LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Tuesday, November 30, 2010

Aku dah setahun!

Salam...

Aku baru setahun,
merangkak, berhingus, tak cukup ilmu,
kurang dari segalanya,

Aku baru setahun,
tiada hasil baru pucuk daun hijau,
belum ade buah manis untuk aku kongsi,

aku baru setahun,
masih tercari-cari ilmu yang perlu,
masih perlu berpaut pada yang tua,
masih perlu bertanya itu ini,
masih kurang pasti pada segala benda,

aku baru setahun,
hari ini genap setahun,
aku sedar kurang itu ini,
ilmu yang perlu aku cari akan terus ku cari,

Aku baru setahun,
tapi aku sedar...
aku dah setahun!

(Salam...tiada apa yang dapat kugambarkan dengan kata-kata melainkan nukilan ku diatas sebagai mengambarkan hari ini aku dah setahun bekerja sebagai pegawai kerajaan. Aku berdoa agar aku dapat mengharungi pahit getir-liku hidup seorang pegawai kerajaan. dan aku berharap aku buat yang terbaik untuk diriku, keluargaku, hidupku dan juga masyarakat disekelilingku..amin..)

Al-Fatihah...

Salam...

Kat sini aku nak mohon maaf sebab dah seminggu lebih tak update blog nie. Untuk pengetahuan anda semua nenda tercinta aku meninggal dunia di Tanah Suci Mekah setelah selesai mengerjakan haji. Tinggal Tawaf selamat tinggal je lagi arwah tak sempat buat. Arwah seorang yang sihat, tidak mempunyai apa2 penyakit. Arwah meninggal dunia pada 22hb November 2010 pada pukul 7 petang Isnin waktu Malaysia. Arwah adalah ibu kepada ibuku. Arwah dikebumikan di Mekah pada hari yang sama. Arwah meninggal dunia dalam keadaan yang paling menyenangkan iaitu meninggal semasa sedang tidur. Kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah.

Selasa pagi aku dah bertolak pulang ke kampung di Merchang, Marang Terangganu untuk kenduri arwah selama 3 hari diikuti hari Jumaat bacaan Yasin dirumah arwah.

Orang kata setiap kematian pasti ade kelahiran baru dalam keluarga. Betul. Selang sehari pemergian arwah, kami sekeluarga menyambut kelahiran baru iaitu cicit kedua arwah. Walaupun baby adalah lelaki tetapi kami sekeluarga menyambut kelahiran dengan penuh kesyukuran.

Aku redha dengan pemergian Opah kerana aku tau dia ditempat yang paling mulia. Aku mendoakan Opah berada di samping mereka yang beriman. Aku sedekahkan segala pahala yang aku ade kepada Opah sebagai bekalan Opah disana..Ya Allah Kau tempatkan Opah ku di tempat yang layak. Amin...Al-Fatihah...

Sunday, November 21, 2010

Week End Eye Candy! #3


Sumber: Google
no need introduction..
ohh i heart him!

Thursday, November 11, 2010

Week End Eye Candy! #2

Salam...

Sumber: Google

An old school-vintage picture: Mr. Clint Eastwood

Wednesday, November 10, 2010

Week End Eye Candy! #1

salam...
ni aku nak mulakan satu Week End Eye Candy! (WEEC) dalam blog aku..hope it happen!
WEEC ni sebenarnya post yang mengandungi gambar yang aku suka tak kirala gambar ape-ape pon yang tak berkaitan dengan aku pon aku akan letak.

tujuan WEEC ni adalah seperti yang korang tau aku tak akan bukak internet sabtu dan ahad becoz i need 'me time' on saturday and sunday and also kalo ade cuti( raya ke ape ke yg penting cuti)so WEEC ni adalah salah satu cara supaya blog aku ni tetap ade peninggalan sementara aku buat posting minggu berikutnya...

WEEC akan aku post setiap hari jumaat. if ari jumaat jadual aku pack maka WEEC akan ade pada hari khamis atau hari sebelumnya (kalo schedule pack sgt ok!)

Sooo untuk permulaan WEEC ni hari khamis dan jumaat akan ade WEEC (untuk tujuan latihan..hakhakhak makcik ni kadang2 pelupa sebenarnyerrr...)

so enjoy my WEEC!



piccas are googled..so credit to piccas owner.

Tuesday, November 9, 2010

Beading

Salam...

kebelakangan ni aku dah siapkan beberapa projek baru. projek ape? jahit manik la..layan gambar la....




ni baju baru buat masa kakak sepupu F kawen. F insist nak aku pakai baju sama tema kaler ngn family dia. baju kurung moden. just corak2 abstrak, tapi aku gatal tangan gak nak tambah manik kat leher sebab aku rasa kosong sangat. teknik manik tabur je senang.


yang ni kain untuk baju nikah. aku nak tambah manik teardrop (titisan air mata) kat hujung lace tu kasi berat skit baju nikah nanti...nantikan hasilnya masa nikah nanti yer.





ni sume simpanan manik-manik yang aku ade. tak pro tapi adela skit2..ade lagi tp letak yang ni jer la..please ignore buku dalam pic ni.hehehe ade ke sambil jahit manik sambil baca buku?gile ko nolie!


haaa ni adalah tudung nikah yang aku beli aritu. abaikan duit rm50 tu ye..harga tudung ni murah jer..bawah rm40 tau..kat PKNS shah alam.kedai mane dah lupa la..kalo tgk betul2 beading tudung ni memang out. masa aku beli pon ade manik yang dah tertanggal.alang-alang dah tertanggal aku buang sume manik tudung tu.ni projek yang masih berjalan (blum siap la). nanti kan sedikit preview bila dah siap nti ok.

sekian laporan beading.hahaha