LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Wednesday, September 24, 2014

Tips kempis perut dengan cepat!

Assalam...

Ok ni tips untuk abang abang dan kekakak kawasan yang nak kempiskan perut dengan cepat. Trust me, this works! Dalam masa seminggu pon korang dah boleh nampak perbezaannya. Nak tau tak apa petuanya? Heheh saja je lambat-lambat bagitau, nak korang baca dulu abis satu perenggan. Hehehe

Dah kurus! Nak macamni tak? sila ikut tips dibawah. (apsal katun ni macam muka kevin zahri?) hahaha


Tips 1:
Berhenti minum air bergula. STOP terus. Seriusly stop! Stop dalam masa seminggu. Kalau nak afdal lagi cuba dalam masa dua minggu. Minum air putih, air masak, air mineral, air bertapis bla bla bla yang penting bukan air berwarna dan bergula. Air warna-warni, bersusu, teh tarik lemak berkrim semua TAK BOLEH MINUM! Apa-apa air yang rasa manis jangan minum!


------------------------------------------------------------------------------
Fakta nak kurus : Jumlah air yang perlu diminum bagi individu, berat 25kg = 1 liter air. Contoh berat 75kg = 3 liter air. 

Tips nak kurus : Minum air teh hijau. Jangan letak gula! Teh hijau banyak khasiat dan membantu meningkatkan metabolisma badan dan memudahkan badan untuk cepat kurus!

Lagi Fakta Kurus : Air flush out lemak dari badan! So minum air secukupnya!
------------------------------------------------------------------------------

Tak boleh telan air kosong? Kalo tak boleh telan sangat korang hiris sikit limau, lemon, oren sunkist dalam air tu. Tapi jangan banyak-banyak sampai jadi air limau! Air masam mengandungi karbohidrat.

Jangan risau jika tak minum air manis. Korang mesti cakap korang akan kekurangan gula la itula ini la. Itu semua alasan. Tubuh manusia akan menukar gula daripada makanan yang korang makan. Kurangkan minum bergula ni maka akan kuranglah karbohidrat yang masuk dalam badan korang. Maka kurang berat. Leh kurus maa. Bagi yang coffee addict, korang beli nescafe decaf yang tutup botol kaler merah kat supermarket tu. Minum nescafe decaf tanpa gula dan slowly kurangkan pengambilan kopi/nescafe sehingga berjaya.




Tips 2:
Berhenti makan makanan berasaskan tepung. Contoh makanan berasaskan tepung : kuih, segala jenis kuih berinti, tat, kek, pisang goreng, makanan yang diproses contoh nugget, sosej, ayam bersalut blackpepper, popcorn ayam, bebola ikan, bebola daging, ayam KFC, burger, roti (roti putih, bijirin), spagetti, mihun, mee, suhun, kuetiaw, biskut tak kisah biskut bijirin pon, biskut tat, apam balik, roti canai, roti nan, pizza, karipap, kerepek, keropok, cikedis, segala jenis junk food, segala macam yang ada tepung. Stop makan paling kurang dalam 2 minggu.

------------------------------------------------------------------------------
Fakta nak kurus : Tepung mengandungi karbohidrat yang tinggi yang mana akan ditukar menjadi gula dan disimpan dalam badan sebagai lemak jika tidak digunakan. 

Lagi Fakta Kurus : Kurangkan pencicah dalam makanan seperti kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos cili thai, kuah dalam masakan seperti sambal, kuah santan, gravy (kuah untuk makanan gril), dan juga salad dressing kerana makanan ini mengandungi karbohidrat yang tinggi dan berkemungkinan dicampur dengan tepung.
------------------------------------------------------------------------------

Makan makanan yang asas sahaja seharian, lebihkan makan sayur dan protein seperti ikan, ayam, daging dan telur. Makanan berasaskan tepung hanya akan menjadi penambah berat dalam badan yang akan disimpan sebagai lemak. So, kalau korang nak kurus, sila elakkan makanan bertepung ni ok! 




Nampak sedap, tapi kena kurangkan. Kalo boleh elakkan.


Ok tu je tips untuk kempiskan perut dalam masa paling lama 2 minggu. Korang kena percaya ni. Korang mesti cuba tips ni. Ni namanya diet santai. Korang pon tak sedar korang berdiet. Ok la tu kan?Kalo orang tanya mesti korang jawab "Eh mana ada aku diet, tengok ni makan macam rimau, aumm!" Tapi hakikatnya korang tengah kontrol makanan lemak jahat masuk dalam badan korang. Best tak? Hehehe. Bismillah. Moga berjaya!


2 comments:

  1. My sister minum green tea tapi taruk gula.T_T .. green tea memang tak boleh letak gula eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. green tea takyah letak gula sis..minum time tgh suam panas tu sedap..

      Delete