LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, August 28, 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Assalam...

Tajuk patriotik abis kan? Yup thats the theme for the Independence day of Malaysia for 2014. Wow iolls cakap mat saleh pepagi Jumaat yang mulia ini. Kihkih! 

Ni logo dan tema untuk hari kemerdekaan Malaysia sempena 31 Ogos tahun 2014.


Rasanya tahun ni kemerdekaan lebih bermakna sebab macam-macam perkara dah jadi pada Malaysia. Tahun ni lah jugak paling banyak mengalirkan air mata untuk warga-warga Malaysia yang tak penah kenal pon tetapi disebabkan tragedi-tragedi yang berlaku, maka aku pon senang sangat tersentuh dan mengalirkan air mata. Berjurai air mata weh! Kesian ada, insaf pon ada. Aku takkan ulas lanjut apa yang dah terjadi, tapi korang lebih arif apa yang dah terjadi pada Malaysia kita.

Sapa yang pilih dan setuju tema ni? Iolls rasa nak menangis je sebab tema dia memang kena sangat-sangat dengan kita tahun ni. After all that happened, kita masih utuh, teguh, tak goyang and the best part is we gain so much respect from other country! Respect! Salute! Yang tak penah kenal kita (Malaysia) pon dah kenal kita. Seriusly babe! We should be proud to be Malaysian!!

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ni, jomla kita kibarkan bendera negara kita dengan megahnya. Gantung la bendera Malaysia kat mana-mana yang orang boleh nampak kita ni ada semangat sayangkan negara kita. Jangan semata-mata jadi warganegara atas kad pengenalan korang je. Please pretty please!








Haaa tetiba muncul banyak plak bendera Malaysia kan? Iolls semangat ok. Kalo korang datang umah aku or ofis aku, baru korang tau betapa bersemangatnya minah ni nak sambut hari merdeka. Hehehe. Ok nak wish sikit la kat korang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 pada 31 Ogos 2014.

MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Yes! Aku memang cintakan negara aku. Mana-mana oversea aku pegi aku bawa bendera Malaysia. Incase tersesat aku flash je bendera Malaysia. Konfem ada orang tolong. Haaa nampak tak hebatnya Malaysia? Nampak? Ok Have fun this weekend celebrating our independence day! Bye!


*mummy I pon dah 57 tahun. Love u mom!

Wednesday, August 27, 2014

Diet Atkins : My diet story

Assalam...

Nak cerita pasal diet. Sepanjang aku sekolah rendah sampaila aku sekolah menengah, aku tak penah rasa aku kurus (walaupon hakikatnye dah nampak kerempeng tapi masih rase diri ni gemok). Kena pula masa aku sekolah tingkatan 3 dulu ada sorang adik ni tegur aku dia cakap 'eh kakak ni gemukla'..(waaaaa aku rase nak terajang je budak tu masa tu tapi sebab masa tu aku atas basikal..maka aku kayuh basikal laju-laju blah dari situ. Sampai umah nangis ngadu kat mak T.T) Kuang asam punye budak. Hope ko pon gemok bila dah besar. Hahaha jahatnyerrr!

Sampaila aku masuk uni. Walaupon aku bukan kategori gemuk tapi aku tetap rase aku gemuk. Padahal tshirt (giordano) masa tu saiz XS ade yang saiz XXS kau. Cun gile kot pakai masa tu. Pon aku rase akula umat paling gemuk masa tu.

Baju saiz XS..gemuk ke??

Elok je selesa je pakai. Gemuk ke gitu? Tak kan? Seluar saiz 29 kot. Tapi sekarang tak lagi...T.T... Selepas bertahun-tahun berat semakin bertambah sehingga mencapai hampir 100kg. Hamek kau! Seingat aku paling berat aku timbang 97kg dan aku mula benci dengan penimbang. Makin stress dan makan banyak dan tak pernah peduli penampilan aku. Ada masa dekat 3 tahun aku tak beli baju baru. Sebab tak jumpa yang berkenan. Semua baju tempah sebab badan besar. Nangis malam-malam sebab rasa putus asa dengan diri sendiri. Serius aku tak penah rasa tertekan dengan nasib aku ini.

