LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Tuesday, November 30, 2010

Al-Fatihah...

Salam...

Kat sini aku nak mohon maaf sebab dah seminggu lebih tak update blog nie. Untuk pengetahuan anda semua nenda tercinta aku meninggal dunia di Tanah Suci Mekah setelah selesai mengerjakan haji. Tinggal Tawaf selamat tinggal je lagi arwah tak sempat buat. Arwah seorang yang sihat, tidak mempunyai apa2 penyakit. Arwah meninggal dunia pada 22hb November 2010 pada pukul 7 petang Isnin waktu Malaysia. Arwah adalah ibu kepada ibuku. Arwah dikebumikan di Mekah pada hari yang sama. Arwah meninggal dunia dalam keadaan yang paling menyenangkan iaitu meninggal semasa sedang tidur. Kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah.

Selasa pagi aku dah bertolak pulang ke kampung di Merchang, Marang Terangganu untuk kenduri arwah selama 3 hari diikuti hari Jumaat bacaan Yasin dirumah arwah.

Orang kata setiap kematian pasti ade kelahiran baru dalam keluarga. Betul. Selang sehari pemergian arwah, kami sekeluarga menyambut kelahiran baru iaitu cicit kedua arwah. Walaupun baby adalah lelaki tetapi kami sekeluarga menyambut kelahiran dengan penuh kesyukuran.

Aku redha dengan pemergian Opah kerana aku tau dia ditempat yang paling mulia. Aku mendoakan Opah berada di samping mereka yang beriman. Aku sedekahkan segala pahala yang aku ade kepada Opah sebagai bekalan Opah disana..Ya Allah Kau tempatkan Opah ku di tempat yang layak. Amin...Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment