Salam...
Post ni nak bagi tips bagaimana nak belanja, dan juga agihan duit dalam tempoh kita nak kahwin. Post ni adalah bagaimana aku belanja masa nak kahwin dulu dan simpan duit. Aku bukan anak orang kaya parent support belanja kahwin. So kena pandai jimat sendiri. Kalau kebanyakan orang pasti akan buat loan, tak banyak sikit untuk kahwin. Tapi, ni sebagai langkah-langkah mengurangkan loan yang korang nak pinjam tu, aku nak kongsi cara aku berjimat masa nak kawen dulu. Tapi dengan syarat mesti nekad dan iman yang kuat la. Kalau keazaman tak kuat, tak jadi gak. Heheheh (tempoh masa aku betul-betul simpan duit untuk kawen tak ada sebab lepas tunang bulan 12, majlis kahwin aku bulan 2. Cuma aku nasib baik atas perkara-perkara tertentu. Sila baca seterusnya.)
Pertama, buat kira-kira. Aku adakan 1 buku nota untuk belanjawan setiap bulan. Ini memang dah jadi kebiasaan dari sebelum rancang nak kahwin lagi sebab aku bukanlah gaji besar pun. Seperti yang aku bagitau tadi aku nekad. Dapat saja gaji bulanan anda tu, pastikan anda bayar semua hutang. Dapatkan jumlah sebenar gaji bersih dalam tangan. Duit kereta, duit bagi mak, duit sewa rumah ke, hutang ansuran tudung ke etc etc. Pastikan bayar untuk bulan tu. Kalo ada ansuran sikit-sikit, peruntukan untuk habiskan bayar dalam masa dua bulan pertama nak mula jimat. Macam contoh hutang kain baju kurung, pastikan anda habiskan bayar hutang kain tu dalam masa dua bulan ni. Jadi untuk bulan depan ada sekali lagi bayar, dan bulan seterusnya dah free dari hutang yang sikit-sikit itu. Aku tak banyak sangat hutang setakat hutang kereta. Kira nasib baik jugakla ye?
Kedua, semasa berbelanja untuk keperluan diri, pastikan hanya barang yang wajib sahaja anda beli. Jangan fikir dua kali. Barang yang tak penting jangan beli. Anda boleh dapatkan barang itu kemudian. Dan buat list barang-barang yang nak dibeli. Ingat, yang penting sahaja. Contoh beli shampu dan konditioner (betul ke aku eja?), belilah shampu yang da ready conditionor sekali 2 in 1 ke 3 in 1 ke, jangan beli asing. Barang makanan pun beli yang penting sahaja. Kalau anda rasa mee segera itu penting so beli dengan cara berpatutan untuk bulan itu sahaja. Aku tak galakkan beli banyak-banyak apa barang pun sebab nanti tak cukup duit dan bajet lari.
Ketiga, ni pasal kelemahan orang perempuan. Shopaholic.Iya aku tau, kita memang pantang nampak kasut yang cantik, baju yang cantik, kain yang cantik dan kita memang selalu beli tudung yang nampak cantik tapi tak matching langsung dengan mana-mana baju pun yang ada dalam almari kita. Nak kahwin nie, tapi tangan tu gatal je nak beli kan? Haaaaaa silalah tahan nafsu membeli tu. Baik dok rumah je dari kuar p shopping kompleks dengan niat nak window shopping. Takde maknanya window, konfem jadi door! Boleh keluar terus. Kalo window leh intai tapi kalau door dah keluar dah....Trend baru sekarang nie, shopping online. Ni pun sama. Stop before pokai. Serius babe! Tahan yer. Anggap benda tu berdosa kalau beli. Hahahah ni yang aku buat untuk remind diri aku bila aku terasa nak beli sangat-sangat barang yang tak bape nak penting tu. Bukannya takde kasut, bukannya takde baju, bukannya takde tudung. Semua ada malah ada yang baru sekali je pakai. Kan?kan?
Keempat, makanan. Kalau kita kerja kat area KL, mana ada makanan yang kurang dari RM5. Betul tak? Tapi aku dulu nekad. Belanja makan aku sehari RM5. RM5 x 30 = RM150. Tu je aku peruntukan untuk sehari. Tapi aku bernasib baik sebab ofis aku dekat dengan rumah parent. So, sama ada tengahari balik rumah makan ataupun tunggu petang je makan kat umah. Maknanya dah jimat. RM150 yang diperuntukkan tu guna sikit je incase kalau ada keluar makan sebab lapar sangat. Duit lebih dari peruntukan makan tu simpan. Dan untuk pengetahuan semua, aku memang dah stop makan fastfood sejak 4 tahun yang sudah. Bila fikir balik, memang membazir. Sedap memang sedap, kalau ada iklan fastfood baru kat tv rasa teringin, tapi percayalah baik tak makan dari makan. Aku bukan boikot fastfood ye. Cuma untuk yang fanatik fastfood, jumlah duit yang dikeluarkan dengan jumlah duit makan makanan berkhasiat yang lain jauh bezanya, terutama bagi yang nak simpan duit nak kahwin tu. Serius!
Kelima, mengenai minyak dan tol. Anda sebagai tuan punya kereta anda tahu kondisi kereta anda bagaimana. Jadi set minyak untuk perjalanan selama seminggu atau mengikut keselesaan anda. Maknanya anda cuma perlu isi minyak untuk tempoh seminggu atau kurang contoh 4 hari. If tempat kerja jauh contoh 100km jarak, set minyak untuk tempoh 3 hari ulang-alik. Rasanya boleh kan? Dengan cara macam ni kita tahu berapa banyak belanja yang kita keluarkan untuk minyak. Set juga belanja tol anda untuk sebulan tetap. Dengan cara macam ni juga kita dapat tau jumlah sebenar belanja minyak dan tol. Untuk hari minggu, kurangkan dating, atau jalan-jalan tempat yang tak penting. Kecuali yang penting baru anda buat perjalanan. Sepanjang 2 bulan nak kahwin memang kami jarang dating. Kecuali masa beli barang-barang kahwin. Itupun kebanyakan masa beli barang kahwin selepas waktu bekerja. Sebelum pergi beli barang hantaran kahwin, berpuluh-puluh kali kami berbincang barang apa yang nak dibeli. Hubby pun masa nak kahwin, pergi kerja naik motor tak kira hujan atau panas. Dan makan pun tak menentu untuk jimat. Cara dia lebih extreme, aku tak boleh ikut.
Keenam, kenalpasti jumlah bajet anda yang sebenarnya. Kenalpasti juga semua vendor yang anda berminat. Photographer, make-up artis atau mak andam, wedding planner etc. Call sana-sini untuk tahu harga dan harga yang ditawarkan kepada anda. Tak salah bertanya. Ataupun lebih senang lagi cari vendor yang menawarkan keseluruhan pakej perkahwinan kepada anda. Dengan cara ini anda dapat berjimat dengan lebih lagi. Kalau anda seorang yang kreatif anda boleh DIY sahaja hantaran dan sebagainya atau jika ada saudara yang nak sponsor lebih bagus. Jangan segan bertanya dengan saudara anda. Aku dulu ada makcik sponsor dan DIY sendiri hantaran.
Ketujuh, bila semua yang di atas dah buat, maknanya anda nekad dan mungkin berjaya. Hahaha ayat gempak jer. Yang ketujuh takde apa. Cuma yang penting nekad. Lama-lama akan jadi biasa dan disiplin. Ok chow dulu.
Note: Yang baik dari Allah dan yang buruk dari aku jugak. Ini cara aku....lalalalalalalalalalalalala
LOVELY NOLIE!
Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...
Showing posts with label B2B. Show all posts
Showing posts with label B2B. Show all posts
Tuesday, July 12, 2011
Monday, July 4, 2011
Yang perlu bakal pengantin/pengantin/isteri/suami buat.
Salam...
Post ini berkenaan dengan persediaan pengantin sebelum, semasa dan selepas. Walaupun dah banyak blogger yang bagi tips bakal pengantin tapi aku tetap juga nak bagi tips ni sebagai panduan. Manala tau nanti anak cucu aku terbaca blog ni ke masa akan datang. Hehehe berangan...
Sebelum:
1) Semasa dalam tempoh pertunangan, ada baiknya anda berbaik-baik dengan family belah satu lagi yang akan menjadi family anda juga. Belajar mengenal mereka serba sedikit. Jangan nanti ada yang tak kenal adik-beradik tunangan kita.Tak rugi, malah menguatkan sayang mereka kepada ahli keluarga baru ini.
2) Macam biasa la kalo dah tunang, if keluarga tunangan anda ada buat kenduri, mesti anda dijemput hadir sekali. Jadi, anda kenalah rajinkan diri. Tolong mana yang patut, bukan setakat tunjuk muka dan tunjuk manja. Huhuhu.. Masa tu anda akan diperhatikan dan kalau salah sikit mesti kena kata (umpat).
3) Jaga tingkah laku, cara berpakaian, adab dengan orang tua. Ambil hati mereka sebab selalunya orang tua tak demand lebih. Yang mereka minta cuma perhatian dan hormat dari anak-anak. Jadi, belilah buah tangan sikit dan berbual mesra bertanya khabar sudah memadai.
Semasa:
1) Berdasarkan pengalaman aku, semasa jadi pengantin tak susah. Cuma penat nak senyum pada hari itu. Masa tengah makeup ramai saudara yang menjengah bilik nak tengok pengantin. Kenal ke tak ke, salam dan senyum dengan semua orang. Hei..hari gembira anda kan??so senyumla....
2) Hari kita jadi pengantin adalah hari untuk kita sendiri. Jadi, lupakan adik-adik sepupu yang mengacau dan buat bising diluar rumah, lupakan kerisauan doorgift mungkin tak cukup, lupakan lauk-pauk yang mungkin tak cukup, lupakan pengantin mungkin ada halangan dan datang lewat, bla bla bla...itu semua kemungkinan sahaja. Fokus pada diri untuk nampak tenang dan cantik dan teruskan senyum. Hehehehe
3) Layan baik-baik makeup artist kita dan juga OP kita dan juga semua vendor yang kita upah. Sebab kita bergantung dengan mereka. Dan semestinya mereka tahu dan pakar dengan kerja mereka, kalau tak kenapa kita pilih mereka kan?Kira ni pon masuk dalam bab sebelum jadi pengantin juga ni.
4) Jangan lupa minta tolong saudara yang boleh dipercayai untuk apa-apa keperluan anda semasa anda sedang disolek oleh makeup artis. Orang tersebut mestilah yang boleh disuruh dan ikhlas nak tolong anda bukan sekadar menempel saja.
Selepas:
1) Bila dah jadi isteri/suami orang, pandai-pandaila bawa diri. Jadilah diri kita sendiri dan jangan sesekali berpura-pura dan hipokrit.
2) Emak u emak i juga, emak i emak u juga. Faham? Adab dengan family baru mesti dijaga. Berbaik dengan semua dan jangan sombong.
3) Berdikari. Ini sifat yang paling disenangi oleh keluarga mertua. Jangan asyik nak menempel dengan suami saja (ni untuk perempuan yer..). Bila tercampak dimana-mana kita boleh hidup sendiri bukan asyik nak berkepit saja. Orang tua cukup tak suka dan akan ingat perangai buruk ni sampai bila-bila.Suami pun sama, isteri tak boleh lepas dari mata. Biarkan isteri bergaul dengan family anda. Nanti anda juga yang dipuji kerana punya isteri yang berdikari dan boleh diharap.
4) Elakkan bergaduh depan ibubapa/mertua. Rasa malulah nak bertekak dengan suami/isteri depan orang tua. Kalau nak bincang apa-apa pun senyap-senyap kita berdua saja sudahlah. Jangan ikutkan hati panas dan bertengkar didepan ibubapa/mertua kita. Nanti akan timbul persepsi yang kurang elok terhadap kita. Pandangan orang berbeza-beza. Jadi ada baiknya jika kita dapat elakkan tanggapan buruk orang terhadap diri kita suami/isteri.
5) Jangan berkira dengan ibubapa/mertua kita. Sebagaimana kita melayan ibubapa sebenar kita begitu jugalah kita melayan mertua kita. Sebab kita perlu ingat, merekalah yang merestui perkahwinan kita. Tanpa restu mereka perkahwinan kita tak mungkin terjadi dan bahagia.
Ok, setakat ini saja dulu. Dah kering idea la. Lain kali aku sambung lagi yer.
Monday, June 6, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Perosak Royal Wedding Family Picture
Salam...
Hasil dari carian Google, jumpa gambar balcony kiss english royal wedding nie. Sama je Prince Charles & Diana dengan Prince William & Kate. Position pon lebih kurang cuma Kate tinggi dan tak perlu dongak sangat macam Diana. Bayangkan la tingginya dorang nie.

