LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Tuesday, January 22, 2013

Projek DIY ku #1

Assalam...

Kebelakangan ni sangat la sibuk dan tiada masa nak update blog. Update pun yang simple-simple saja. So arini nak tunjuk semua gambar-gambar DIY yang aku berjaya buat, bermula dengan hari bertunang adik aku, then hari akad nikah adik, then hari nikah adik, then hari sanding adik (sekali 2 orang adik aku kawen) dan diakhiri dengan persiapan untuk adik yg tunang tadi gak nak kawen bulan March 2013 ini.

FIY semua hantaran aku yang buat and diy sendiri ok..eh eh terasa cam berlagak je..huhuh ala kadar je pon hantaran tu sume. Asalkan aku puas hati dan pengantin pon puas hati juga so dah kira ok la. Dapat juga pujian-pujian ikhlas dari saudara-saudara. Suka!

Majlis Tunang adik nombor 4 bulan September 2012 yang lepas:

1st buat gubahan hantaran, serius aku takde idea masa ni. Adik pula dah beli bekas bulat ni untuk hantaran, so aku p cari bunga ala-ala purple biru ni untuk gubahan. Senang je ni ikat ngan dawai je.boh riben. Then beli manik ikat manik keliling bekas tu. So simple.

Ini pula gubahan sireh junjung. Yang ni pon aku takde idea sangat nak buat but the result is comel je.Sume pon suka. Bunga fresh ni sume dapat free dari kedai bunga sebab bape kuntum je pon. Lagipon amoi kedai bunga tu aku dah kenal dari kecik.

Ini gubahan baju nikah.kosong sangat so letakla pic adik and tunang dia tu.
Ni kain songket. Buat bentuk bunga sekuntum yang besar dalam bekas tu. Tak nampak sgt tapi ni yang yang paling ramai orang tanya mane dapat idea nak buat camtu. Huhuh garu kepala aku sebab memang dah macam-macam gaya aku buat tak jadi gak songket ni. Last-last ikat macam anggur kecik dan letak dalam bekas dan bentuk-bentuk macam kelopak bunga kain songket yang lebih-lebih tu.

Buah ni memang campak je dalam bekas tu. Ini tak siap lagi. Lepas tu ada letak riben kat buah tu. Nampak kosong kalau tak boh riben.

Gubahan coklat. Coklat tu balut dalam doily paper and ikat riben. Comel je.

Sila abaikan model atas bantal tu. Ni mini pelamin tunang adik.

Ini pulak bunga tangan yang memang aku gubah sendiri. Cantik tak? Paling suka gubah bunga tangan. Sampai ade orang yang tempah lagi. heheh

 Ini pula antara isi-isi dalam doorgift.

Doorgifts yang simple.

Ok ni hantaran belah lelaki dan perempuan.

 Suasana semasa upacara bertunang.

This is my lil' sister. I yang make-up ok..hehehe

Time sarung cincin.

 Me, Rania and my lil' sis.

Dah selamat bertunang pada bulan September 2012 yang lepas. Akan menikah pada March 2013 nanti. Lepas adik yang no 4 ni tunang, adik yang lelaki no 2 pula nak nikah awal seminggu dari adik perempuan no 3. So, i have to come out with another gubahan hantaran. Kali ni untuk lelaki pulak. But hantaran untuk adik perempuan yang no 3 tu pon kena buat jugak. Huhuhu sangat la pening kepala kakak dorang ni. Yang lelaki memang serah bulat-bulat la. Takkan dia plak yang nak buat kan...ni teaser gubahan DIY aku untuk 2 orang lagi adik aku. yang dah selamat nikah bulan disember 2012 aritu. Ok, next post ye..penat taip hehe..


 Ni tema English aka krimas. hehehe

Yang ni tema Romantic English Garden..haaa ade tema tuhh hehehe 

*Selamat Pengantin Baru adik-adik ku sekalian...

No comments:

Post a Comment