LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka 2011

Salam...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka 2011 kepada semua follower dan juga silent reader (you know who you are..hehehe). Diharap dapat diampunkan segala salah dan silap yang telah aku lakukan sepanjang aku berbelog ini. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki  seikhlas hati anda semua. Aku juga telah memaafkan semua kesalahan sesiapapun yang mengenali aku, tak kira musuh atau rakan taulan. Tiada apa yang aku simpan dalam hati. 0 - 0 yer? Heheheh.

Pesanan khidmat masyarakat. Sila pandu dengan berhati-hati dimusim perayaan ini, dan pastikan rumah anda berkunci dengan betul. Periksa semua elektrik dan air harap ditutup, kecuali lampu depan rumah. Dan juga inform kepada polis dikawasan rumah anda untuk buat rondaan sekerap mungkin. Ini dapat elakkan pencuri beraya dirumah anda. Heheheh. Ataupun anda boleh buat rumah anda seperti yang dibawah ni. Terpulang kepada anda bagaimana caranya untuk elakkan pencuri beraya dirumah anda dengan seronoknya.

Source: www.bowerpowerblog.com


Ok, sehingga kita berjumpa lagi selepas raya ini. Sila nyanyi lagu raya Sharifah Aini untuk aku, sebab aku sangat suka lagu tu walaupun lagu tu buat aku sedih. HHHuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhhhh...sob...sob....

Note: Hubby aku juga ucap selamat hari raya untuk semua.... xoxo love u all....

Tuesday, August 23, 2011

Semalam yang indah

Salam...

Pagi-pagi Isnin lagi dah start meeting jabatan aku. Meeting kedua untuk setiap bulan. Dan meeting berjalan dengan lancar dan habis cepat. Syukur Alhamdulillah. Habis je meeting tu aku cakap dengan staff aku, siapa yang nak cuti raya boleh cuti start esok. Tapi yang peliknya tiada siapapun yang nak cuti. Hehehehe owh sungguh berdedikasi mereka-mereka ini. Bravo! Petang tu pula kami mula hias-hias pejabat dengan lampu-lampu dan anyaman ketupat plastik. Hehehe biar meriah. Lagi seminggu nak raya ni kan...Ketupat plastik tu kami anyam tahun lepas. Untuk pengetahuan, AKU FAIL ANYAM KETUPAT! Hahahaha tangan tak bedung kot. Kalu jadi pun, setengah jalan je. Nak rapatkan daun tu dah fail dan direction daun pun fail. Mak aku plak pandai anyam ketupat tapi jadi ketupat bawang yang cenonet tu. Hehehe macam-macam ragam. Petang nak dekat jam 5 kami ambil gambar bersama satu jabatan untuk buat kenangan dan juga gambar yang akan diletakkan dalam kad raya jabatan. Setahun sekali buat rasa seronok sangat.

Hari seterusnya Selasa, pagi-pagi lagi staff aku dah ambil softcopy gambar semalam untuk siapkan kad raya jabatan. Dah siap, dah tandatangan dan sebagainya kad tu hantar ke semua jabatan. Siap buat extra untuk tampal di board dan depan mesin punchcard. Agak meriahla juga jabatan kami yang tak seberapa ni. Heheheh walaupon sikit tetap ada effort untuk buat sesuatu. Kira ok kan dari takde ape-ape? Hehehe. Semalam kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. Percaya tak? Percayala. Semalam pertama kali pergi pasar Ramadhan untuk tahun ini. Aku memang tak suka nak bersesak-sesak walaupun pasar Ramadhan tu tak ramai orang. Beli murtabak dan juga kuih popia basah.semuanya RM9 sekali beli. Family aku ramai so kena beli banyakla. Murtabak 2, popia basah 10 biji. Nasib juga sedap dan tak membazir. Semua habis. Aku risau kalau yang aku beli tu tak abis. Tapi Alhamdulillah habis. 

Tapi semalam juga ada dua kejadian berlaku serentak. Pertama klient datang dan marah-marah sebab katanya jabatan kami ni banyak karenah. Padahal yang kami minta itu yang basic. Yang asas. Masih ada lagi 'profesional' yang kolot seperti klient itu. Hmmm...yang kedua pada pukul 10:56 am 23/08/2011 (Selasa), panggilan telefon selama 00:04:06 minit menggunakan private number, sedang aku dengar klient tu marah-marah di kaunter, tiba-tiba aku dapat panggilan dari private number. Aku jawab dan suara seorang lelaki bercakap memberitahu yang dia wakil dari Celcom. Dia ada beritahu aku nama dia tapi aku tak dengar sebab aku tengah dengar klient tu marah-marah staf aku. Yang aku perasan namanya sangat panjang dan nama melayu. Dia menerangkan Celcom buat cabutan bertuah dan no telefon aku adalah pemenang no cabutan bertuah tersebut. Mula-mula aku percaya tapi sedikit ragu-ragu. Aku pelik sebab betul ke Celcom buat cabutan bertuah tu. Jumlah yang lelaki tu cakap RM3,500. Pada mulanya dia cakap telah dimasukkan dalam akaun bank. Yang menjadikan aku pelik, kalau dia dah masukkan dalam bank kenapa dia tanya aku ada bank ape. Haaa ni yang menyebabkan aku bertambah syak. Aku cakap aku ada Maybank. Lepas tu dia tanya aku lagi aku ada dimana. Aku cakap aku kat KL. Dia cakap aku kena pergi ke Menara Maybank KL. Mula-mula aku jawab telefon aku dengar suara dia macam orang India yang tak reti sangat BM, tapi lama-lama aku dengar loghat dia macam orang Indon. Masa dia suruh aku pergi menara maybank tu, dia punya ayat macamni "sila menuju ka menara maybang.(bukan bank)". Lepas je aku dengar tu makin pekat plak cakap indon dia. Haaa aku ape lagi. Dah tau dah ini FRAUD! Lepas tu dia cakap lagi, sila menuju ke ATM mesin dan jangan lupa bawa kad atm dan buku bang (bukan bank --cakap dalam BM). Aku tahan lagi. Aku nak dengar sampai abis dia nak cakap ape sebab aku dah tahu dia menipu. NAK ROMPAK AKU LA TUH!! Dia cakap lagi, bila dah sampai kat menara tu, nanti Bank Negara akan call untuk konfemkan duit dan akan ada seseorang (orang Maybank katanya) akan datang jumpa aku. LAGI LA AKU RASA MEMANG DIA NAK ROMPAK AKU! Aku iyakan je semua yang dia cakap. Lepas tu dia suruh aku pergi menara tu sekarang jugak. Aku cakap aku busy. Aku tengah kerja. Dia suruh datang time rehat. Aku cakap lagi bulan puasa ni time rehat lagi bz kerja banyak. Dia tanya pula aku abis keje pukul bape. Aku tipu dia cakap aku abis keje kul 6. Aku dah bengang sebenarnya. Aku cakap kat dia, kalau betul duit dah masuk dalam bank, esok atau lusa la aku keluarkan duit tu. Bank negara pun boleh call anytime untuk konfemkan duit tu. Orang Maybank pun sama. Aku cakap lagi aku bz mayb esok lusa baru aku keluarkan duit tu. Lepas tu dia macam terperangkap taktau nak cakap ape. Aku macam dengar suara dia tergagap nak cakap something. TAPI DIA TERUS LETAK TELEFON!. BUKAN KE TU MENIPU?  Kurang asam betul Indon tu.Nasib baik aku tersedar awal yang dia menipu. Kalau dia telefon lagi memang kena maki dengan aku. Nasib bulan puasa nie. Aku harap takde siapala yang terkena tipu dengan Indon tu. Ape dia ingat BM dia bagus sangat sampai aku takleh kesan pelat Indon dia?Haram betul! Harap semua orang berhati-hati dengan penipuan ni. Aku hampir nak lapor kepada polis tapi sebab aku bz sangat aku cuma harap orang lain tak kena tipu. Dan aku tau orang Malaysia semua cerdik-cerdik belaka. Aku tau Celcom takde buat cabutan bertuah macam ni aku dah cek pon kat web celcom. Dan Bank Negara pon takkan senang-senang nak konfemkan duit kepada syarikat nak bagi duit kat individu macam tu je just dengan call je. Penipuan! Aku harap anda semua sebarkan hal ni agar tiada yang jadi mangsa rompakan. Satu lagi sekiranya anda dirompak di ATM semasa nak keluarkan duit (perompak letak pisau dileher atau acu pistol untuk suruh kita keluarkan duit), anda terbalikkan no pin akaun anda. Ini salah satu cara pihak bank dapat kesan yang anda sedang dirompak di ATM itu. Pesanan khidmat masyarakat ni.

