LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013

Assalam...

Aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca blog ni..tq sebab sudi singgah dan baca blog aku yang tak seberapa ni. Semoga tahun 2013 ini membawa lebih banyak keberkatan kepada anda semua. Semoga segala kebaikan dan keburukan yqng terjadi kepada kita pada tahun 2012 ini dijadikan sempadan dan tauladan.

Diharap segala azam yang kita azamkan pada 2012  telah tercapai. Dan semoga azam baru yang dibuat akan lebih menjadikan kita insan yang berguna dan lebih berbakti kepada orang- orang disekeliling kita.

Soooo ape azam tahun baru anda?

Wednesday, November 21, 2012

News Update

Assalam...

Lorrrr...lama betul aku menung depan pc ni...tak tau plak nak post pasal apa. Huhu dush satu kat kepala. Ok since takda apa sangat nak di post ni nak update la apa yang sepatutnya aku selalu buat yang berkaitan dengan blog aku ni, posting pasal wedding la apa lagi. Hehehe

Bulan 12 ni memang hectic life la untuk keluarga aku sebab adik 2 orang nak kahwin sekaligus. Haaa hamek kau sekali dia bagi. Adik-adik aku ni dah merancang awal-awal agaknya nak kahwin serentak 2 couple ni. Haishh pening kepala mak neng. Hahahah persiapan semua dah separuh la yang boleh di laporkan. Hantaran pon dah setel siapkan awal-awal. Sebab? hakak jugak yng buat dik non oii...2 set hantaran tu...mau tak pecah kepala nak siapkannyer...memang patutla aku siapkan awal-awal..

Adik lelaki p akad nikah and sanding kat umah perempuan seminggu awal. So next weeknya majlis besar kat rumah lelaki plus majlis besar kat umah perempuan untuk adik aku yang perempuan. So sume kena double up. Aku harap-harap makanan, doorgift and semua yang dirancang cukup malah berlebihan. Lebih takpe jangan tak cukup. Nanti orang mengata..

So, nanti akan update yang lain bila dah nak dekat tarikh majlis okey..daaa...

Sunday, November 11, 2012

Online shopping addicted

Assalam...

Giler ketagih punya pasal....Nak cite pasal tabiat baru tak baru orang Malaysia yang sangat suka shopping online. Lagi-lagi perempuan. Ala lagipon senang la shopping online ni. Takyah susah-susah nak p kedai pegi shopping complex. Kan? kan? aku pon skali la...ade gak terpengaruh dan ketagih shopping online ni..Giler tak ketagih...hehehe Tapi aku baru lagi terketagih shopping online ni. Sampai lupa no pin bank aku sebab duit dah tak kuar dari ATM..tapi kuar dari maybank2u jer...
hampeh tul dush dushh kat kepala..nasib kad bank tak kena telan. 

Ada banyak pro and kons beli belah tanpa curiga kat blogshop or watever website online shopping ni. Antaranya ditipu, tertipu dan menipu..huhuh Ade gak barang yang korang beli ni salah saiz or rosak. Nak pulangkan dah ade macam-macam plak syarat masa nak beli aritu. Ataupon tak dapat harga full yang korang bayar..Kan ke dorang dah untung tang situ jer..haishh.. ok taknak bebel macam-macam..

Cuma aku nak bagitau kite sebagai pengguna masih ade hak untuk defend diri kita jika tertipu..masa barang dah sampai, kan ade kertas resit poslaju tu. Kat situ ade alamat penjual, paling2 ade no fon watsover kat situ. Korang simpan resit tu in case kalo jadi ape-ape kat barang yang korang beli tu. Or kalo takde gak korang report polis je website ke blogshop ke yang mana dorang meniaga online tu.abis citer..So hati-hati k..aku stakat ni alhamdulillah takde lagi terkena barang rosak or tipu. So enjoy shopping k.


Awal Muharam 1434H

Assalam...