Balcony kiss parent Prince William 30 years ago.

Balcony kiss anak dorang plak 30 tahun kemudian.

Gambar royal family yang shocking. Cucu si Camilla pegang Pink worm sebab budak kecik ni macam takut-takut. Prince Harry yang bagi dia benda tu. Supaya senang nak pujuk untuk ambil gambar nie. Tapi sebab baju dia putih so dalam gambar ni nampak jelas.
Wednesday, May 4, 2011
Tips Majlis Tunang Bajet Rendah.
Cincin tunang. Gambar ni aku ambil sendiri. Huhu ada gaya jurufoto profesional tak?
Salam...
Disebabkan hari ini agak free jadi aku pun nak menulis satu posting yang aku harap membantu. Tips ni adalah untuk yang majlis tunang bajet rendah macam aku nie. Ini adalah berdasarkan pengalaman. Aku bukan berduit sangat nak spend kepada macam-macam perkara. Walaupun begitu hubby pun banyak membantu. Yelah majlis belah perempuan. Belah lelaki lenggang bawa diri dan bawa hantaran saja. Tips yang aku bagi ini ade yang aku tak buat. Disebabkan aku dah melaluinya jadi aku cuma jelaskan ape yang patut dan tidak patut anda buat. Jadi ini adalah tips yang patut anda ambil tahu.
Anggaran Tetamu
Bincang dengan pasangan anda anggaran jumlah tetamu. Baik belah lelaki dan belah perempuan. Kalau boleh minta sahabat terdekat dan ahli keluarga sahaja yang hadir majlis tunang. Ini dapat kurangkan kos makanan. Menu makanan juga mesti bincang dengan family. Sebab tak ramai jadi family semua boleh masak sama-sama. Kalau jemputan ramai dan tiada yang mengendalikannya maka katering adalah alternatif terbaik. Masa majlis dijalankan juga penting. Jika malam, menu untuk makan malam. Jika tengahari, lauk makan tengahari la. Jika petang, mesti sediakan sedikit manisan seperti kuih muih. Terpulang pada anda bagaimana.
Hantaran
Dapatkan persetujuan dari pasangan hantaran nak hantar masa kahwin sekali atau tidak. Macam aku dulu hantaran sekali saja masa bertunang jadi masa kahwin tiada hantaran sebab aku pening nak prepare banyak-banyak, sebab nak kahwin nanti lagi banyak benda nak fikir. Dan juga setujui bersama jumlah hantaran dan balas yang perlu oleh pihak perempuan. Kadang-kadang kita dah bajet cantik punya tapi tiba-tiba ade makcik sponsor itu ini. So ambil langkah muka tak malu tanya dulu makcik-makcik sepupu sepapat sume, ada nak sponsor hantaran ke tak untuk anda. Ni salah satu langkah jimat. Anda bayangkan aku tunang dulu dekat 5 biji kek aku dapat hasil sponsor(ni aku tak penah cerita dalam blog). Seminggu kenyang makan kek. huhuhu
Dekorasi hantaran