Hari ini, tiada ape yang menarik. Mungkin masih awal lagi. Aku start cuti raya hari Jumaat ni. Maknanya esok last aku online dan aku akan offline sepanjang cuti raya ni. Aku start kerja semula pada 06/09/2011. Jadi hari ini atau esok mungkin ada post terakhir sebelum cuti raya nanti. Banyak lagi nak dikejar, rumah tak sepenuhnya siap, kuih raya tak buat lagi, macam-macam lagi nak buat. Sebab tu aku nak cuti awal-awal ni. Ok sampai sini dulu ye. Bye!

Note: Indah tak semalam-semalam yang aku alami? Hmmm....

Friday, August 19, 2011

Week End Eye Candy! #20

Salam...

Nothing much to say, just wanna leave you guys with something funny and something that will make you smile. Have a great weekend and may Allah bless you all...Happy Fasting!
Source: Google
Kesian kawan dia nak jatuh kan??heheheh

Note: Masih mencari kuih raya....tunjuk jer..heheheh

Tuesday, August 2, 2011

Week End Eye Candy! #19

Salam...

Maafkan aku sebelum anda semua tengok gambar-gambar dalam post ni. Heheheheh memang saja je tunggu dan simpan gambar ni banyak-banyak untuk bulan puasa. Heheheheh sorry guys!

 Sushi bentuk hati comel.

 Makanan dari game Pacman

 Makanan dari game Katamari

 Hmmm yummy!

 Coffee jakuzi.

 Anime kawaii


 Button cookies!

 lotsa coffee.

 Car rice ball

 Nice idea for food decoration

 Giraffe bread


 Lagi game pacman.

 yum yummy!

 Cupcake pop.

 Rainbow cake.

 Alice in wonderland cupcake.

 Rainbow cake.

 Rainbow chamelion

 Rainbow cake lagi!

 Cloud and rainbow cake.

 rainbow lagi...




 hello kitty pop.

 beruang tido dengan nyenyaknya..

 Gula-gula best. Aku dah rasa.

 Cake iphone

 1-Up Mario burger.

 Mario brothers cupcake.






 Ni craft dr kain felt.

 Totoro!



Source: Google.
All cute food!!! So cute so yummy!!!  Sila tahan dan bersabar puasa hari ini ye. TQ!

House Renovation #1

Salam...

