Salam...
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka 2011 kepada semua follower dan juga silent reader (you know who you are..hehehe). Diharap dapat diampunkan segala salah dan silap yang telah aku lakukan sepanjang aku berbelog ini. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki seikhlas hati anda semua. Aku juga telah memaafkan semua kesalahan sesiapapun yang mengenali aku, tak kira musuh atau rakan taulan. Tiada apa yang aku simpan dalam hati. 0 - 0 yer? Heheheh.
Pesanan khidmat masyarakat. Sila pandu dengan berhati-hati dimusim perayaan ini, dan pastikan rumah anda berkunci dengan betul. Periksa semua elektrik dan air harap ditutup, kecuali lampu depan rumah. Dan juga inform kepada polis dikawasan rumah anda untuk buat rondaan sekerap mungkin. Ini dapat elakkan pencuri beraya dirumah anda. Heheheh. Ataupun anda boleh buat rumah anda seperti yang dibawah ni. Terpulang kepada anda bagaimana caranya untuk elakkan pencuri beraya dirumah anda dengan seronoknya.
Source: www.bowerpowerblog.com
Ok, sehingga kita berjumpa lagi selepas raya ini. Sila nyanyi lagu raya Sharifah Aini untuk aku, sebab aku sangat suka lagu tu walaupun lagu tu buat aku sedih. HHHuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhhhh...sob...sob....
Note: Hubby aku juga ucap selamat hari raya untuk semua.... xoxo love u all....
No comments:
Post a Comment