Assalam...
Post ni aku buat untuk menjawab soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang baru nak mula diet Atkins. Aku buat juga untuk aku refer dikemudian hari. Kira Q&A la ni. Ok boleh semak seperti yang dibawah. Post ni akan aku update and tambah nanti ok.
1.
Macam mana nak mula diet Atkins?
Soalan ni banyak yang ditanya dalam group FB Kelab Diet Atkins Malaysia tu. Pastu ramai akan jawab baca la attach file dan dokumen yang dorang dah sediakan. Kena rajin membaca. Betul tu. Ilmu kena cari. Fahamkan dulu apa itu diet Atkins. Google je kat internet ada banyak info pasal diet Atkins ni. Kalo nak personal aku ajar pon boleh gak. Komen je sini nanti iolls reply.
2.
Milo tanpa gula/ susu boleh minum?
Milo tak boleh minum (fasa 1 2 3 tak boleh). Dalam milo sendiri dah ada gula. Apa-apa air yang rasa manis kalau boleh elakkanlah.
3.
Oat boleh makan?
Oat tak boleh makan. Oat ada banyak kandungan karbohidrat.
4.
Serbuk perasa contoh lada sulah boleh guna dalam diet atkins atau tidak?
Serbuk perasa yang asli tanpa campuran garam dan gula serta tepung adalah digalakkan. Tetapi serbuk seperti serbuk kunyit, ajinomoto, kiub-kiub tu sume dah ada kandungan perasa tersembunyi yang mengandungi karbohidrat. So berhati-hati.
5.
Pil supplement
Makan supplement untuk menampung segala jenis vitamin yang akan berkurangan sebab kita sedang diet. Supplement yang digalakkan contoh dari brand Blackmores.
6.
Boleh ke derma darah semasa sedang dalam proses induction?
Boleh jika kiraan tekanan darah normal.
7.
Collagen
Digalakan untuk berhenti ambil kolagen terutamanya serbuk kolagen kerana selalunya ia berperisa dan manis. Ingat apabila manis maka akan ada karbohidrat.
8.
Buah-Buahan
Buah tak boleh ambil semasa dalam fasa induksi dan fasa 2 diet atkins
9.
Malam tak boleh makan ke?
Makan selewatnya lagi empat jam korang nak tido. Kiranya tu last makan untuk kasi peluang kepada badan digest makanan korang tu. Pandai pandai la ejas ya.
10.
Ayam KFC boleh makan tak?
Ayam KFC boleh makan sekiranya korang gigih buang salut tepung ayam tu. Kalo rasa tak mampu nak buang sampai abis tepung dia maka anggaplah tak boleh makan. Heheheh
11.
Sayur coleslaw KFC?
Sayur tu dah dicampur dengan kuah manis. Digalakkan takyah makan la ye.
12.
Lobak merah dan tomato
Ini sayur yang selalunya ada dalam hampir kesemua makanan kat Malaysia ni. Sayur ni kalo fasa 1 elakkan. Manis dan kandungan karbohidrat agak tinggi.
13.
Sembelit. Jalan penyelesaian?
-Minum air mengikut jumlah berat. 25kg = 1 liter air.
-Minum teh orang kampung tanpa gula.
-Minum cuka apple sesudu + air suam segelas setiap pagi.
-Minum psylium husk sesudu + air suam segelas atau lebih
-Minum apa2 air atau produk yang berfungsi untuk melawaskan sistem pembuangan asalkan tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi dan masih dalam kawalan pengambilan karbohidrat yang dibenarkan sehari.
14.
Nescafe / coffee addicted.
Pengambilan nescafe atau kopi masih boleh diambil sekiranya tanpa gula. Dah test kat diri sendiri dah. Berat masih turun dengan banyaknyer. Tapi tanpa gula ya. Tapi jika berat korang tak turun jangan salahkan aku plak. Kalo korang rajin p cari nescafe decaf kat supermarket. Itu takda kaffein. So boleh la nak ilangkan ketagih kopi/ nescafe korang tu.
15.
Low blood pressure leh buat diet Atkins tak?
Boleh. I am a low blood pressure person. Now dah improve. Diet macam biasa macam orang normal.
16.
Cheat day boleh ke?
Cheat day tak digalakkan jika baru start Atkins. Percayalah sekali dah cheat maka korang akan selamanya cheat. Sampai bila pon tak kurus-kurus lah..
17.
Bila nak beralih fasa dari induction ke fasa 2, 3, atau 4?
Bila berat terkini sudah hampir 10kg atau 5kg ke berat ideal atau berat target. Peralihan fasa kedua hanya tambah 5g carb untuk melihat samada berat masih turun atau tidak. Jika tidak maka kekal di fasa 1 sehingga mencapai berat hampir kepada berat ideal/ target. Jika sudah mencapai berat yang hampir ke ideal, boleh terus kepada fasa 2 dan 3. Bila dah mencapai berat ideal, boleh berada didalam fasa 4 untuk lifetime maintenance.
18.