Hantaran yang aku DIY. Ni 98% siap.
Aku dulu DIY je. Sape yang nak DIY sangat bagus. Tapi kepada yang ada duit lebih boleh upah orang buatkan. Barang-barang sume aku beli kat Nilai dengan harga yang sangat memuaskan hati aku setelah sehari suntuk aku survey hampir semua kedai. Siap bawa nota kecil untuk tulis harga dan banding harga. Sampai hubby(masa tu tunang aku) dah give-up temankan aku. Hahaha siapa yang sanggup buat perangai cam aku buat silakanla. Hasilnya memang memuaskan. Walaupun tangan aku ni keras tapi menjadi jugak. Dan aku juga guna bunga segar yang aku beli sehari sebelum majlis di Petaling Street (dulu masa kat U aku panggil PS Butik hehehe). Just survey je area Petaling Street tu. Kedai bunga memang banyak. Bunga kena beli pagi-pagi. Sebab lori dari pembekal baru sampai pagi-pagi ataupon time-time malam nak magrib. Tapi siapa yang berani pergi sana waktu magrib kan?Huhuhuh. (Bunga yang lebih aku buat hiasan dimini pelamin dan juga buat bunga tangan, JIMAT lagi!)
Bunga tangan hasil tangan sendiri. Ok tak?
Tapi pertama-tamanya anda mesti..diulangi MESTI, senaraikan dulu ape yang anda nak dan rupa hasil hantaran anda tu macamane. Survey kat internet trend terbaru, tema warna, kat internet juga ada DIY hantaran. Simpan gambar hantaran yang mana anda berkenan dan boleh dijadikan rujukan masa nak DIY hantaran nanti. Tetapkan hati jangan rambang mata bila dah sampai kat kedai yang jual macam-macam perhiasan perkahwinan. Huiii ni bahaya betul nie. Kalau tak tetap iman dah abis shopping barang yang bukan-bukan. Percayalah!
Doorgift
Trend sekarang kan sume orang nak bagi doorgift. Macam aku dulu pun DIY je. Aku buat bekas potpuri bunga rampai botol innershine tu. Beli doily paper and brown paperbag dan juga riben buat bow kat bag kertas tu. Doily paper RM2.50 je ade 250helai sepeket ada jual kat kedai runcit jer. Brown paper bag tu pon jual murah je kat kedai. Botol innershine tu leh ganti dengan botol lain gak. Korang pegi je Chowkit cari bekas plastik murah-murah kat sana memang ada banyak jual. Siap bleh tawar-tawar harga lagi. Nasib aku memang minum innershine, aku kumpul botol tu saje-saje je sebenarnya. Bila tengok kat blog xora diaterimanikahnya tu trus aku tiru (dah minta kebenaran ok). SAVING giler!
Botol Innershine yang dibuat doorgift. Isi bunga rampai, letak doily paper then letak getah dan ikat riben keliling getah utk cover getah tu.
Baju Tunang
Kepada yang nak sewa bagus. Pada yang tidak selesa nak sewa nak buat baju tunang sendiri ni payah skit. Aku macam tu la dulu. Macam-macam fesyen ade dalam kepala kan? Betul tak? Jadi, start la survey kat internet fesyen ape yang anda nak. Jubah ke, kurung moden ke, klasik ke, dress ke etc etc.. Tips dari aku: Anda semua mesti ada baju yang anda pakai nampak cantik kan? Macam contoh kurung moden yang menampakkan keayuan anda. Jadi, tiru stail tu pada baju tunang anda. Konfem akan nampak cantik dibadan anda sebab kita dah tau fesyen tu cantik dengan badan kita. Biar pon simple tapi bila dah cantik orang akan tetap pandang anda cantik pada hari itu.
Mesti ke baju tunang nie dari lace? TIDAK! ada macam-macam jenis kain. Lace ada yang mahal ada yang murah. Anda kena ingat kalau baju grand-grand pas tunang mesti dah tak pakai dah. Konfem! Tak ke membazir? Upah tukang jahit lagi. Nasib baik pada sesiapa yang pandai menjahit dah save kat tailoring. Jadi altenatif yang aku bleh bagi, anda cari kain yang berwarna soft jangan warna terang dan gelap tapi masih mengikut tema warna majlis tunang. Kalau anda beli kain lace, baju jangan jahit sekali dengan lace tu. biar lace tu asing dengan baju. Supaya kemudian hari baju tu anda boleh pakai lagi. Lace tu plak anda bleh mismatch dengan kain plain yang lain. Kan dah jimat dan dapat pakai dengan baju lain plak lagi..Di nasihatkan jangan beli baju kat butik-butik yang terkenal sebab kebanyakannya hanya JUAL JENAMA bukan jual kain (harap anda faham ape yang aku maksudkan). Ada banyak kedai kain yang jual kain-kain untuk majlis tunang nikah kawen yang murah-murah. Kena spend time sikit survey kedai kain yang lain. P dating + minyak or duit tambang + Beli kain + makan + upah jahit + outcome baju= RM?? @ Sewa or pinjam=RM?? pilih la sendiri...
Mini Pelamin
Kalau ikut hati aku dulu aku taknak ada mini pelamin. Aku nak duduk kat dalam bilik jer macam orang zaman dulu. Tapi mak aku bising bilik sempit la itula inila. Haa dah last minit memang takleh nak cari org buat pelamin. Jadi, decide buat sendiri. Tapi aku ni jenis aware dan alert sebab aku memang boleh rasa kejadian mini pelamin ni akan terjadi jadi, aku awal-awal dah survey mini pelamin kat internet. Hasil dia memang comel jer. Hehehe puji diri sendiri. Takde apapun barang yang dibeli dalam proses buat mini pelamin ni. Guna langsir lace mak aku + langsir lace makcik aku sebab lace mak aku nipis sangat nampak dinding. Pastu tambah karpet shaggy aku dan letak bantal nikah (bantal nikah ni je satu-satunya barang yang aku sewa RM50 but butik kembalikan RM30). Memang dah jimat takyah nak upah-upah butik buat mini pelamin.

