LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Sunday, November 30, 2014

Diet Atkins : Menjawab soalan yang sering ditanya

Assalam...

Post ni aku buat untuk menjawab soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang baru nak mula diet Atkins. Aku buat juga untuk aku refer dikemudian hari. Kira Q&A la ni. Ok boleh semak seperti yang dibawah. Post ni akan aku update and tambah nanti ok.

1. Macam mana nak mula diet Atkins?
Soalan ni banyak yang ditanya dalam group FB Kelab Diet Atkins Malaysia tu. Pastu ramai akan jawab baca la attach file dan dokumen yang dorang dah sediakan. Kena rajin membaca. Betul tu. Ilmu kena cari. Fahamkan dulu apa itu diet Atkins. Google je kat internet ada banyak info pasal diet Atkins ni. Kalo nak personal aku ajar pon boleh gak. Komen je sini nanti iolls reply.

2. Milo tanpa gula/ susu boleh minum?
Milo tak boleh minum (fasa 1 2 3 tak boleh). Dalam milo sendiri dah ada gula. Apa-apa air yang rasa manis kalau boleh elakkanlah.

3. Oat boleh makan?
Oat tak boleh makan. Oat ada banyak kandungan karbohidrat.

4. Serbuk perasa contoh lada sulah boleh guna dalam diet atkins atau tidak?
Serbuk perasa yang asli tanpa campuran garam dan gula serta tepung adalah digalakkan. Tetapi serbuk seperti serbuk kunyit, ajinomoto, kiub-kiub tu sume dah ada kandungan perasa tersembunyi yang mengandungi karbohidrat. So berhati-hati.

5. Pil supplement 
Makan supplement untuk menampung segala jenis vitamin yang akan berkurangan sebab kita sedang diet. Supplement yang digalakkan contoh dari brand Blackmores.

6. Boleh ke derma darah semasa sedang dalam proses induction?
Boleh jika kiraan tekanan darah normal.

7. Collagen
Digalakan untuk berhenti ambil kolagen terutamanya serbuk kolagen kerana selalunya ia berperisa dan manis. Ingat apabila manis maka akan ada karbohidrat.

8. Buah-Buahan
Buah tak boleh ambil semasa dalam fasa induksi dan fasa 2 diet atkins

9. Malam tak boleh makan ke?
Makan selewatnya lagi empat jam korang nak tido. Kiranya tu last makan untuk kasi peluang kepada badan digest makanan korang tu. Pandai pandai la ejas ya.

10. Ayam KFC boleh makan tak?
Ayam KFC boleh makan sekiranya korang gigih buang salut tepung ayam tu. Kalo rasa tak mampu nak buang sampai abis tepung dia maka anggaplah tak boleh makan. Heheheh

11. Sayur coleslaw KFC?
Sayur tu dah dicampur dengan kuah manis. Digalakkan takyah makan la ye.

12. Lobak merah dan tomato
Ini sayur yang selalunya ada dalam hampir kesemua makanan kat Malaysia ni. Sayur ni kalo fasa 1 elakkan. Manis dan kandungan karbohidrat agak tinggi.

13. Sembelit. Jalan penyelesaian?
-Minum air mengikut jumlah berat. 25kg = 1 liter air.
-Minum teh orang kampung tanpa gula.
-Minum cuka apple sesudu + air suam segelas setiap pagi.
-Minum psylium husk sesudu + air suam segelas atau lebih
-Minum apa2 air atau produk yang berfungsi untuk melawaskan sistem pembuangan asalkan tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi dan masih dalam kawalan pengambilan karbohidrat yang dibenarkan sehari.

14. Nescafe / coffee addicted.
Pengambilan nescafe atau kopi masih boleh diambil sekiranya tanpa gula. Dah test kat diri sendiri dah. Berat masih turun dengan banyaknyer. Tapi tanpa gula ya. Tapi jika berat korang tak turun jangan salahkan aku plak. Kalo korang rajin p cari nescafe decaf kat supermarket. Itu takda kaffein. So boleh la nak ilangkan ketagih kopi/ nescafe korang tu.

