Dah berdiet atkins, dah turun berat, dah dapat berat ideal atau masih dalam diet dan tak mahu berat naik? Tapi tak tahu apa nak buat? Berat dah turun tapi lepas tu terus menerus cheat? Lepas tu sekejap je berat naik 4-5kilo? Pastu baru rasa nyesal belasah makan? Huhuhuh sangat bahaya tu. Ok kat sini aku nak kasi tips bagaimana nak kekalkan berat badan setelah berat dah turun berkilo-kilo dalam diet atkins ni. Diet lain pon boleh gak amalkan.
Tapi sebelum tu aku cerita pasal badan aku dulu. Apa terjadi pada aku selepas aku diet atkins (fasa 1 dan fasa 2). Selepas aku diet atkins, berat aku paling rendah 68.9kg. Tapi lepas tu naik ke 69kg. Last aku buat diet atkins secara serius pada bulan Ogos 2014 dengan berat 69kg tersebut. (Disclaimer: i'm happy with my weight coz im not skinny) Ya aku tau kalau korang baca blog aku dari awal aku ada target 66kg. Tapi tak tercapai sebab aku dah pon dapat hadiah dari love. Hehehe takyah tunggu 66kg pon. Hahaha gelak setan jap. Masuk bulan September 2014, aku dah start makan macam biasa tapi masih dalam fasa 3 dan 4 diet atkins.
Aku makan apa? Makan macam biasa macam orang normal. Tapi...haa ada tapi....kena bijak dalam mengambil makanan. Dalam masa yang sama, set dalam kepala kandungan carbo dalam setiap makanan yang korang ambil. Dan buat catitan dalam sehari apa yang korang makan. Bukan masa buat diet atkins fasa 1 2 3 je, tapi selepas berhenti diet pon korang kena tulis apa yang korang makan sehari. Tulis semua termasuk air yang korang minum, kudap-kudap yang korang makan walaupon secebis. Dengan cara macam ni kita dapat track down korang punye habit pemakanan selepas kurus. Kalau korang perasan, korang mungkin dah bertukar habit sama ada takkan makan makanan lama yang korang suka makan masa gemok dulu atau pon korang akan tetap makan benda yang sama dan balik semula kepada habit asal. Its your choice, pilihan ditangan anda. Tepuk perut tanya selera or tepuk perut tanya diet? Hehehe
Kurangkan makan junk food. Kerepek, keropok, tempeyek, kuih raya (makan sebiji dua masa raya cukupla), cikedis, cip kentang, kekacang goreng, apa-apa yang bersalut tepung, nuget, apollo, makanan manis, wafer coklat, kek, jajan la senang cite, m&m dan sewaktu dengannya, gravy dan pencicah, coklat sauce, marjerin, gula-gula, makanan yang dicucuk dengan lidi, bla bla bla pendek kata semua makanan yang mengandungi kalori bodoh, carbo bodoh yang saja-saja korang masukkan dalam badan. Sekali-sekala dalam had tak mengapa, tapi yang lebih baik STOP EATING JUNK FOOD!. Bila korang nak makan je benda-benda tu semua, korang mesti ingat yang makanan tu adalah kalori dan karbo sia-sia yang korang masukkan dalam badan. Tak mengenyangkan malah akan buat korang kumpul lemak dan tambah berat. Mau??
Semasa dalam diet atkins kita cuma kira jumlah pengambilan karbohidrat. Tetapi, semasa dalam fasa lifetime maintainance ini, kita kena juga belajar mengira jumlah pengambilan kalori seharian.
------------------------------------------------------------------------------
Contoh Cadangan pengambilan kalori untuk aku :-
Kurangkan makan junk food. Kerepek, keropok, tempeyek, kuih raya (makan sebiji dua masa raya cukupla), cikedis, cip kentang, kekacang goreng, apa-apa yang bersalut tepung, nuget, apollo, makanan manis, wafer coklat, kek, jajan la senang cite, m&m dan sewaktu dengannya, gravy dan pencicah, coklat sauce, marjerin, gula-gula, makanan yang dicucuk dengan lidi, bla bla bla pendek kata semua makanan yang mengandungi kalori bodoh, carbo bodoh yang saja-saja korang masukkan dalam badan. Sekali-sekala dalam had tak mengapa, tapi yang lebih baik STOP EATING JUNK FOOD!. Bila korang nak makan je benda-benda tu semua, korang mesti ingat yang makanan tu adalah kalori dan karbo sia-sia yang korang masukkan dalam badan. Tak mengenyangkan malah akan buat korang kumpul lemak dan tambah berat. Mau??
Semasa dalam diet atkins kita cuma kira jumlah pengambilan karbohidrat. Tetapi, semasa dalam fasa lifetime maintainance ini, kita kena juga belajar mengira jumlah pengambilan kalori seharian.
------------------------------------------------------------------------------
Contoh Cadangan pengambilan kalori untuk aku :-
Maintain Weight: 1661
Lose Weight: 1329
Lose Weight Fast: 1000
------------------------------------------------------------------------------
Korang boleh check jumlah kalori mengikut umur, berat, tinggi dan lifestyle kat authoritynutrition.com sebab kat situ senang sikit nak kira dan senang faham. So bila dah tau berapa jumlah kalori nak ambil, kan senang nak amalkan pemakanan seharian. Korang kena target pengambilan makanan tak lebih dan tak kurang dari jumlah yang dicadangkan itu.