Sepatutnya projek rumah ini dah mula awal sebulan sebelum puasa. Tapi sangat-sangat bz so banyak. Proses pertama buat rumah ni kami mulakan dengan aktiviti survey dan beli barang-barang sampai lebam. Tak beli sekaligus sebab takde duit cukup so beli barang yang dah survey setiap ceruk Greater KL dan Selangor. Tapi tempat yang paling banyak ulang-alik pergi adalah kedai jubin dan IKEA. Owhh i heart Ikea sooo much. Dulu sebelum Ikea datang Malaysia ada FRC (Furniture Reject Centre) Tapi FRC dah terkubur. Kalau nak banding FRC dengan Ikea, FRC lagi best. Tapi tipikal rakyat Malaysia mengagungkan barangan buatan luar negara (termasuk aku dan hubby heheheh) maka kami dengan seronoknya melangkah ke dalam IKEA Damansara tu. Huhuhu.

Sebab memang nak melengkapkan rumah. Jadi setiap minggu aktiviti utama adalah mencari semua barang-barang dirumah dari yang basic sehinggalah yang memenuhi kehendak. Nasib masa aku bujang dulu aku dah beli mesin basuh yang sangat berbaloi. Heheheh so dah jimat. Periksa semua barang yang dah ada dan lengkap, cuma beli yang belum ada sahaja.  Aku buat checklist barang-barang yang wajib beli dan barang-barang yang mengikut kehendak. Keperluan dan kehendak kan lain-lain.

Ini barang basic (keperluan) yang perlu ada dalam rumah yang dah disenaraikan:
1. Sofa                                                    6. Almari baju
2. Meja makan                                        7. Dapur
3. TV dan kabinet TV                             8. Peti ais 
4. Book Shelves                                     9. Mesin basuh 
5. Katil                                                 10. Meja kerja

Ini pula barang tambahan mengikut kehendak:
1. Safety door (takyah pakai grill dah)
2. lantai simen ditukar ke lantai jubin seluruh rumah
3. Dapur elektrik.
4. Lampu ruang tamu, lampu bilik makan, lampu meja kerja
5. Kipas ruang tamu, kipas bilik tidur, kipas bilik makan
6. Kabinet dapur ikut warna kesukaan
7. Bilik air (tukar jubin up to ceilling + sinki baru + drawer + kolah air kecil)
8. Air-cond bilik tidur utama dan ruang tamu (dah ada kipas nak air-cond lagi??hmmm)
9. Tingkap kaca tukar kepada tingkap kaca hitam
10, Cat rumah baru warna Raspberry yang sangat comel.





Saja aku ambil gambar ni, idea untuk center katil tu. Sekali dengan lampu. 


 Almari baju PAX Ikea. Kalau tak silapla.

 Aku suka gambar besar-besar ni. Tapi tak beli pun. 

 Menarikkan gambar ni? RM200 plus ni.

Bila dah habis survey, pergi jumpa kontraktor yang nak buat renovation rumah. Lepas berbincang dan setuju dengan kontraktor itu, bayar upah penuh sebab nak suruh dia siapkan rumah cepat. Kontraktor mula buat rumah seminggu sebelum puasa. Kontraktor rumah mula buat lantai rumah. Lepas tu kontraktor lain mula datang buat kerja juga seperti pasang kabinet dapur. Owhh saya sangat suka kabinet dapur saya sebab warna merah. Suka! Kemudian, orang datang pasang air-cond pula. Suka lagi!

Lantai warna putih salju. Suka! (rumah sedang direnovate. Maafkan sepah-sepah, tongkang pecah, sarang tikus itu.)

 Kabinet dapur warna merah dah siap pasang. Table top granite je belum pasang lagi. Saya sangat suka! 

 Kabinet bawah.

 Kabinet atas

Aku sampai demam-demam cat rumah. Tapi aku sangat suka hasil mengecat yang aku buat sendiri tu. Itu pun tak abis cat lagi. Dapur tak cat lagi, bilik makan dan bilik tetamu belum siap lagi. Tunggu semua dah siap sepenuhnya, baru boleh mengecat dengan aman. Ok sampai sini dulu. Nanti aku sambung cerita renovate rumah lagi.

Note: Harap siap rumah sebelum raya. Rasa berbaloi dan tak sabar nak duduk rumah sendiri nanti. Suka!