Kenapa berat statik? Makan dah ikut seperti yang dicadangkan. Tapi masih statik?
-Cuba tambah lemak baik kedalam makanan diet Atkins anda. Contoh lemak baik : Mentega, butter, minyak zaitun. Eat fat to lost fat. Buat juga jadual pemakanan harian untuk semak semula dimana kesalahan atau makanan yang telah diambil berlebihan.
-Cuba tambah waktu rehat. Tidur dengan cukup. Kurangkan aktiviti yang memakan masa waktu tidur.
-Kurangkan stress, tekanan atau apa-apa yang menyebabkan korang tertekan. Jangan emosi dan cepat marah. Hormon dalam badan akan bertindak untuk defend badan bila korang stress so berat takkan turun.
19.
Bagaimana mengira kandungan karbohidrat dalam sesuatu makanan?
Boleh google terus ataupon lihat kandungan nutrisi sesuatu paket makanan. Perlu lihat juga kandungan asas pembuatan makanan tersebut. Berhati-hati dengan kandungan makanan yang dilarang didalam diet Atkins tetapi karbonya masih rendah seperti yang ditunjuk didalam kandungan nutrisi walhal sebenarnya mengandungi karbohidrat tersembunyi.
20.
Makan telur banyak, tak tinggi kolesterol ke?
Aku dah test kat diri sendiri. Telur paling banyak sehari makan sampai 10biji. Setakat ni ok je level kolesterol (baru ni buat medical check up). Orang lain aku tak sure la. Yang ni korang kena dig deeper skit. Setakat yang aku tau lom ada lagi yang cek kolesterol dia tinggi sangat-sangat sebab makan telur banyak. Dalam telur sendiri ada kandungai omega baik yang bertindak menyeimbangkan kandungan kolesterol dalam badan kita.
21.
Injection vitamin c atau injection kecantikan, ganggu diet atau tidak?
Yang ni pon aku dah buat. Tak mengganggu diet Atkins, malah kesan lebih cpt sebab toxin cepat kuar dari badan bila kita buat injection vitamin c / kecantikan ni.
22.
Apa menu diet atkins?
Kalau korang baca post aku yang sebelum ni korang akan jumpa table yang menunjukkan makanan yang boleh dimakan dan juga yang tak boleh dimakan. Kalo korang ada dalam grup Kelab Diet Atkins Malaysia kat fb korang akan jumpa table ni ada dalam dokumen dan fail yang dah disediakan sekali dalam grup tu. Tapi kalo korang pakai smartfon file-file tu tak dapat baca sangat. Korang kena buka pc untuk baca file-file tu.
Tapi kalo korang tanya aku ape menu diet Atkins ni, maka aku akan jawab : yang boleh korang makan hari-hari sampai jemu muntah ialah telur, ayam, daging, ikan, sayur, air kosong dan air teh hijau, termasuklah cuka apple dan juga produk melawaskan pembuangan yang masih dalam kandungan karbohidrat terkawal. Selain daripada tu
TAK BOLEH!
23.
Ibu menyusu anak boleh diet Atkins?
Ikutkan aku, aku tak kasi korang buat diet ni. Kesian kat anak korang. Tapi ada satu lagi grup diet atkins for breastfeed moms. Aku taktau ape nama grup tu kat FB. Tapi jika nak diet jugak, digalakkan buat diet atkins fasa 4. Iaitu pengambilan karbohidrat 70-75gram sehari. Maknanya korang dah boleh makan semua rantaian makanan, tetapi dalam kadar tu je la. Ataupun korang buat diet rendah kalori.
If anak dah 2 tahun, boleh buat diet Atkins macam biasa sebab anak dah makan dan tak bergantung dengan susu ibu.
24.
Sukatan makanan harian
Semua makanan yang dibenarkan dalam diet Atkins boleh diambil tetapi korang kena jaga-jaga sukatan makanan yang korang makan. Contoh: Kobis boleh dimakan tetapi perlu disukat pengambilannye untuk sehari. Jangan terlebih had 20g carb (untuk induction phase). Contoh lain, brokoli dan bunga kobis boleh dimakan tetapi harus disukat. Bukan orang kata boleh makan tapi korang melantak makan kubis bunga dan brokoli banyak-banyak. Buat portion makanan untuk 3 kali makan sehari atau 4 kali makan sehari. Jika terlebih pengambilan karbohidrat maka ketosis tidak berlaku.
25.
Menu sebenar dalam diet Atkins?
Menu yang paling digalakkan dalam diet Atkins adalah
SAYUR. Seeloknya 80% dari diet induction phase adalah daripada sayur. 20g carb yang perlu diambil, 80% daripadanya adalah digalakkan daripada sayur-sayuran yang dibenarkan dalam Atkins.
26.
Boleh ke makan buah pagi + air, pastu tghari n ptg sambung mkn makanan atkins?
Boleh tapi kalo dalam fasa 3 4 boleh la. Kalo fasa 1 dan 2 masih tak boleh lagi. Ye berat akan turun, tapi
ketosis lambat.
27.......
to be cont....