Tapi aku tak penah insaf. Padahal dah gemok gedempol, still rase ok dan teruskan aktiviti makan-makan tanpa mengira berat aku dah tahap berat anak gajah. Anak gajah pon mesti ingat aku mak dia. T.T

Tahun 2009 bermula bila aku dah jemu tahap gaban keje swasta. 1 hari tu dok isi borang SPA. Isi jawatan tak hagak PTD. PTD kan ada ujian kecergasan bagai. Masa tu lah aku rasa berazam nak turunkan berat aku sikit supaya layak jadi PTD. Dapatla turun berat sipi-sipi je kelayakan untuk jadi PTD. Kira syukur gak la. Diet main-main je pon masa tu. Rasa nak belasah nasi 5 pinggan pon boleh je selamber makan. Takde hal.

Lepas pada tu aku dapat keje kerajaan. Maka makin bertambah-tambah balik berat aku ni. Maunye tidak, asal meeting je makan, asal makan je meeting. Makan, makan, makan, dan makan sehingga tahap 97kg dan semakin rasa berat. Aku dah mula sakit migrain, selalu demam, selsema antibodi tak kuat. Baju saiz xxl atau xxxl. Nanges ok! 

Aku nekad. Aku bukan makin muda. Makin tua kerepot dah ni. Aku mula mencari diet yang sesuai dengan aku. Mula-mula nak pakai produk. Tapi sebab aku ni bukan jenis berduit, maka produk tu takde. Aku jumpa diet kalori. Aku study tapi diet kalori ni kena kira kalori dan kena makan makanan yang sihat-sihat which is aku sangat takde masa untuk semua tu. Jalan penyelesaian yang sesuai dengan aku ialah aku workout. Aku start joging, aku start memilih makan. Banyak makanan yang aku dah stop terutamanya fast food dan junk food. Tapi aku diet tanpa arah tuju. Makanya berat pon tak berapa nak turun. Yoyo je berat aku. Nanges lagik! Tapi aku berjaya kurangkan berat aku. Dari 97kg kepada 86kg. 11kg kot! Maka berat tu stay pada aku dalam masa setahun sebab aku rase aku dah kurus. Biasala manusia, bila ada yang memuji sikit dah lupa diri. Padahal gemuk lagila Nolie!! (sambil lempang diri sendiri sebab tak sedar) T.T


Ni masa tengah usaha nak kurus. Aku suka joging kat empangan Selangor ni. Subuh sapiee aku dah sampai sana untuk joging ngan adik aku.

Ini aku setelah berjaya kurangkan 11kg! Gambar dari belakang je. Hehehe

Hujung tahun 2013, bulan November. Sedang aku berjalan tergedek-gedek dengan high heels cop Charles & Keith aku tu, sekali terpeleot. Haaa amek ko. Jatuh macam nangka busuk daaa (buat dialog cite p.ramlee masam-masam manis). Malu wei! Nasib baik masa tu tak ramai orang. Cover baik punya padahal dah tergolek terkelepuk kat lantai. T.T sakit! Maka disitu lah bermulanya aku sedar aku jatuh sebab badan aku besar, banyak lemak, tak stabil pakai high heels tu. Memang tersedar diri sangat-sangat! Dahla lagi 2 hari nak pegi out station (Kuching, Sarawak). Pastu nak pegi Bandung plak vacation. Adoii kaki mak sakit ni. Panik la apelagi. Yang aku ni pandai sangat mula-mula tu ingat sikit je sebab leh jalan normal dan tak bengkak pon masa tu. Dah malam baru rasa denyut-denyut dan bengkak yang amat. Tapi dah malam, mana nak cari tukang urut. Maka esoknya baru aku cari kakak Indon tukang facial terbaik aku tu minta dia tolong urut. Tu pon dia urut ala kadar je. Tapi leh tahan la. Menjerit gak aku kena urut. Sakit woii! 


Kaki Huduh T.T (bengkak gila masa ni, lom pakai ankle guard lagi) Masa ni kat airport nak p Kuching.

 Kat Cultural Village, Kuching. Dah pakai ankle guard. Berat masa ni 85kg kot. Stress beg hilang kat airport. Tu kaki lambat baik. Budak gemok! Perut tu cover!

Ni kat Bandung 2 hari lepas ke Kuching. Kaki masih bengkak masih pakai ankle guard.


Masa ni kaki dah macam ok sebab hilang stress shopping macam-macam. Hehehe (Rumah Mode, Bandung)

Lepas puas keje dan berjalan-jalan (jalan tu yang lebih..hakikat!), masuk tahun baru, buah hati dah bising. Gemok, debab, perut buncit, bila nak kurus lagi ni?, tak sesuai jalan berdua, (ape?? rasa nak tampar dengan selipar je kepala si cinta. wakaka!) Ok makcik insaf! Taubat! Nak kurus!!!! So kita minta tolong la kat cinta, tapi dia jauh nau keje kat tengah laut. Dia suruh usaha sendiri. Adehhh! Ok fine! Kita minta tolong encik google la ape lagi. hekhek!

