Assalam...
Kalau dah nama pon perempuan, maka konfem suka membeli. Suka tengok barang yang orang jual-jual. So ni nak bagi tau online shop yang aku sangat-sangat suka beli.
Kalau nak cari baju murah online, jubah murah online, tudung murah online, baju muslimah online, shawl murah online, aksesori perempuan, gelang ke hape, sekewrt abang kawasan pon ada ok. So boleh refer kat bawah ni. Satisfaction guaranteed!
1. The poplook http://thepoplook.com/
2. Shawlbyvsnow http://shawlbyvsnow.com/
3. Edz Design http://www.edz.com.my/
4. Zawara http://www.zawara.com/
5. Aidijuma http://www.aidijuma.com/
6. Blossom Box Store http://blossomboxstore.com/
7. Pandora http://www.pandora.net/en-my
8. Ash Annas http://www.ashhannas.com/
9. Rana Aswad http://www.ranaaswad.com/
10. Jubah Souq http://www.jubahsouq.com/
11. Bella Ammara http://www.bellaammara.com/
12. Radiusite http://www.radiusite.com.my/
13. Kznabihah http://www.kznabihah.com/
14. Uniqlo Malaysia Online http://www.uniqlo.com/my
15. Baju kurung cantik dan murah www.azidahcollection.com
Ok. Cukup? Tak cukup cari sendiri la lagi. Semua murah-murah dan mampu milik. Hehehe (Tak dapat hadiah pon promote website dorang ni. Just nak share ngan korang yang website ni sume barang-barang super best kuasa dua). K bye!
LOVELY NOLIE!
Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...
Tuesday, September 23, 2014
Monday, September 22, 2014
Macam mana cara nak kurus cepat.
Assalam...
Yup. Betul. Aku rasa belog aku ni dah memasuki tahap belog kesihatan dan berkisarkan diet la pulak. Sebab? Sukati iolls la. Hahaha. Ok jangan benci. Sebab, sekarang makcik dah tua, baru nak beringat, baru nak sedar diri yang makcik ni gemuk, nak kurus lawa macam model victoria's secret, teringin nak pakai baju tshirt giordano size XS dan S macam zaman study dulu (sekarang dah saiz M) bla bla bla. Ok tak alasan-alasan tersebut? Hehehe
Ok back to our main topik. Ni nak cerita macam mana nak kurus cepat. Serius. Tips ni iolls buat dalam masa seminggu turun berat 3 kilos ok!! Percaya tak? Harus percaya. Tapi harus diingatkan. Tips ni hanya untuk mereka yang kental je. Nekad dan yakin untuk kurus. Serta dengan niat yang ikhlas. Untuk sembuh dari penyakit, untuk senang beribadat, untuk family. Bukan sebab yang bukan-bukan ok.
Oh lupa nak bagitau. Cara ni juga yang banyak diamalkan dalam diet Atkins. Tapi ni mengikut pengalaman aku dan boleh digunapakai untuk mereka yang memang nak diet secara santai. Tiada paksaan. So here goes:
1. Avoid WHITE color foods.
Elakkan makan makanan berwarna putih. Yang basic dia warna putih. Yang asal dia dari tepung warna putih. Ko penah jumpa ke tepung gandum jual kat kedai runcit makcik sebelah warna merah? Takkan? Elakkan NASI, TEPUNG, ROTI, GULA, KENTANG, MEE, MIHUN, SPAGETTI, VERMICELLI, SUSU,SUHUN, TEMPE apa-apa yang bersalut tepung etc
Fakta: one bowl of cooked rice is the caloric equal of 10 teaspoons of sugar. It does not matter whether it is white, brown or herbal rice.
2. Eat WHOLE foods.
Faham ke makna whole food? Whole food bermaksud organik dan raw. Maksudnya makanan yang seperti mana asalnya. Contoh, ayam yang disembelih yang dijual kat pasar tu. Bukan ayam yang bersalut tepung yang berperisa pedas la, rangup la, blackpepper la. Faham? Whole juga bermaksud, tidak diproses, tidak di pek, tidak dimasak atau separa masak (beli balik umah goreng). Contoh whole food, ayam, ikan, daging, sayur-sayur hijau, telur etc
3. Cut the CRAP!
Tukar makanan crap ke makanan gantian. Walaupon begitu, minyak masak dan cheese adalah makanan yang digalakkan jika anda amalkan diet atkins.
. Minyak masak biasa >>> olive oil
. Cheese >>> mayonis
. Bawang >>> Asafetida (kat Malaysia takde ni)
. Nasi >>> quinoa @ bunga kobis
. Gula >>> stevia?splenda
4. Eat healthy SNACKS
Snacking between meals mengurangkan mood lapar. Kudapan sihat. Contoh, kekacang (dalam kuantiti yang dibenarkan je. Jangan korang belasah sebungkus kacang 3kilo weii), keropok kulit lembu, saleri, seaweed atau apa-apa makanan kudapan yang sihat.