15. Low blood pressure leh buat diet Atkins tak?
Boleh. I am a low blood pressure person. Now dah improve. Diet macam biasa macam orang normal.

16. Cheat day boleh ke?
Cheat day tak digalakkan jika baru start Atkins. Percayalah sekali dah cheat maka korang akan selamanya cheat. Sampai bila pon tak kurus-kurus lah..

17. Bila nak beralih fasa dari induction ke fasa 2, 3, atau 4?
Bila berat terkini sudah hampir 10kg atau 5kg ke berat ideal atau berat target. Peralihan fasa kedua hanya tambah 5g carb untuk melihat samada berat masih turun atau tidak. Jika tidak maka kekal di fasa 1 sehingga mencapai berat hampir kepada berat ideal/ target. Jika sudah mencapai berat yang hampir ke ideal, boleh terus kepada fasa 2 dan 3. Bila dah mencapai berat ideal, boleh berada didalam fasa 4 untuk lifetime maintenance.

18. Kenapa berat statik? Makan dah ikut seperti yang dicadangkan. Tapi masih statik?
-Cuba tambah lemak baik kedalam makanan diet Atkins anda. Contoh lemak baik : Mentega, butter, minyak zaitun. Eat fat to lost fat. Buat juga jadual pemakanan harian untuk semak semula dimana kesalahan atau makanan yang telah diambil berlebihan.
-Cuba tambah waktu rehat. Tidur dengan cukup. Kurangkan aktiviti yang memakan masa waktu tidur.
-Kurangkan stress, tekanan atau apa-apa yang menyebabkan korang tertekan. Jangan emosi dan cepat marah. Hormon dalam badan akan bertindak untuk defend badan bila korang stress so berat takkan turun.

19. Bagaimana mengira kandungan karbohidrat dalam sesuatu makanan?
Boleh google terus ataupon lihat kandungan nutrisi sesuatu paket makanan. Perlu lihat juga kandungan asas pembuatan makanan tersebut. Berhati-hati dengan kandungan makanan yang dilarang didalam diet Atkins tetapi karbonya masih rendah seperti yang ditunjuk didalam kandungan nutrisi walhal sebenarnya mengandungi karbohidrat tersembunyi.

20. Makan telur banyak, tak tinggi kolesterol ke?
Aku dah test kat diri sendiri. Telur paling banyak sehari makan sampai 10biji. Setakat ni ok je level kolesterol (baru ni buat medical check up). Orang lain aku tak sure la. Yang ni korang kena dig deeper skit. Setakat yang aku tau lom ada lagi yang cek kolesterol dia tinggi sangat-sangat sebab makan telur banyak. Dalam telur sendiri ada kandungai omega baik yang bertindak menyeimbangkan kandungan kolesterol dalam badan kita.

21. Injection vitamin c atau injection kecantikan, ganggu diet atau tidak?
Yang ni pon aku dah buat. Tak mengganggu diet Atkins, malah kesan lebih cpt sebab toxin cepat kuar dari badan bila kita buat injection vitamin c / kecantikan ni.

22. Apa menu diet atkins?
Kalau korang baca post aku yang sebelum ni korang akan jumpa table yang menunjukkan makanan yang boleh dimakan dan juga yang tak boleh dimakan. Kalo korang ada dalam grup Kelab Diet Atkins Malaysia kat fb korang akan jumpa table ni ada dalam dokumen dan fail yang dah disediakan sekali dalam grup tu. Tapi kalo korang pakai smartfon file-file tu tak dapat baca sangat. Korang kena buka pc untuk baca file-file tu.

