LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Wednesday, December 29, 2010

25/12/2010 E-Day review! #1

Salam...

Ni entry yang sangat panjang. Sila tahan mata anda.

1) Hantaran
Tema warna: putih silver maroon (cousins aku sume cakap tema krismas hahahah)


Awal2 pilih riben untuk hiasan bakul hantaran.


Bakul mengkuang ni beli kat Nilai buy 1 free 1. asal dia kosong. Aku dah DIY letak manik2 silver n riben keliling bakul. Nampak mahal kan?hehehe


Ni dah start susun2 barang hantaran. Kena balas 11 dulang.


Ni 11 dulang pahar dan juga lapik pahar kaler maroon RM5 sehelai je lapik tu. Aku dah survey harga kat Nilai n kat Sayang You KL sama jer.

End Result:


Inilah hasil susah payah DIY hantaran aku...

Aku sangat puas hati dengan hantaran DIY yang aku dah buat ni. Antara semua yang paling aku suka adalah bekas coklat dan sirih junjung. Keras2 tangan aku pon menjadi jugak. Sangat tak sangka.


Cantik bukan?heheheh angkat bakul nie...

2) Mini Pelamin DIY
Aku tak bercadang langsung nak ade mini pelamin. Just nak duduk dalam bilik je. Tapi mak aku nak aku duduk kat luar. Dalam bilik sempit katanya. So aku memang tak bercadang nak suruh butik buat. DIY jer...Barang2 untuk DIY mini pelamin sume dah ade kat umah. Senang.


Asal mini pelamin tanpa campur tangan keluarga.hahahha sangat la simple..


Setelah letak bantal nikah. Nampak ok skit. Bantal tu sewa kat butik pengantin RM30 jer.


Idea adik letak bunga hidup dan manik2 kat mini pelamin kasi tak nampak kosong sangat. Tapi kain tu sangat nipis dan nmpak dinding belakang.


Esoknya (hari tunang awal pagi tu) cousin aku panjat tangga dan lapik kain yang nipis tu. Dalam gambar cousin aku, makcik aku , pakcik aku dan adik aku..ni la namanya campur tangan keluarga.hahahaha


Hasil campur tangan semua...end result yang sangat cantik dan simple macam yang aku nak.


Ambil gambar adik aku n cousin duk berangan kat mini pelamin tu...kira ok la kan?

Next entry review yang #2..rase mcm panjang sangat la...
bye...

No comments:

Post a Comment