More vegetables intake per day. Makan sayur lebih banyak dari yang lain. All sort of green vegetables. Kurangkan kentang, ubi dan adik beradiknya. But eat more low carb veggies. Buatla sup sayur, salad but less salad dressing. Pilih healthy salad dressing seperti greek yogurt dan apple cider vinegar rather than thousand island yang manis dan tinggi carb tu.
Kurangkan air manis. Bagi aku air manis ni kalori dan carb sia-sia yang korang masukkan dalam badan. Serius! Hanya menambah jumlah lemak badan je. Kalau korang tak pecaya aku berani cakap punca kita gemok dulu adalah sebab minum air manis lebih banyak dari minum air kosong. Betul tak? Teh tarik, teh o, limau suam, air jus, air tin, air kotak, air isotonik, slurpee, all kind of starbucks condiment drink bla bla bla, Aku dah jarang sangat minum air manis. Paling banyak pon 1/2 sudu gula je aku letak. Tu pon dah jarang. Black coffee without sugar is my cup of tea if u know what i mean.
Makan makanan yang sihat. EAT CLEAN. Makan makanan yang baik untuk badan dan mengenyangkan. Makan makanan yang mengandungi carbo yang baik. Contoh makanan yang baik, roti putih tukar kepada roti wheat atau roti flaxseed. Tepung flaxseed dan tepung almond boleh diguna untuk gantikan tepung gandum atau tepung lain yang biasa kita guna. Tepung protein pon boleh guna tapi kena hati-hati dengan status halal tepung protein. Jaga-jaga ada antara kandungan tepung protein daripada rambut manusia! Gula boleh diganti dengan pemanis semulajadi stevia. Makanan sihat lain adalah beras perang (rujukan - https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun/posts/984560674919922:0) dan quinoa untuk gantikan beras putih yang selalu kita makan.
AIR. Ini yang paling utama. Air bantu flush all toxin out from your body, bantu pelawasan, bantu kulit lembut dan jadi putih bila cukup air, elak dari hidrasi bla bla bla. Dah stop diet tapi pengambilan air kosong pon korang stop kan jugak? Memang cari nahas. Hehehe. Air mesti minum ikut jumlah berat tak kira korang diet atau tak. Seperti yang selalu aku ulang, berat 25kg = 1 liter air. So pandai-pandai kira supaya balance.
-----------------------------------------------------------------------------
Macam yang aku buat : Air kosong 2 liter + green tea 1 liter (maybe kurang) + air dalam sup makanan sikit + air kosong plus lemon + kopi o no sugar. Ini antara menu air harian aku. Ikut suka la nak minum yang mana. Ini je air-air yang aku minum selepas aku stop diet atkins and maintain.
-----------------------------------------------------------------------------
Lastly, masuk semula fasa 1 dan 2 atkins diet dalam masa seminggu ataupon paling singkat 3 hari. Maksudnya, semasa korang dalam keadaan separuh sedar asik menggila makan yang bukan-bukan tu (hahahaha tergelak sendiri aku), korang dah tau korang nak gemok semula ni tapi mulut tak boleh berhenti asik nak makan je. Masa tu la korang slow down dan buat semula diet atkins fasa 1 dan 2 tapi, tapi...tak perlu serius sangat diet tu. Kalau tercheat tu tak mengapa sebab ni dah masuk lifetime maintenance. Pandai-pandaila korang adjust ikut selera tapi mesti jangan ambil over carbo dan kalori. Beringat! Dalam sebulan aku akan buat setiap minggu cara ni. Sama ada 2 hari atau 3 hari, hari yang lain makan macam biasa tapi masih under control. Ini cara aku maintain berat. Aku cuma bagi guide ikut how my body react to what i did almost last 2 years. Korang mesti eksperimen dengan badan korang sendiri baru tau mana boleh adapt mana tak boleh.
To date (Ogos 2014 till October 2015) berat aku masih sama 69kg. Tak naik tak turun. Makan berpada-pada, beringat, remind diri sendiri yang korang taknak gemok macam dulu. No no no, not ever again! Macam la aku perfect sangat kan boleh maintain keinginan makan. Tak! Aku tak perfect pon. Nafsu makan sangat menggila terutama time period. Gila woo meroyan nak makan KFC setiap hari sampai love aku pening layan karenah aku. Hahaha. Craving mengalahkan orang mengandung. Hehehe. Dah tu siap tuntut makanan yang sama walaupon dah abis craving tu. Hihihi malu sendiri bila pikir kuatnya makan aku ni.
OK lets repeat again bagaimana mengekalkan berat badan selepas diet atkins kaw-kaw:
- set kandungan carbo dalam setiap makanan
- buat catitan dalam sehari apa yang korang makan
- track down habit pemakanan selepas kurus
- Kurangkan makan junk food
- mengira jumlah pengambilan kalori seharian
- more vegetables intake per day
- kurangkan air manis
- EAT CLEAN
- AIR
- masuk semula fasa 1 dan 2 atkins diet
Selamat Beramal!
No comments:
Post a Comment