Oh tapi sebelum tu, ada kakak kesayangan hamba cerita pasal diet Atkins. Dia cakap nak bagi detail kat aku. Dia cakap nak email, tapi sampai kesudah tak email. Akak tu sibuk, aku faham. Tapi aku berterima kasih sangat kat akak tu sebab diala yang jumpakan aku dengan diet yang sesuai. Selama ni aku rasa takde diet yang sesuai untuk aku yang bz like a bee ni. Rupanya ada! Thank you kak! Muahhh muahhhh lebiu! Hehehe. Maka pencarian seterusnya ke mr.google la. Wiwiwiwiwi!

Dah abis selidik, dah join grup fb, dah study betul-betul apa itu diet Atkins, maka bulan Januari aku start diet atkins ni. Januari hingga April berat dari 85kg turun hingga 73kg. 12kg turun macamtu je. Mana pegi lelemak degil makcik tu? Hahaha. Happy sangat-sangat, tuhan je tau. Nak tengok tak rupa iolls lepas kurus?? excited nak tunjuk ni. Tengoklah! Tengoklah! 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Jeng jeng!! Hahahah terkejut tak? tiba-tiba vouge and cantik sangat. Rambut kolo blon giteww! Wakaka (flip hair! gojes tak mak?? Hahahaha)

Ok ok... takmo muncung. Ni haa kat bawah ni picca iolls bila dah kurus another 12kg. Hehehehe namo namo muncung-muncung, senyum sikit! Ngeeeee!

Hakikatnye ini lah rupa iolls bila dah berat 72kg. Masih ada lemak disana sini. Kehkeh! Abaikan billboard Vietnam yang sepatah haram pon aku taktau ape. Kalo dia cite pasal buruk-buruk aku tidak berkaitan! Declare awal-awal!


Dah kurus ke? Ko rase? Belom hookei!! Iolls ade lagi target nak kejar. BMI normal masih belum menjengah. To date, hari ini, makcik dah 70kg. slow and steady since julai 2014). 



Skang dah masuk overweight jer. Bye bye obese! Si cinta plak janji nak bagi hadiah if capai berat 66kg bila dia balik bulan 12 nanti. Iolls sambut cabaran si cinta. Siap tukar cover fb, wallpaper segala. 

Picca kaki with kasut T-bar belian si cinta. i kat Langkawi kursus masa ni. (kaki dah tak huduh) Hehehe.

So nantikan iolls yang lebih kurus dan ramping kerengga bulan 12. Dan nak redeem hadiah misteri dari cik abang katang iolls tu (dia main gym ok! mencik! mencik! jeles tgk body dia).

Love atkins diet so much! Atkins change my life, my life style! Bye! #cabaran66kg!





Denggi Jepun

Assalam...

Pagi tadi sampai ofis tertengok berita kat TV3. Sekali pemberita melaporkan tentang denggi. Cerita denggi pertama kat Jepun setelah 60 tahun takde kes denggi! Wadefak!! 60 tahun?? Tak caya tak caya! Tapi itulah hakikatnye. Pastu tunjuk gambar fogging yang bukan asap nipis kedekut macam kat Malaysia. Tapi ni asap yang betul-betul kepulan kepulan asap yang bila korang tengok asap tu rasa nak lari tebal kemain. Serius wei!

So korang leh nampak tak mentaliti rakyat Malaysia dengan orang Jepun ape beza dia? Kalo kat Malaysia ni hari-hari kes Denggi. Kat Jepun 60 tahun kot! Gila rare punye penyakit! RARE! Noktah! Muktamad! Pelik!. Aku pula yang ter'amaze' sekejap bila dengar berita tu tadi.

Kat sini aku dah janji sedaya upaya aku dan keluarga aku untuk jaga kawasan sekitar rumah dengan lebih baik. Taknak biar kawasan rumah jadi tempat pembiakan nyamuk aedes tu (betul ke aku eja?). Jom la semua. Sama-sama lebih alert dan jaga kawasan sekitar rumah, perumahan, kampung, ofis ke watever la. Jangan ada yang jadi mangsa aedes. Sedih tau kalo ada family yang terkena denggi.