Mini pelamin aku yang tak dijangka yang tiada dalam perancangan.
Photographer
Untuk yang ni kalau anda ada kawan-kawan yang jadi jurukamera bolehla minta best price dari diorang. Kalau takde sila survey internet atau apa-apa saluran untuk harga servis jurufoto yang murah-murah. Rajin-rajin jugak jenguk festival perkahwinan sebab selalunya di acara-acara inilah ada diskaun dan offer yang macam-macam dari jurufoto. Kalo tiada bajet sangat pun boleh minta tolong sesiapa dalam keluarga anda untuk jadi jurufoto yang utama. Maknanya anda mesti fokus kepada jurufoto yang anda telah tanggungjawabkan untuk ambil gambar anda dan sekitar majlis anda. Pilih yang boleh diharap. Dan sila senyum pada jurufoto family anda itu sebab dia adalah jurufoto anda. INGAT!
Solekan Bertunang
Solekan penting untuk nampak cantik. Kepada anda yang tiada masalah jerawat atau kulit muka anda harus bersyukur. Kepada yang ada masalah, sila buat facial sendiri atau ke salon/spa yang ada offer facial murah-murah. Ambil pakej rawatan muka yang paling standard sebab anda bukan nak kahwin lagi, tunang je. Sila pegi salon/spa seminggu awal sebab kebanyakan orang muka akan merah-merah dan mengelupas selepas facial. Beri peluang wajah anda pulih semula. Seminggu adalah waktu yang afdal. Kalau ada yang pandai makeup sendiri, ini lebih jimat. Kalau tak pandai makeup carilah MUA yang boleh makeup simple untuk bertunang yang murah. kenala survey ye.
Itu sajalah tips untuk yang bajet rendah dan tak banyak duit tapi masih rasa grand. Memang anda akan betul-betul jimat. Duit yang dah save tu boleh guna untuk majlis perkahwinan. Mungkin majlis kahwin anda boleh grand pula sebab duit dah save waktu majlis bertunang.
Note: Harap tiada yang tersinggung. Mohon maaf dari aku.Yang buruk dari aku dan yang baik dari Allah SWT. (^.^)v peace...
Friday, April 29, 2011
The Royal Wedding: W & C
Salam...
Wishing u a happy married life Prince William of Wales & Kate Middleton. Congratulations!
Huuhuhu akhirnya putera kegilaanku kahwin jugak..dahla aku sama baya ngan dia..bulan lahir pon sama..haissshhh...kalola Lady Di ada lagi....
Note: Tak sabar nak tengok Kate punya wedding dress. Harap tak too frilly macam Diana punya wedding dress dulu.
Source: Google

Tengok gambar pertunangan dorang, pose sama jer..Huhuhu
Thursday, January 6, 2011
25/12/2010 E-Day review! #2
Salam...
ni sambungan review e-day aku ok...
3) Doorgift
Mula2 aku ingat nak bg scented flower ngan bunga rampai je. Tapi mak nak bagi telur so tambah lagi la. Bekas doorgift aku guna brown paperbag (ala yang slalu org guna isi goreng pisang tu), lekat2 doiley paper dan juga riben. Untuk rombongan lelaki riben aku gantikan bunga untuk bezakan doorgift belah lelaki dan perempuan. Kandungan doorgift aku: scented flower + telur dalam beg organza + bunga rampai dlm botol innershine (amek idea dr Xora diaterimanikahnya - dah minta kebenaran hokei!)
Ni cousin aku tgh tolong isi bunga rampai dalam botol innershine.
ni botol innershine dgn doily paper n getah kendian ikat riben (burok benor kalo bior getah tu cenggitu jer huhuhuh)
Ni end result doorgift e-day aku. Yang bunga utk rombongan lelaki. yang riben untuk pompuan.
4) Hiasan2/kemasan rumah
FYI rumah aku ni just rumah kampung so kena kemas2 skit dan kena kasi cantik2 skitla. Awal2 dulu aku dah beli langsir yang nipis amat kaler maroon. Tujuan beli nipis amat?haaa ni nak jimat..xyah beli 2kali untuk hari kahwin nanti...just beli lapik dia plak kaler putih ke supaya dia double n tak nipis. dan beli untuk lapik pon skit je..so dah jimat.banding beli langsir bebanyak 2 kali.
Nampak kat belakang langsir nipis amat tu? Maafkan cousins and adik2 aku yang enterprem ramai2 tu. Dorangla yang banyak bantu hari tu.
Aku beli katil baru sbb kat dlm bilik tu aku kongsi ngn adik. Katil 2 tingkat lak tu. Aku survey katil lama gak. Kebetulan ade kedai nak clear stok. Dia jual katil yg aku beli tu murah je. Dah cek katil tu kukuh. Aku tak beli set. Aku beli katil, meja console sebagai meja makeup. dia bagi free tilam, bantal 3 biji. Kira okla..pastu aku beli cermin, lampu meja dan hiasan kat ikea.
Katil yang aku beli. Hiasan dinding kat Ikea..oh maafkan la cat dinding yang tak brape kemas tu.huhuu yang paling best cadar katil cotton tu. Nyenyak tido tau..heheheh
Meja console yang aku beli berfungsi sebagai meja makeup. Sangat praktikal. Cermin and hiasan lain beli kat Ikea
5) Baju Tunang
Kalo anda sume penah baca blog aku dulu aku ade cite baju tunang aku yang kena reject dulu. Tapi baju tu aku akan pakai semula masa hari sanding untuk upacara Khatam Al-Quran nanti.
Ni la baju tunang aku. Kaler dia sangat terpesong dari kaler tema..tapi aku suka sebab bukan tema kaler krismas..hahahah cukup2 la hantaran aku je kaler krismas tu..huhuhu kaler dah tau kan? tiada penjelasan lanjut. Design baju kurung moden leher v lace luar ala2 kebaya labuh.
6) Makeup
Makeup artis aku ni kawan adik aku. Kamal Mustafa @ Mus nama dia. Sangat suka dia makeup. Muka aku jadi lain. Aku pon terkejut tengok muka aku dah lain cam ning baizura je aku rase...hahahhaha tu Mus yang cakap aku tak cakap sbb aku terpegun jap tgk diri sendiri.hahahha
Ni makeup artis aku..TQ Mus!
7) Ketibaan Rombongan Lelaki
Takde nak explain ape2..tgk gambar jer ye..
huhuu comei tak hantaran lelaki untuk perempuan?cantik tema kaler hitam putih n dirt pink. SAYA SANGAT SUKA!
8)Upacara Bertunang
xde ape nak explain...salam, bincang2 sarung cincin..heheheh
ok sambung lagi review nanti..bye
ni sambungan review e-day aku ok...
3) Doorgift
Mula2 aku ingat nak bg scented flower ngan bunga rampai je. Tapi mak nak bagi telur so tambah lagi la. Bekas doorgift aku guna brown paperbag (ala yang slalu org guna isi goreng pisang tu), lekat2 doiley paper dan juga riben. Untuk rombongan lelaki riben aku gantikan bunga untuk bezakan doorgift belah lelaki dan perempuan. Kandungan doorgift aku: scented flower + telur dalam beg organza + bunga rampai dlm botol innershine (amek idea dr Xora diaterimanikahnya - dah minta kebenaran hokei!)
Ni cousin aku tgh tolong isi bunga rampai dalam botol innershine.
ni botol innershine dgn doily paper n getah kendian ikat riben (burok benor kalo bior getah tu cenggitu jer huhuhuh)
Ni end result doorgift e-day aku. Yang bunga utk rombongan lelaki. yang riben untuk pompuan.
4) Hiasan2/kemasan rumah
FYI rumah aku ni just rumah kampung so kena kemas2 skit dan kena kasi cantik2 skitla. Awal2 dulu aku dah beli langsir yang nipis amat kaler maroon. Tujuan beli nipis amat?haaa ni nak jimat..xyah beli 2kali untuk hari kahwin nanti...just beli lapik dia plak kaler putih ke supaya dia double n tak nipis. dan beli untuk lapik pon skit je..so dah jimat.banding beli langsir bebanyak 2 kali.
Nampak kat belakang langsir nipis amat tu? Maafkan cousins and adik2 aku yang enterprem ramai2 tu. Dorangla yang banyak bantu hari tu.
Aku beli katil baru sbb kat dlm bilik tu aku kongsi ngn adik. Katil 2 tingkat lak tu. Aku survey katil lama gak. Kebetulan ade kedai nak clear stok. Dia jual katil yg aku beli tu murah je. Dah cek katil tu kukuh. Aku tak beli set. Aku beli katil, meja console sebagai meja makeup. dia bagi free tilam, bantal 3 biji. Kira okla..pastu aku beli cermin, lampu meja dan hiasan kat ikea.
Katil yang aku beli. Hiasan dinding kat Ikea..oh maafkan la cat dinding yang tak brape kemas tu.huhuu yang paling best cadar katil cotton tu. Nyenyak tido tau..heheheh
Meja console yang aku beli berfungsi sebagai meja makeup. Sangat praktikal. Cermin and hiasan lain beli kat Ikea
5) Baju Tunang
Kalo anda sume penah baca blog aku dulu aku ade cite baju tunang aku yang kena reject dulu. Tapi baju tu aku akan pakai semula masa hari sanding untuk upacara Khatam Al-Quran nanti.
Ni la baju tunang aku. Kaler dia sangat terpesong dari kaler tema..tapi aku suka sebab bukan tema kaler krismas..hahahah cukup2 la hantaran aku je kaler krismas tu..huhuhu kaler dah tau kan? tiada penjelasan lanjut. Design baju kurung moden leher v lace luar ala2 kebaya labuh.
6) Makeup
Makeup artis aku ni kawan adik aku. Kamal Mustafa @ Mus nama dia. Sangat suka dia makeup. Muka aku jadi lain. Aku pon terkejut tengok muka aku dah lain cam ning baizura je aku rase...hahahhaha tu Mus yang cakap aku tak cakap sbb aku terpegun jap tgk diri sendiri.hahahha
Ni makeup artis aku..TQ Mus!
7) Ketibaan Rombongan Lelaki
Takde nak explain ape2..tgk gambar jer ye..
huhuu comei tak hantaran lelaki untuk perempuan?cantik tema kaler hitam putih n dirt pink. SAYA SANGAT SUKA!
8)Upacara Bertunang
xde ape nak explain...salam, bincang2 sarung cincin..heheheh
ok sambung lagi review nanti..bye
Wednesday, December 29, 2010
25/12/2010 E-Day review! #1
Salam...
Ni entry yang sangat panjang. Sila tahan mata anda.
1) Hantaran
Tema warna: putih silver maroon (cousins aku sume cakap tema krismas hahahah)

