LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Wednesday, October 22, 2014

Gelang Pandora Pandora Pandora Pandora!!!

Assalam...

Haritu ada post pasal betapa aku nak sangat gelang pandora kan. Ok dah beli. Sekarang baru tau bestnya gelang pandora ni. Memang berhantu. Memang memanggil-maggil untuk beli lagi dan tambah koleksi charm dia. Yang bestnya, aku dapat beli keluaran yang terbaru yang sangat cantik. Tapi makcik rase makcik pokaila setiap bulan beli charm pandora ni. Pastu ada group kat FB plak yang dok jual-jual pandora ni, lagila tahap kering tinggal abuk je. Hahaha Tu la sape suruh terjebak pandora. Kehkehkeh

Tapi yang seronoknye semua duit abang. Bukan duit I. Hehehehe kecuali charm murano feceted merah tu. Haa tu iolss beli pkai duit iolls sendiri ok. Happy sangat sebab dapat pakai pandora. Hari-hari dok lenjan pakai gelang ni. Setakat ni ok je. Takde apa-apa rosak. Kena air pon ok. Nama pon original kan. So takkan tukar jadi itam ke apeke. Cuma kena rajin cuci je la.

Mula-mula nak buat tema hitam putih macam contoh gelang bawah ni. Ni pon amek contoh gelang ahli dalam group pandora. Cantik susunan dia. Kredit kat tuan punya gelang pandora ni. Tapi encek cinta cakap tak berseri buat kaler hitam putih. So buat tema berkaler sikit. Tapi aku dah aim love & guidance dangle tu. Cantik sangat. Tunggu gaji akan datang. Hehehe


 Gelang pandora yang aku suka untuk buat contoh.



 Ni gelang pandora aku. Simple tak penuh. Lama-lama penuh la tu. Hehehe



Yang picture atas ni plak Pandora essence. Which is smaller than normal pandora charms. Gelang dia pon lebih halus skit. Sesuai untuk yang petit or tangan kecil. Tapi ni pon next aim jugak ni. Hehehe Pandora essence ni charms dia mengikut peribadi kita. Macam picture atas tu aku buat kuiz pandora untuk menentukan which essence are you. So aku punye charm essence yang basic adalah loyalty, respect dan strength. Sangat kena dengan diri aku. Next ok!!

Ok nak mimpi pandora malam ni. Bye!

*update 24/11/2014
Penangan Pandora. Sekejap je dah beranak pinak. Hehehe im happy!

*update 01/12/2014
Tema hadiah kot..haha

No comments:

Post a Comment