Bertindak cepat rakyat Malaysia. Ini bukan main-main. Tahun 2014 ni kes denggi menjadi-jadi. Mungkin Malaysia terlampau banyak tapak pembinaan. Pihak berkuasa tak mampu nak pantau semuanya. So kita rakyat marhain ni la kena tolong tengok-tengokkan. Pesan-pesankan, ingat-ingatkan, ringan-ringankan tangan bersihkan kawasan kita. OK? Semoga kita semua terhindar daripada penyakit denggi. Dengar dek orang Jepun malu oii! Denggi tu sakit yang rare la pada dorang! T.T

Tips untuk yang kena demam denggi
1. Cepat-cepat buat sup ketam kasi pesakit makan
2. Ade ubat dari elken untuk naikkan platlet body kite. Tapi aku tak ingat ape nama ubat tu..Alahaii sori!
Hope this will help. Bye!

Tuesday, August 26, 2014

Gelang Pandora yang menjadi kegilaan!

Assalam...

Pandora tu ape? Eh dah trending kot Pandora ni. Takkan tak tau. Takmau cerita pasal asal usul Pandora. Semua blog yang ada dah terangkan Pandora dari mane. Maksud Pandora pon ada. Sekarang ni dah ramai orang pakai gelang Pandora ni. Kedai dia pon merata ada. Pegi je mall kat town semua ada outlet dia. 

Sebenarnye iolls meroyan nak Pandora ni. Dah lama ngidam. Tapi lom dapat lagi. Iolls ni bukan orang kaya. Nak kuar duit macam tu je nak beli gelang pandora. Tapi lawa sangat. Dah meroyan tahap ape taktau. Haha. Siap mimpi-mimpi. Nasib buah hati iolls bagi duit suruh beli. Kes dah penat merengek and minta kasih sayang dari cinta. Mesti dah tebal berkerak telinga dia and mata dia sebab setiap hari cerita pasal  Pandora and tunjuk picture Pandora. Hahaha (yes dah ade skill pujuk beli barang kemas! Yes!!) So ari minggu ni kite p beli ye. malangnye buah hati takde kat sini. Kalo tak dah ajak p beli sama and leh paw lebih-lebih. Hewhewhew. Balik cepat cinta!

Siap dah pilih-pilih kat internet nak charm yang mane. Nak faceted murano kaler merah menyala sehangat cintamu itu. Hahaha iolls suka merah. So kena beli yang merah la. Wiwiwiwwi. 



Ni contoh gelang pandora. Comel kan? Apa tak comel? Hahaha sukati kite la nak cakap comel ke tak. Warghhh meroyan tahap ape taktau.. Nak jugak p beli minggu ni. Nanti nak update hasil tangkapan. Hehehe.. kbai! 

Wednesday, August 6, 2014

belog berkerak berlumut raya

Assalam...hai

Wah tahap berkurun tak posting belog saya..hahahah berkerak dah ni. #tepukdahi. Teramat bz dan macam-macam benda baru dalam hidup. Apepun aku happy sangat-sangat sekarang ni. oh lupa nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014. Belum lambat lagi nak wish. Arini baru 11 hari raya. hehehe. Seronok raya? Aku biasa-biasa la raya ni. Raya dengan family. Yang penting semua ada. Adik beradik semua ada. Tahun depan mungkin dorang nak beraya umah mentua plak. So tahun depan punye cerita tu lain cite la..

Benda baru?ermm macam banyak sangat nak cerita. Posting lain-lain dulu pon asik pending je. Tak abis. Dah camne nak cite yang baru? huhuh takpela..Cite je kan. So yang baru..Iolss dah ade buah ati..hahahah seronok kauuu...yang baru lagi..Iolls dah jumpa old old friends masa uni dulu..meriahhhhh...cite baru lagi..Iolls dah mampu tanggung my family. Mak dah tak meniaga. Jaga cucu-cucu dia je. Tapi kesian gak kat mak..Letih jaga cucu. By the way.. i got very cute nieces and nephews. Comel-comel semuanye... tengok baka la kan..kehkehekeh..

Ntah kenapa tiba-tiba arini rasa nak update belog berkerak berlumut raya punya mood. Hehehehe #tepukdahi lagi sebab lupa tanggungjawab sebagai beloger yang langsung tak femes..nyampah i..hahaha ko jangan nak sakit ati sendiri ko tak femes sebab kenapa...ko sendiri tau jah! #tepukdahi kalini untuk diri sendiri sebab sakit jiwa raga. hahaha dah..tak mau bebel merapu..orang benci...kihkihkih

I tinggalkan uolls dengan picca iolls yang comelz sangat tengah berangan kat hotel paling tinggi kat penang tu. Kat mane? rahsia..hahahahah. Exclusive sangat-sangat, rase beruntung dapat lelap mata kat situ.hehehe k bye.