LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Tuesday, December 9, 2014

Aidijuma : Minat dari dulu lagi

Assalam...

Aku dah lama minat tudung aidijuma ni. Senang nak pakai, senang dibentuk. Selain selendang, tudung bawal aidijuma ni lah pilihan aku. Tudung bawal bercorak yang paling famous kat Malaysia. Siapa tak kenal aidijuma kan? Minat tudung aidijuma atau AJ kata peminat fanatiknya. Setiap kali ada keluaran baru setiap kali tu lah corak yang cantik orang berebut beli. Dulu takde pon susah nak beli macam sekarang. Sekarang ni kena beratur panjang, sampai kami yang nak beli untuk pakai sendiri pon tak dapat. Sedihnya.

Tudung Aidijuma ni ada banyak jenis. Ada Black Label (BL) - jenis tudung kain yang sedap pakai dan berkualiti. Green Label (GL) - tudung yang hanya dikeluarkan di mobile store dan konvo universiti, harga RM15 (harga di mobile store tersebut). Tudung White Label (WL) - jenis kain biasa, paling murah (RM10). Tudung Red Label (RL) - hanya dijual dalam online web Aidijuma sahaja. Tudung plain Aidijuma pon ada. Dan yang terbaru jenis Gold Label - tudung free yang pemiliknya beri sekiranya ada sebarang kejadian istimewa dalam hidupnya contoh hari lahir beliau.

Harga tudung-tudung ini masih dalam kategori mampu milik. Sebab tu orang berebut beli. Dalam FB ada banyak grup tudung yang jual Aidijuma ni bersekali dengan harga upah dan postage. So kebanyakannya dah jadi bukan harga asal. Contoh harga tudung RM10 + upah RM2 + postage RM6 = RM18. Itu harga yang selalu dioffer oleh reseller yang penat beratur berebut nak beli tudung. Kalau beli online pon masih ada harga postage dan upah urusan online.

Banyak faktor yang menjadikan tudung ni popular. Mungkin sebab publisiti dari grup FB. Kalau tengok sekarang ni banyak orang pakai tudung ni. Tudung berkualiti memang orang cari dan akan beli lagi. Kan? Tudung yang lama-lama keluaran Aidijuma sangat-sangat peminatnya cari. Aku ada beberapa tudung tersebut. Beli dah lama dulu. Dah jarang pakai. Nak jual prelove sayang pulak. Simpan je la dalam peti besi. Harga tudung design lama boleh mencecah sehingga RM200. Melampau sangat kan? Emas pon tak naik harga macam tu. Tapi dah ada permintaan, maka adalah supply.








Gold Label keluaran khas Aidijuma. Tudung free tapi ada gak yang jual sampai mencekik darah. 


Tak banyak pon. Ni je yang ada.



Aku suka yang corak-corak bunga ni semua.



Antara design-design lama yang aku ada

7 comments:

  1. Banyak nye koleksi tudung adijuma awak.. best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe asik membeli je..sbb byk sangat design best..hahaha

      Delete
  2. Anonymous17.2.15

    if nak letgo wassap sy sis 0145452176..sy bru nk merasa pkai aj tp org jual mahal2 ye yg lama tu.cantk sgt yg garden tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum

      Saya ade jual beberapa lagi koleksi AJ BL (New Item) RM38 termasuk postage
      Kalau berminat bole wassap saya 0142611131

      Delete
  3. as salam sis, klu ade nk letgo paris tu bgtaw ye... wsapp sy 019-7399251..
    byk betul tudung sis.. hehehe.. kita bru je nk berjinak2 berbawal ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum

      Saya ade jual beberapa lagi koleksi AJ BL (New Item) RM38 termasuk postage
      Kalau berminat bole wassap saya 0142611131

      Delete
  4. ade yg nak jual tak ?
    fatimah@tkr.com.my

    ReplyDelete