LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, January 6, 2011

25/12/2010 E-Day review! #2

Salam...
ni sambungan review e-day aku ok...

3) Doorgift
Mula2 aku ingat nak bg scented flower ngan bunga rampai je. Tapi mak nak bagi telur so tambah lagi la. Bekas doorgift aku guna brown paperbag (ala yang slalu org guna isi goreng pisang tu), lekat2 doiley paper dan juga riben. Untuk rombongan lelaki riben aku gantikan bunga untuk bezakan doorgift belah lelaki dan perempuan. Kandungan doorgift aku: scented flower + telur dalam beg organza + bunga rampai dlm botol innershine (amek idea dr Xora diaterimanikahnya - dah minta kebenaran hokei!)


Ni cousin aku tgh tolong isi bunga rampai dalam botol innershine.


ni botol innershine dgn doily paper n getah kendian ikat riben (burok benor kalo bior getah tu cenggitu jer huhuhuh)


Ni end result doorgift e-day aku. Yang bunga utk rombongan lelaki. yang riben untuk pompuan.

4) Hiasan2/kemasan rumah
FYI rumah aku ni just rumah kampung so kena kemas2 skit dan kena kasi cantik2 skitla. Awal2 dulu aku dah beli langsir yang nipis amat kaler maroon. Tujuan beli nipis amat?haaa ni nak jimat..xyah beli 2kali untuk hari kahwin nanti...just beli lapik dia plak kaler putih ke supaya dia double n tak nipis. dan beli untuk lapik pon skit je..so dah jimat.banding beli langsir bebanyak 2 kali.


Nampak kat belakang langsir nipis amat tu? Maafkan cousins and adik2 aku yang enterprem ramai2 tu. Dorangla yang banyak bantu hari tu.

Aku beli katil baru sbb kat dlm bilik tu aku kongsi ngn adik. Katil 2 tingkat lak tu. Aku survey katil lama gak. Kebetulan ade kedai nak clear stok. Dia jual katil yg aku beli tu murah je. Dah cek katil tu kukuh. Aku tak beli set. Aku beli katil, meja console sebagai meja makeup. dia bagi free tilam, bantal 3 biji. Kira okla..pastu aku beli cermin, lampu meja dan hiasan kat ikea.


Katil yang aku beli. Hiasan dinding kat Ikea..oh maafkan la cat dinding yang tak brape kemas tu.huhuu yang paling best cadar katil cotton tu. Nyenyak tido tau..heheheh


Meja console yang aku beli berfungsi sebagai meja makeup. Sangat praktikal. Cermin and hiasan lain beli kat Ikea


5) Baju Tunang
Kalo anda sume penah baca blog aku dulu aku ade cite baju tunang aku yang kena reject dulu. Tapi baju tu aku akan pakai semula masa hari sanding untuk upacara Khatam Al-Quran nanti.


Ni la baju tunang aku. Kaler dia sangat terpesong dari kaler tema..tapi aku suka sebab bukan tema kaler krismas..hahahah cukup2 la hantaran aku je kaler krismas tu..huhuhu kaler dah tau kan? tiada penjelasan lanjut. Design baju kurung moden leher v lace luar ala2 kebaya labuh.

6) Makeup
Makeup artis aku ni kawan adik aku. Kamal Mustafa @ Mus nama dia. Sangat suka dia makeup. Muka aku jadi lain. Aku pon terkejut tengok muka aku dah lain cam ning baizura je aku rase...hahahhaha tu Mus yang cakap aku tak cakap sbb aku terpegun jap tgk diri sendiri.hahahha


Ni makeup artis aku..TQ Mus!

7) Ketibaan Rombongan Lelaki
Takde nak explain ape2..tgk gambar jer ye..









huhuu comei tak hantaran lelaki untuk perempuan?cantik tema kaler hitam putih n dirt pink. SAYA SANGAT SUKA!

8)Upacara Bertunang







xde ape nak explain...salam, bincang2 sarung cincin..heheheh

ok sambung lagi review nanti..bye


Wednesday, December 29, 2010

25/12/2010 E-Day review! #1

Salam...

Ni entry yang sangat panjang. Sila tahan mata anda.

1) Hantaran
Tema warna: putih silver maroon (cousins aku sume cakap tema krismas hahahah)


Awal2 pilih riben untuk hiasan bakul hantaran.


Bakul mengkuang ni beli kat Nilai buy 1 free 1. asal dia kosong. Aku dah DIY letak manik2 silver n riben keliling bakul. Nampak mahal kan?hehehe


Ni dah start susun2 barang hantaran. Kena balas 11 dulang.


Ni 11 dulang pahar dan juga lapik pahar kaler maroon RM5 sehelai je lapik tu. Aku dah survey harga kat Nilai n kat Sayang You KL sama jer.

End Result:


Inilah hasil susah payah DIY hantaran aku...

Aku sangat puas hati dengan hantaran DIY yang aku dah buat ni. Antara semua yang paling aku suka adalah bekas coklat dan sirih junjung. Keras2 tangan aku pon menjadi jugak. Sangat tak sangka.


Cantik bukan?heheheh angkat bakul nie...

2) Mini Pelamin DIY
Aku tak bercadang langsung nak ade mini pelamin. Just nak duduk dalam bilik je. Tapi mak aku nak aku duduk kat luar. Dalam bilik sempit katanya. So aku memang tak bercadang nak suruh butik buat. DIY jer...Barang2 untuk DIY mini pelamin sume dah ade kat umah. Senang.


Asal mini pelamin tanpa campur tangan keluarga.hahahha sangat la simple..


Setelah letak bantal nikah. Nampak ok skit. Bantal tu sewa kat butik pengantin RM30 jer.


Idea adik letak bunga hidup dan manik2 kat mini pelamin kasi tak nampak kosong sangat. Tapi kain tu sangat nipis dan nmpak dinding belakang.


Esoknya (hari tunang awal pagi tu) cousin aku panjat tangga dan lapik kain yang nipis tu. Dalam gambar cousin aku, makcik aku , pakcik aku dan adik aku..ni la namanya campur tangan keluarga.hahahaha


Hasil campur tangan semua...end result yang sangat cantik dan simple macam yang aku nak.


Ambil gambar adik aku n cousin duk berangan kat mini pelamin tu...kira ok la kan?

Next entry review yang #2..rase mcm panjang sangat la...
bye...

Week End Eye Candy! #7






Sumber: Own picture

Salam...

Ni gambar2 island hopping kat Langkawi...jom cuti2 Malaysia!Enjoy!