Awal2 pilih riben untuk hiasan bakul hantaran.

Bakul mengkuang ni beli kat Nilai buy 1 free 1. asal dia kosong. Aku dah DIY letak manik2 silver n riben keliling bakul. Nampak mahal kan?hehehe

Ni dah start susun2 barang hantaran. Kena balas 11 dulang.

Ni 11 dulang pahar dan juga lapik pahar kaler maroon RM5 sehelai je lapik tu. Aku dah survey harga kat Nilai n kat Sayang You KL sama jer.
End Result:

Inilah hasil susah payah DIY hantaran aku...
Aku sangat puas hati dengan hantaran DIY yang aku dah buat ni. Antara semua yang paling aku suka adalah bekas coklat dan sirih junjung. Keras2 tangan aku pon menjadi jugak. Sangat tak sangka.

Cantik bukan?heheheh angkat bakul nie...
2) Mini Pelamin DIY
Aku tak bercadang langsung nak ade mini pelamin. Just nak duduk dalam bilik je. Tapi mak aku nak aku duduk kat luar. Dalam bilik sempit katanya. So aku memang tak bercadang nak suruh butik buat. DIY jer...Barang2 untuk DIY mini pelamin sume dah ade kat umah. Senang.

Asal mini pelamin tanpa campur tangan keluarga.hahahha sangat la simple..

Setelah letak bantal nikah. Nampak ok skit. Bantal tu sewa kat butik pengantin RM30 jer.

Idea adik letak bunga hidup dan manik2 kat mini pelamin kasi tak nampak kosong sangat. Tapi kain tu sangat nipis dan nmpak dinding belakang.

Esoknya (hari tunang awal pagi tu) cousin aku panjat tangga dan lapik kain yang nipis tu. Dalam gambar cousin aku, makcik aku , pakcik aku dan adik aku..ni la namanya campur tangan keluarga.hahahaha

Hasil campur tangan semua...end result yang sangat cantik dan simple macam yang aku nak.