5. WATER your body!
Ini satu masalah yang tak banyak orang boleh atasi. Minum air. Tak kirala air masak, air mineral, air paip, air sungai, ok dah merepek. As long as air yang dimasak dan tak berwarna. This is the crucial facts. Water flush out fat from your body. So nak kurus kenala minum air. Tapi berapa banyak air kena minum sehari? Berat 25kg = 1 liter air. Contoh berat 75kg bahagi 25 = 3 liter air sehari kena minum. Faham? Contoh lagi berat 97kg, (97/25 = 3.88 liter air). Sangat penting untuk disiplin minum air kalau nak kurus.
Fakta: Sekiranya seseorang minum cukup air mengikut keperluan harian badannya, maka berat akan dapat dikawal sepanjang hidup. Tanpa perlu berdiet, berat masih akan turun tahun demi tahun.
Jangan lupa untuk minum air teh hijau. Kenapa? Teh hijau meningkatkan metabolisma. Ia mempercepatkan proses menurunkan berat badan dengan bantuan air dan juga cara pemakanan sihat.
6. Senaman
Ala typical sangat pekataan senaman ni. Tapi tu la hakikatnya. Senaman tak digalakkan jika korang berat yang sangat berat. I mean berat yang hampir 140kg ke. Gila hape nak pegi joging? Maksud aku, korang senam la berpada-pada. Jangan sibuk nak bersenam sampai penyakit lain yang datang. Sebab aku pon dulu masa mula-mula diet mana ada aku senam. Aku tumpukan perhatian kepada cara pemakanan dulu. Educate yourself first on how to eat clean. Lepas dapat berat yang agak ringan baru aku start buat senaman high intensity circuit training. Kenapa? Sebab senaman ni paling best.
![]() |
| 7 minutes workout that will keep you in shape Source: candiesandcrunches.com |
Ok, meh ulang balik apa nak buat supaya kurus cepat. 1. Jangan makan makanan yang putih-putih tu. 2. Makan makanan berkhasiat yang belom diproses. 3. Jangan makan jajan. 4. Makan kudapan sihat. 5. Minum air yang mencukupi. Ok good luck ye. Bye!
Tuesday, September 16, 2014
Diet Atkins : Makanan rendah karbohidrat / low carb food
Assalam...
Eh baru perasan, belog aku ni dah macam belog diet plak lahaii. Takpe la sebab tak penah spesifik kan belog ni untuk certain topik pon. This belog is about my life cycle je. Apa yang kebetulan jadi topik harian aku, so aku akan belogkan dia. Muahaha.
Sementara tengah ada idea ni meh sini nak cerita pasal makanan rendah karbohidrat. Kenapa low carb food? Eceh cakap mat saleh pulak. Sebab low carb food la penentu tahap kesihatan korang pada masa akan datang. Kalau korang amalkan low carb food sepanjang hidup, korang akan gradually turun berat badan dan dapat sihat.
Makanan rendah karbohidrat terdiri daripada bahan-bahan asas makanan. Contoh lean meat (apa-apa daging hatta daging gajah sekalipon, tapi agak-agakla takkan nak makan gajah kan?), telur, ayam, ikan, sayur, . Makanan basic yang belum diproses, dipakej, ditin, disalut tepung, diubah jadi makanan lain dan sebagainya. Faham?Apa tak faham?? Senang cite makanan yang dari bentuk asalnya la. Macam ayam. Tapi jangan ko kekoh ayam hidup pulak. Ayam yang dah disembelih cara halal yang belum diproses. Yang korang beli kat pasar tu. Gitula gamaknya.
Makanan lain yang rendah karbohidrat ialah sayur-sayur hijau. SAYUR HIJAU. Get it? Sebab? Tak banyak serat dan mudah hadam. Maka rendah karbo lah beliau. Hahaha ayat apekah ini.
Macam mana nak masak makanan rendah karbohidrat? Senang je. Masaklah apa resepi pon, yang penting kurang gula, kurang garam, kurang rempah campuran yang telah diproses, kurang tepung atau kanji, kurang susu, maka akan terhasillah masakan rendah karbohidrat. Contoh: Sup sayur, lamb grill etc.
Gambar-gambar kat bawah ni adalah contoh makanan low carb yang aku makan (untuk diet atkins). Contoh je. Bukanla makanan rendah karbohidrat ni menunjukkan korang kena sekat makan korang. Tidak sama sekali. Makanlah dalam kuantiti yang korang suka dan mengenyangkan. OK?
![]() |
| Half boiled egg |
![]() |
| Stir fried lamb with cabbage with cucumber and tamari sauce. |
![]() |
| Grill chicken patty, lime juice and green tea. |
![]() |
| Plain omelet and mix vege salad |
![]() |
| Lamb chop |
Subscribe to:
Posts (Atom)





