LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Sunday, October 13, 2013

Korbanku dan Jihadku

Bila ditanya ape erti korban, aku tidak lain tidak pasti akan teringat peristiwa itu. Pengorbananku dan jihadku...

Selepas 3 tahun kejadian yang mengubah hidupku 360 darjah. Peristiwa yang akan aku ingat sampai bila-bila dan akan aku sesalkan sampai aku tua. Peristiwa yang meragut separuh peribadi dan nyawaku. Peristiwa yang menyebabkan aku hilang kepercayaan dan trauma. Peristiwa itu menyebabkan aku sehingga kini berusaha mengubati sakit hati dan fobia. Peristiwa yang menyebabkan aku sukar untuk mempercayai seorang insan luar bernama manusia terutamanya pada mereka yang baru ku kenali.

Namun, selepas 3 tahun lamanya peristiwa itu terjadi aku kini lebih bahagia. Terima kasih Tuhan kerana telah merancang hidupku demikian rupa. Terima kasih Tuhan kerana dengan peristiwa itulah aku bangkit membela nasibku yang malang. Terima kasih Tuhan kerana Engkaulah menjadikan hatiku lebih keras tegas berbanding dulu. Terima kasih Tuhan kerana mengajarku erti kehidupan. Sungguh aku kurang layak untuk syurga mu dan kurang terima kasihku padamu melalui amalanku. Ya Allah ya Tuhan ku..terima kasih!

Sepanjang setahun selepas peristiwa itu aku terumbang-ambing. Keluarga tempat bergantung harap sepenuhnya. Dari itu aku sedar betapa ibubapa lah jua tempat mengadu domba. Kepada mereka lah jua tempat aku menumpahkan airmata. Pandai aku berpura-pura. Tiada siapa yang tahu melainkan aku ibubapaku dan adik-adikku. Puas aku melarang mereka dari berkata-kata apa adanya. Biar semua aku tanggung. Bermula pengorbananku sejak dari hari kejadian. Bermula juga jihadku menegakkan kebenaran atas apa yang terjadi pada diriku.

Setahun lamanya aku berjihad. Cuba menegakkan kebenaran. Cuba mendapatkan hak ku. Namun ada juga yang dirampas. Diambil tanpa kerelaanku. Aku redha. Sehingga kini aku redha. Rezeki Tuhan luas untuk hambanya. Itu aku redha. Biarlah. Bermula November 2011 sehinggalah Ogos 2012 aku berjuang habis-habisan. Alhamdulillah...aku berjaya akhirnya. Syukur kepada Tuhan.

Kini sudah hampir setahun lebih selepas berjihad, aku masih dengan perjuanganku. Berkorban untuk lebih memahami manusia. Berkorban kesukaanku untuk kepentingan lain. Aku cuba sedaya upaya untuk berkorban dalam pelbagai cara agar aku tidak menyinggung pelbagai pihak. Dalam pada masa yang sama aku merawat luka dan trauma ku. Masih berbekas dan terasa sehingga kini, namun semakin pudar. Aku sudah boleh menerima dan juga sudah boleh memberi. Tetapi aku sangat berhati-hati agar peristiwa itu tidak terjadi lagi. Korban separuh nyawa dan peribadiku inilah erti korban padaku sehingga aku bukan aku yang dulu. Aku berkorban dan aku redha kerana dengan pengorbanan inilah aku menjadi manusia yang tahu bersyukur dan aku harap aku menjadi manusia yang lebih baik.

Apa erti korban pada anda?

Selamat menyambut Aidiladha....

No comments:

Post a Comment