Ambil gambar adik aku n cousin duk berangan kat mini pelamin tu...kira ok la kan?
Next entry review yang #2..rase mcm panjang sangat la...
bye...
Ni entry yang sangat panjang. Sila tahan mata anda.
1) Hantaran
Tema warna: putih silver maroon (cousins aku sume cakap tema krismas hahahah)
Awal2 pilih riben untuk hiasan bakul hantaran.
Bakul mengkuang ni beli kat Nilai buy 1 free 1. asal dia kosong. Aku dah DIY letak manik2 silver n riben keliling bakul. Nampak mahal kan?hehehe
Ni dah start susun2 barang hantaran. Kena balas 11 dulang.
Ni 11 dulang pahar dan juga lapik pahar kaler maroon RM5 sehelai je lapik tu. Aku dah survey harga kat Nilai n kat Sayang You KL sama jer.
End Result:
Inilah hasil susah payah DIY hantaran aku...
Aku sangat puas hati dengan hantaran DIY yang aku dah buat ni. Antara semua yang paling aku suka adalah bekas coklat dan sirih junjung. Keras2 tangan aku pon menjadi jugak. Sangat tak sangka.
Cantik bukan?heheheh angkat bakul nie...
2) Mini Pelamin DIY
Aku tak bercadang langsung nak ade mini pelamin. Just nak duduk dalam bilik je. Tapi mak aku nak aku duduk kat luar. Dalam bilik sempit katanya. So aku memang tak bercadang nak suruh butik buat. DIY jer...Barang2 untuk DIY mini pelamin sume dah ade kat umah. Senang.
Asal mini pelamin tanpa campur tangan keluarga.hahahha sangat la simple..

Setelah letak bantal nikah. Nampak ok skit. Bantal tu sewa kat butik pengantin RM30 jer.

Idea adik letak bunga hidup dan manik2 kat mini pelamin kasi tak nampak kosong sangat. Tapi kain tu sangat nipis dan nmpak dinding belakang.

Esoknya (hari tunang awal pagi tu) cousin aku panjat tangga dan lapik kain yang nipis tu. Dalam gambar cousin aku, makcik aku , pakcik aku dan adik aku..ni la namanya campur tangan keluarga.hahahaha

Hasil campur tangan semua...end result yang sangat cantik dan simple macam yang aku nak.
Ambil gambar adik aku n cousin duk berangan kat mini pelamin tu...kira ok la kan?
Next entry review yang #2..rase mcm panjang sangat la...
bye...
Thursday, August 19, 2010
checklist majlis TUNANG

Sebab2 list dikeluarkan:
1)Tetamu
Tetamu mesti ramai sebab kalo anda semua perasan ade Majlis Duduk Orang. Duduk org tu maksudnyer majlis aturkan kerja2 orang yang berkaitan utk kenduri kawen nti. (aku tak pakai katering...nti Uwan bising kate tak meriahla takde org masak2 kat umah...diingatkan jugak aku ni budak kampung hehehe)
2)Goodie bag tu tak konfem lagila...
3)Baju tunang.
hmmm kaler putih suci bleh tak? kang ade plak yang cop majlis nikah kang...hmmm igt nak kaler unggu sof gitu...(sejak bila plak aku suka unggu nie?)
4)Make up.
ni satu lagi..nak kena cari juru mekap la. takpe nti cari vendor yg leh buat sumer termasuk ngn mini pelamin. agak2 mini pelamin tu perlu ke? malula...huhuhu
5) Fotografi
ada 2 pilihan...Qayyumstudio ataupon Sricandid..tp dgr2 kak Ju sricandid tgh cuti.hmmm taktau lagila...
6) Dulang Hantaran
Untuk pengetahuan, aku bercadang dulang hantaran hanya sekali je hantar. time majlis sanding nanti dah takde dah hantaran nie. sebab tu dulang hantaran banyak..cadangan 9 lawan 11 trus. tp ni pon akan di 'cut' oleh aku..huhuhuh kena fight dgn F nie..
7) Undangan
Family belah aku, family F and mayb kwn2 skit tapi.... (ade tapi jugak tu...)kalo boleh aku nak hanya family sahaja...tp tak mungkin hanya family sbb mak aku dah cadang untuk buat Majlis Duduk Orang sekali pd hari yang sama...hmmm mcmane ek?
8) Makanan untuk majlis tunang...masakan kampung sbb ni majlis tunang jer..menu faveret family: a) daging masak itam
b) sayur campur delima
c) paceri nenas
d) ikan masin + ikan tenggiri goreng
e) bahulu ikan Makngah Sri Menanti hehehe (sedap tau!)
f) dessert aiskrim vanila
hmm ade gaya mcm syok sendiri jer...heheheh malu lak...
Agak-agak ade lagi ke yang kurang? boleh tolong nasihat tak kawan2?
Subscribe to:
Posts (Atom)

