LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, September 22, 2011

House Renovation #2

Assalam...

Rentetan renovation rumah sepanjang bulan puasa yang lepas, ini sambungan yang kedua. Untuk pengetahuan anda, rumah aku dah siap! Apartment je pun...Hehehe Tapi tak banyak pula gambar yang aku ambil. Hmmm...(pasni kena sentiasa pegang kamera semi-pro aku tu supaya gambar before and after dapat diambil). Cuma ada sikit saja gambar yang boleh aku share. Daripada tiada langsung kan?


 Siap beli meja lubang-lubang dari Ikea. Hehehe dulu RM100 lebih harganya. Sekarang tengah sale so dapat RM59 kalo tak silap. Senang nak isi semua CD, DVD...lubang-lubang tak berkuap..hahaha


Ruang tamu dibahagikan oleh sofa. Yup this is the raspberry colour paint yang aku bagitau dulu. Colour ni sangat best sebab bila terkena cahaya akan berubah warna kepada warna tertentu.




Ruang makan, sebelum letak karpet. Agak sempoi.


 Hehehe ni saja je nak tunjuk bekas kuih raya. Heheheh murah-murah je bekas kuih raya nie tau...


Lagi ruang makan yang agak blur. Meja dan kerusi dari Ikea. 


 And this is my lovely kabinet dapur. I loiikkee!



 Ruang kerja dekat dengan pintu masuk. Senang nak larikkkk....Hehehehe


 Lagi keadaan rumah. Semua merah-merah belaka. Lain tahun tukar lain warna pula.


Lagi dapur ku. Oh dapur masak lupa pula nak ambil gambar. Ada kat ruang kanan sebelah washing machine tu.


 Meja kerja.


Aku sangat suka almari Pax Ikea ni. Sangat praktikal. Semua benda aku boleh sumbat dalam ni. Berbaloi dengan harga. Bayangkan toto boleh muat dalam almari ni dengan banyaknya dan masih ada space untuk letak benda lain. Sangat puas hati.

Cuma sekarang ni ada beberapa barang lagi yang tak lengkap. Akan dibeli dan tambah dari masa ke semasa. Bila tetamu datang beraya atau berkunjung ke rumah baru aku perasan ada banyak lagi barang-barang asas yang tiada. Jadi sekarang ni usaha kumpul sedikit demi sedikit barang-barang tersebut terutamanya barang-barang didapur.

Setakat ini aku puas hati dengan perancangan rumah aku. Dan aku gembira ada rumah yang functional. Lega dan boleh berlapang dada.

4 comments:

  1. Cantik and simple umah u dear..:)

    ReplyDelete
  2. Asz Miza: Tq dear...simple and functional sgt bagus. Tak pening kepala nak urus rumah.

    ReplyDelete
  3. Guna cat jenama ape ek?cm nk jgk je... Hihi

    ReplyDelete
  4. chenta hati: cat tu cat jenama Jotun. Bleh lap dgn kain basah je kalo dinding kotor. Dan memang warna cat tu akan berubah ikut pencahayaan.

    ReplyDelete