Assalam...
Aku nak mohon maaf sebab dah lama sangat tak berblog nie...Sepanjang ketiadaan aku dalam dunia blog ni, macam-macam jadi pada aku. Something big and worst and hanya Tuhan yang tahu. Hanya seminggu yang sudah ni baru dapat selesaikan masalah yang aku hadapi dari November tahun lepas. Apepun Alhamdulillah dan sujud syukur kepada Allah kerana masalah yang besar dah lepas dan aku dah pon memulakan hidup baru.
Ok tak nak celoteh panjang. Anda semua mesti tak sabar sbb tajuk yang kat atas tu kan...so this is it...amalkan untuk kebaikan dan dengan niat yang ikhlas..insyaAllah Tuhan akan tolong kite...Amin...
Doa pendekat jodoh.
Assalamualaikum guys.. Hari nih kita tukar topik lain sikit boleh. Bukan apa, saja jer nak share dengan korang bab JODOH. Mesti ramai yang sudah bertemu jodoh masing2. Ada plak yang masih SOLO lagi. Cinta buah hati sudah berjumpa tapi tak kesampaian ler pula dikeranakan si CINTA itu bercinta dengan orang lain atau senang cerita sudah berpunya. Ada pula malu untuk berterus terang tentang perasaannya. Sampai bila?? Karang ada plak yang menganga dek kerana MALU meluahkan perasaan. JANGAN MENYESAL!!!! Dan lagi ada pula, dah jatuh cinta pada si dia tapi cinta tidak berbalas mesra. Seksa menanggung CINTA yang tidak berbalas.
Tapi ingat.. Jangan kerana cinta tidak berbalas, niat untuk membalas dendam pada si dia berlaku. DOSA namanya.. Si laknat syaitan dan jin ini akan sentiasa menyesatkan manusia yang lemah. LUPAKAN perkara untuk berdendam dendum nih. Cara paling baik adalah berdoa pada Allah SWT dan memohon pada-Nya agar segala masalah dan permintaan dapat diselesaikan dengan baik. Mana tahu malam esok ker, malam lusa ker atau minggu depan ker si Peah tuh tiba2 call mintak masuk. Who knew rite?? Senyum lebar jer.... Kalah iklan ubat gigi.. ^__^
Tapi tak pe. Ini aku ada nak share dengan korang DOA PENDEKAT JODOH.. Mudahan2 tercapai ler hajat korang nak bersatu dengan si dia.. Tapi INGAT. Jangan ler di salah gunakan pula. Sebut nama si dia tuh biarlah dengan niat yang baik. Allah itu Maha mendengar dan Maha tahu sebelum mak korang lahir kan korang lagi. Jadinya pasang niat dengan baik dan ikhlas yer....
Pertama sekali baca surah Al Fatiha dan baca doa ini.
"Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati2 mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala2nya".
Gantikan sebutan yang bertanda bulat (dia) kepada sebutan pada jodoh korang.
- Contoh pertama - jika yang berdoa itu perempuan untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA kepada HU (dia lelaki dan sebutkan terus nama lelaki yg ingin korang di jodohan)
- Contoh kedua - jika yang berdoa itu lelaki untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA (dia perempuan dan sebutkan nama perempuan yang ingin korang jodohkan)
- Contoh ketiga - Jika ingin doakan untuk diri sendiri atau mereka atau kami, tukarkan kepada sebutan HAmengikut sebutan2 yang telah di berikan.
NA - kami, HUM - mereka, NI - saya HU - dia (lelaki), HA - dia (perempuan)
Nota
Harapnya selepas ini semua sudah faham yer guys.. Sebaiknya lakukan doa ini selepas solat 5 waktu. InsyaAllah dengan izin-Nya akan termakbul.
P.S. Doalah demi cinta yang tulus agar dipercepatkan jodohnya. Restu kedua orang tua juga perlu dalam setiap hubungan agar jodoh kita berpanjangan dan sentiasa bahagia. Jika sebaliknya, mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati untuk kedua2 orang tua untuk menerima pasangan hidup korang. InsyaAllah... Ehhh.. kalau sape yang sudah dapat JODOH tuh dan nak makan nasi minyak, reti2 ler email kad jemputan. Suka tengok couple bahagia. AMIN..
So....anda semua bleh amalkan..walaupon kite dah ade jodoh kite, tapi nak jugak jodoh kite tu kekal dan rapat dengan kita kan?so ni memang boleh diamalkan la..
*yang baik itu semua datang dari Allah...
No comments:
Post a Comment