Salam Awal Muharam 1434Hijriah dari aku sekeluarga..Ape azam tahun baru Islam kita?

*jangan azam tahun matsaleh je..

Monday, September 3, 2012

Majlis Kahwin Ala Kadar

Assalam...

Sejak kecil, aku berjiran dengan sebuah keluarga yang sangat mengamalkan nilai2 Islam. Semua anak-anak jiran aku ni bertudung labuh dan berniqab. Tapi kalau duduk rumah tak penah lagi aku nampak dorang berniqab. Setakat keluar jalan-jalan jela..Bak kata orang family orang 'tabliq' (betul ke nama tu?). Ok, point aku sebenarnya nak cerita yang keluarga ini ade 13 orang adik-beradik. Dan separuh daripada mereka telah berkahwin. Setakat ni dorang memang buat majlis kahwin ala kadar je. 

Anda sume mesti penah dengar Majlis Sambut Menantu kan? Haaa....ni la yang dorang selalu amalkan apabila ada anak mereka yang bernikah. Majlis pernikahan pon dibuat tertutup dan dihadiri oleh saudara-mara dan jiran tetangga terdekat yang rapat sahaja. Kemudian, akan diadakan majlis makan-makan dan menyambut tetamu. Tetamu hanya diraikan dengan makanan. Tiada majlis bersanding. Pengantin cuma pakai cantik sedikit dan melayan tetamu serta diperkenalkan kepada semua jiran-jiran dan tetamu yang lain.

Inilah istilah majlis perkahwinan ala kadar tadi. Kalau anda semua betul2 nak jimat, anda boleh buat dengan sedikit perubahan. Tambah la hiasan dan buatla pelamin yang simple untuk ambil gambar dengan family. Ala-ala Ustaz Don tu. Kan manis. 

Cakap pasal majlis ringkas dan ala kadar ni. Ujung minggu ini, adik aku yang ke-4 akan bertunang. Gaya macam grand je. Yang jadi mangsa confirm aku sebab aku kakak. Aku la yang nak kena buat hantaran, aku la yang kena deco mini dias, senang aku la semua. Takpela. Nama pon kakak. Korban sikit untuk adik. Tema warna Purple. Dah lebih seminggu jugak aku dan adik siapkan gubahan hantaran. Simple je. 

Ni contoh hantaran yang tak siap lagi.

Make-up plak aku yang akan makeup sendiri adik aku. OP dia dah amek kawan dia sendiri. Mini dias kami sekeluarga akan buat kasi cantik-cantik. Warna mini pelamin putih je sebab sume dah kaler purple. Kalo mini pelamin pon kaler purple abisla tenggelam semua. Ok, nanti akan update hasil kerja tangan untuk majlis tunang adik aku. Tunggu!

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah

Assalam...

Disini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Walaupun gak lewat seminggu, tapi ni la aku baru ade masa nak berblog. Harap Aidilfitri kali ini lebih membawa makna kepada semua. Dalam kita bergembira, jangan kita lupa pada mereka yang sedang berduka atau sedang menghadapi kedukaan sama ada yg dekat atau yang jauh dari kita. Jangan juga kita lupakan orang tua kita atau saudara mara yang lebih tua dari kita. Hati-hati semasa memandu dan utamakan kselamatan..

Time to jog after 1 whole week makan-makan...heheheh bye!

Wednesday, August 15, 2012

Doa Mendapat Jodoh

Assalam...

Aku nak mohon maaf sebab dah lama sangat tak berblog nie...Sepanjang ketiadaan aku dalam dunia blog ni, macam-macam jadi pada aku. Something big and worst and hanya Tuhan yang tahu. Hanya seminggu yang sudah ni baru dapat selesaikan masalah yang aku hadapi dari November tahun lepas. Apepun Alhamdulillah dan sujud syukur kepada Allah kerana masalah yang besar dah lepas dan aku dah pon memulakan hidup baru. 

