben.

Gubahan coklat. Coklat tu balut dalam doily paper and ikat riben. Comel je.

Sila abaikan model atas bantal tu. Ni mini pelamin tunang adik.

Ini pulak bunga tangan yang memang aku gubah sendiri. Cantik tak? Paling suka gubah bunga tangan. Sampai ade orang yang tempah lagi. heheh

 Ini pula antara isi-isi dalam doorgift.

Doorgifts yang simple.

Ok ni hantaran belah lelaki dan perempuan.

 Suasana semasa upacara bertunang.

This is my lil' sister. I yang make-up ok..hehehe

Time sarung cincin.

 Me, Rania and my lil' sis.

Dah selamat bertunang pada bulan September 2012 yang lepas. Akan menikah pada March 2013 nanti. Lepas adik yang no 4 ni tunang, adik yang lelaki no 2 pula nak nikah awal seminggu dari adik perempuan no 3. So, i have to come out with another gubahan hantaran. Kali ni untuk lelaki pulak. But hantaran untuk adik perempuan yang no 3 tu pon kena buat jugak. Huhuhu sangat la pening kepala kakak dorang ni. Yang lelaki memang serah bulat-bulat la. Takkan dia plak yang nak buat kan...ni teaser gubahan DIY aku untuk 2 orang lagi adik aku. yang dah selamat nikah bulan disember 2012 aritu. Ok, next post ye..penat taip hehe..


 Ni tema English aka krimas. hehehe

Yang ni tema Romantic English Garden..haaa ade tema tuhh hehehe 

*Selamat Pengantin Baru adik-adik ku sekalian...