LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, September 22, 2011

House Renovation #2

Assalam...

Rentetan renovation rumah sepanjang bulan puasa yang lepas, ini sambungan yang kedua. Untuk pengetahuan anda, rumah aku dah siap! Apartment je pun...Hehehe Tapi tak banyak pula gambar yang aku ambil. Hmmm...(pasni kena sentiasa pegang kamera semi-pro aku tu supaya gambar before and after dapat diambil). Cuma ada sikit saja gambar yang boleh aku share. Daripada tiada langsung kan?


 Siap beli meja lubang-lubang dari Ikea. Hehehe dulu RM100 lebih harganya. Sekarang tengah sale so dapat RM59 kalo tak silap. Senang nak isi semua CD, DVD...lubang-lubang tak berkuap..hahaha


Ruang tamu dibahagikan oleh sofa. Yup this is the raspberry colour paint yang aku bagitau dulu. Colour ni sangat best sebab bila terkena cahaya akan berubah warna kepada warna tertentu.




Ruang makan, sebelum letak karpet. Agak sempoi.


 Hehehe ni saja je nak tunjuk bekas kuih raya. Heheheh murah-murah je bekas kuih raya nie tau...


Lagi ruang makan yang agak blur. Meja dan kerusi dari Ikea. 


 And this is my lovely kabinet dapur. I loiikkee!



 Ruang kerja dekat dengan pintu masuk. Senang nak larikkkk....Hehehehe


 Lagi keadaan rumah. Semua merah-merah belaka. Lain tahun tukar lain warna pula.


Lagi dapur ku. Oh dapur masak lupa pula nak ambil gambar. Ada kat ruang kanan sebelah washing machine tu.


 Meja kerja.


Aku sangat suka almari Pax Ikea ni. Sangat praktikal. Semua benda aku boleh sumbat dalam ni. Berbaloi dengan harga. Bayangkan toto boleh muat dalam almari ni dengan banyaknya dan masih ada space untuk letak benda lain. Sangat puas hati.

Cuma sekarang ni ada beberapa barang lagi yang tak lengkap. Akan dibeli dan tambah dari masa ke semasa. Bila tetamu datang beraya atau berkunjung ke rumah baru aku perasan ada banyak lagi barang-barang asas yang tiada. Jadi sekarang ni usaha kumpul sedikit demi sedikit barang-barang tersebut terutamanya barang-barang didapur.

Setakat ini aku puas hati dengan perancangan rumah aku. Dan aku gembira ada rumah yang functional. Lega dan boleh berlapang dada.

Tuesday, September 20, 2011

Bahaya Panadol & Paracetamol




Assalam...

Terjumpa artikel ni kat laman sosial. So nak share dengan anda semua.



UNTUK PENGETAHUAN,

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya.. “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www..omaQ. org

Note: Aku tak minum minuman bikarbonat @ gas, tapi aku boleh lagi telan air isotonik, so lepas ni kena banyak minum air isotonik kalau sakit kepala.