LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, August 28, 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Assalam...

Tajuk patriotik abis kan? Yup thats the theme for the Independence day of Malaysia for 2014. Wow iolls cakap mat saleh pepagi Jumaat yang mulia ini. Kihkih! 

Ni logo dan tema untuk hari kemerdekaan Malaysia sempena 31 Ogos tahun 2014.


Rasanya tahun ni kemerdekaan lebih bermakna sebab macam-macam perkara dah jadi pada Malaysia. Tahun ni lah jugak paling banyak mengalirkan air mata untuk warga-warga Malaysia yang tak penah kenal pon tetapi disebabkan tragedi-tragedi yang berlaku, maka aku pon senang sangat tersentuh dan mengalirkan air mata. Berjurai air mata weh! Kesian ada, insaf pon ada. Aku takkan ulas lanjut apa yang dah terjadi, tapi korang lebih arif apa yang dah terjadi pada Malaysia kita.

Sapa yang pilih dan setuju tema ni? Iolls rasa nak menangis je sebab tema dia memang kena sangat-sangat dengan kita tahun ni. After all that happened, kita masih utuh, teguh, tak goyang and the best part is we gain so much respect from other country! Respect! Salute! Yang tak penah kenal kita (Malaysia) pon dah kenal kita. Seriusly babe! We should be proud to be Malaysian!!

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ni, jomla kita kibarkan bendera negara kita dengan megahnya. Gantung la bendera Malaysia kat mana-mana yang orang boleh nampak kita ni ada semangat sayangkan negara kita. Jangan semata-mata jadi warganegara atas kad pengenalan korang je. Please pretty please!








Haaa tetiba muncul banyak plak bendera Malaysia kan? Iolls semangat ok. Kalo korang datang umah aku or ofis aku, baru korang tau betapa bersemangatnya minah ni nak sambut hari merdeka. Hehehe. Ok nak wish sikit la kat korang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 pada 31 Ogos 2014.

MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Yes! Aku memang cintakan negara aku. Mana-mana oversea aku pegi aku bawa bendera Malaysia. Incase tersesat aku flash je bendera Malaysia. Konfem ada orang tolong. Haaa nampak tak hebatnya Malaysia? Nampak? Ok Have fun this weekend celebrating our independence day! Bye!


*mummy I pon dah 57 tahun. Love u mom!

No comments:

Post a Comment