Ok tak nak celoteh panjang. Anda semua mesti tak sabar sbb tajuk yang kat atas tu kan...so this is it...amalkan untuk kebaikan dan dengan niat yang ikhlas..insyaAllah Tuhan akan tolong kite...Amin...





Doa pendekat jodoh. 
Assalamualaikum guys.. Hari nih kita tukar topik lain sikit boleh. Bukan apa, saja jer nak share dengan korang bab JODOH. Mesti ramai yang sudah bertemu jodoh masing2. Ada plak yang masih SOLO lagi. Cinta buah hati sudah berjumpa tapi tak kesampaian ler pula dikeranakan si CINTA itu bercinta dengan orang lain atau senang cerita sudah berpunya. Ada pula malu untuk berterus terang tentang perasaannya. Sampai bila?? Karang ada plak yang menganga dek kerana MALU meluahkan perasaan. JANGAN MENYESAL!!!! Dan lagi ada pula, dah jatuh cinta pada si dia tapi cinta tidak berbalas mesra. Seksa menanggung CINTA yang tidak berbalas.

Tapi ingat.. Jangan kerana cinta tidak berbalas, niat untuk membalas dendam pada si dia berlaku. DOSA namanya.. Si laknat syaitan dan jin ini akan sentiasa menyesatkan manusia yang lemah. LUPAKAN perkara untuk berdendam dendum nih. Cara paling baik adalah berdoa pada Allah SWT dan memohon pada-Nya agar segala masalah dan permintaan dapat diselesaikan dengan baik. Mana tahu malam esok ker, malam lusa ker atau minggu depan ker  si Peah tuh tiba2 call mintak masuk. Who knew rite?? Senyum lebar jer.... Kalah iklan ubat gigi.. ^__^
Tapi tak pe. Ini aku ada nak share dengan korang DOA PENDEKAT JODOH.. Mudahan2 tercapai ler hajat korang nak bersatu dengan si dia.. Tapi INGAT. Jangan ler di salah gunakan pula. Sebut nama si dia tuh biarlah dengan niat yang baik. Allah itu Maha mendengar dan Maha tahu sebelum mak korang lahir kan korang lagi. Jadinya pasang niat dengan baik dan ikhlas yer....
Pertama sekali baca surah Al Fatiha dan baca doa ini.


"Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati2 mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala2nya".



Gantikan sebutan yang bertanda bulat (dia) kepada sebutan pada jodoh korang.

  • Contoh pertama - jika yang berdoa itu perempuan untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA kepada HU (dia lelaki dan sebutkan terus nama lelaki yg ingin korang di jodohan)
  • Contoh kedua - jika yang berdoa itu lelaki untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA (dia perempuan dan sebutkan nama perempuan yang ingin korang jodohkan)
  • Contoh ketiga - Jika ingin doakan untuk diri sendiri atau mereka atau kami, tukarkan kepada sebutan HAmengikut sebutan2 yang telah di berikan.
NA - kami, HUM - mereka, NI - saya  HU - dia (lelaki), HA - dia (perempuan)

Nota
Harapnya selepas ini semua sudah faham yer guys.. Sebaiknya lakukan doa ini selepas solat 5 waktu. InsyaAllah dengan izin-Nya akan termakbul.



P.S. Doalah demi cinta yang tulus agar dipercepatkan jodohnya. Restu kedua orang tua juga perlu dalam setiap hubungan agar jodoh kita berpanjangan dan sentiasa bahagia. Jika sebaliknya, mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati untuk kedua2 orang tua untuk menerima pasangan hidup korang. InsyaAllah... Ehhh.. kalau sape yang sudah dapat JODOH tuh dan nak makan nasi minyak, reti2 ler email kad jemputan. Suka tengok couple bahagia. AMIN..





So....anda semua bleh amalkan..walaupon kite dah ade jodoh kite, tapi nak jugak jodoh kite tu kekal dan rapat dengan kita kan?so ni memang boleh diamalkan la..

*yang baik itu semua datang dari Allah...