LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, December 11, 2014

Product Review : Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Alcohol-Free Toner

Assalam...

Ok ni produk review aku yang pertama (rasanya lah). Seperti tajuk diatas, gile panjang wei nama produk ni. Toner je kot. Tapi nak habaq mai, ini toner yang paling best aku pakai. Im a devotee to this toner. Wont be without it! Serius!

Sebelum tu meh kita kenal-kenal dulu produk brand Thayers ni apa ok. Asal produk ni daripada US dari tahun 1847 daripada seorang pengamal perubatan bernama Henry Thayer M. D. Membuka lab untuk analisa produk herba dan terus tercipta rangkain produk Thayers sehingga sekarang. Produk yang dah terbukti berkurun lama berkesan dan all naturals ok!




Untuk toner ni bahan utama dia adalah witch hazel. Witch? Hahaha takyah la takut. Magis kot sebab toner ni best. Takde alkohol dan bau bunga ros yang very mild. Aku sangat tak suka produk yang bau wangi yang kuat. A big no to fragranced product. Thayers ada banyak lagi toner lain, tapi aku pilih yang ni. Korang kena pilih toner yang sesuai dengan muka korang k. Sebab ini ada vitamin E, so i need it to look more younger as it claims, u will look 10 years younger. So why not try it right?

Toner ni aku dah pakai nak masuk 2 tahun. Muka dulu memang hitam berkilat berminyak jerawat senang naik, selalu kotor (keje kat site) etc. Aku mula kenal toner ni bila ada sorang minah ni jual barang kat instagram (lupa la ape id ig dia kalo tak leh kredit kat dia). Dia beli kat oversea masa tu so harga agak mahal la. Mula-mula beli RM70 something. Sekarang ni kat Malaysia dah banyak jual online harga dalam RM50 something je. Original or not terpulang pada korang nak beli atau tak. Kalau nak sedap hati beli online kat iherb ok.

Masa mula-mula beli dulu excited nak pakai. But after a while aku stop jugak pakai toner ni. Sebab tak berapa nampak kesan dia. Tapi bila dah stop dalam 2 minggu macam tu, haa baru tau kesan dia. Muka start minyak balik, naik jerawat balik, muka jadi kasar, pendek kata muka jadi tak best dan tak lembap macam masa pakai toner ni. Lepas pada tu aku terus guna toner ni. Ada jugakla stop dalam sehari dua, tapi aku masih guna sampai sekarang. Dengar cerita, toner Thayers ni adalah antara toner terbaik dunia yang mendapat review paling banyak. So haruslah guna kan?

So this is one of my beauty product. Yang harus pakai. Kadang-kadang kalau aku balik dah malam buta, malas nak basuh muka (sila jangan follow perangai buruk ni), lepas buang makeup aku just sapu je toner ni kat muka then terus tidur. Hasil dia, no jerawat at all! kihkihkih. Cara aku guna toner ni? Letak sikit kat kapas muka atau boh dalam botol untuk spray muka. Bukan setakat kalau malas nak basuh muka je, tapi toner ni pon aku pakai buat hilangkan daki-daki degil kat jari kaki atau celah-celah bedah (oops!), sebelum basuh muka pon aku sapu toner ni. Tak risau cepat abis sebab botol toner ni bapak besau! Hahaha Ok tak review ni? Sila beli. Recommended!



Thayers toner


Tuesday, December 9, 2014

Aidijuma : Minat dari dulu lagi

Assalam...

Aku dah lama minat tudung aidijuma ni. Senang nak pakai, senang dibentuk. Selain selendang, tudung bawal aidijuma ni lah pilihan aku. Tudung bawal bercorak yang paling famous kat Malaysia. Siapa tak kenal aidijuma kan? Minat tudung aidijuma atau AJ kata peminat fanatiknya. Setiap kali ada keluaran baru setiap kali tu lah corak yang cantik orang berebut beli. Dulu takde pon susah nak beli macam sekarang. Sekarang ni kena beratur panjang, sampai kami yang nak beli untuk pakai sendiri pon tak dapat. Sedihnya.

Tudung Aidijuma ni ada banyak jenis. Ada Black Label (BL) - jenis tudung kain yang sedap pakai dan berkualiti. Green Label (GL) - tudung yang hanya dikeluarkan di mobile store dan konvo universiti, harga RM15 (harga di mobile store tersebut). Tudung White Label (WL) - jenis kain biasa, paling murah (RM10). Tudung Red Label (RL) - hanya dijual dalam online web Aidijuma sahaja. Tudung plain Aidijuma pon ada. Dan yang terbaru jenis Gold Label - tudung free yang pemiliknya beri sekiranya ada sebarang kejadian istimewa dalam hidupnya contoh hari lahir beliau.

Harga tudung-tudung ini masih dalam kategori mampu milik. Sebab tu orang berebut beli. Dalam FB ada banyak grup tudung yang jual Aidijuma ni bersekali dengan harga upah dan postage. So kebanyakannya dah jadi bukan harga asal. Contoh harga tudung RM10 + upah RM2 + postage RM6 = RM18. Itu harga yang selalu dioffer oleh reseller yang penat beratur berebut nak beli tudung. Kalau beli online pon masih ada harga postage dan upah urusan online.

Banyak faktor yang menjadikan tudung ni popular. Mungkin sebab publisiti dari grup FB. Kalau tengok sekarang ni banyak orang pakai tudung ni. Tudung berkualiti memang orang cari dan akan beli lagi. Kan? Tudung yang lama-lama keluaran Aidijuma sangat-sangat peminatnya cari. Aku ada beberapa tudung tersebut. Beli dah lama dulu. Dah jarang pakai. Nak jual prelove sayang pulak. Simpan je la dalam peti besi. Harga tudung design lama boleh mencecah sehingga RM200. Melampau sangat kan? Emas pon tak naik harga macam tu. Tapi dah ada permintaan, maka adalah supply.








Gold Label keluaran khas Aidijuma. Tudung free tapi ada gak yang jual sampai mencekik darah. 


Tak banyak pon. Ni je yang ada.



Aku suka yang corak-corak bunga ni semua.



Antara design-design lama yang aku ada