Tapi kalo korang tanya aku ape menu diet Atkins ni, maka aku akan jawab : yang boleh korang makan hari-hari sampai jemu muntah ialah telur, ayam, daging, ikan, sayur, air kosong dan air teh hijau, termasuklah cuka apple dan juga produk melawaskan pembuangan yang masih dalam kandungan karbohidrat terkawal. Selain daripada tu TAK BOLEH!

23. Ibu menyusu anak boleh diet Atkins?
Ikutkan aku, aku tak kasi korang buat diet ni. Kesian kat anak korang. Tapi ada satu lagi grup diet atkins for breastfeed moms. Aku taktau ape nama grup tu kat FB. Tapi jika nak diet jugak, digalakkan buat diet atkins fasa 4. Iaitu pengambilan karbohidrat 70-75gram sehari. Maknanya korang dah boleh makan semua rantaian makanan, tetapi dalam kadar tu je la. Ataupun korang buat diet rendah kalori.
If anak dah 2 tahun, boleh buat diet Atkins macam biasa sebab anak dah makan dan tak bergantung dengan susu ibu.

24. Sukatan makanan harian
Semua makanan yang dibenarkan dalam diet Atkins boleh diambil tetapi korang kena jaga-jaga sukatan makanan yang korang makan. Contoh: Kobis boleh dimakan tetapi perlu disukat pengambilannye untuk sehari. Jangan terlebih had 20g carb (untuk induction phase). Contoh lain, brokoli dan bunga kobis boleh dimakan tetapi harus disukat. Bukan orang kata boleh makan tapi korang melantak makan kubis bunga dan brokoli banyak-banyak. Buat portion makanan untuk 3 kali makan sehari atau 4 kali makan sehari. Jika terlebih pengambilan karbohidrat maka ketosis tidak berlaku.

25. Menu sebenar dalam diet Atkins?
Menu yang paling digalakkan dalam diet Atkins adalah SAYUR. Seeloknya 80% dari diet induction phase adalah daripada sayur. 20g carb yang perlu diambil, 80% daripadanya adalah digalakkan daripada sayur-sayuran yang dibenarkan dalam Atkins.

26. Boleh ke makan buah pagi + air, pastu tghari n ptg sambung mkn makanan atkins?
Boleh tapi kalo dalam fasa 3 4 boleh la. Kalo fasa 1 dan 2 masih tak boleh lagi. Ye berat akan turun, tapi ketosis lambat.

27.......

to be cont....

65 comments:

  1. hai. sambungan nye belum ade ke? ataw saya yang x jumpe :)
    best baca, thanks sgt for the info shared.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..akan di update dr semasa ke semasa...tq for reading!

      Delete
    2. Air lemon boleh minum?

      Delete
  2. Kalau puasa boleh buat diet atkins jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis..tapi pengambilan air tu kena sama mcm masa tak puasa..timing kena betul utk minum air masa sahur n berbuka.

      Delete
  3. Cik kalau saya puasa selang seli ngn DA boleh x..Mksudnya sehari puasa sehari DA..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..as long as berbuka puasa tu makan masih dalam fasa 1..n time tak puasa pon sama..

      Delete
  4. klau ambik vitamin c selain blackmores tp tanpa gula ... lulus x fasa 1...?? sy ada ambik vit c tanpa gula ...ada yg ckp x lulus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. balckmores tu sekadar supplement yg dicadangkan..jika ada supplement lain yg xde kandungan gula boleh je makan sis..

      Delete
  5. Apa maksud berat turun tapi x ketosis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketosis tu bermakna pembakaran lemak kan? Ia d bakar pengganti karbo(sbb karbo dah xde). Kalau berat turun tapi ketosis xde mmg xboleh ke?

      Delete
    2. Ketosis tu bermakna pembakaran lemak kan? Ia d bakar pengganti karbo(sbb karbo dah xde). Kalau berat turun tapi ketosis xde mmg xboleh ke?

      Delete
    3. kalo berat masih turun bukan bermakna tak ketosis tapi ketosis kurang..cuba beli keton strip tu utk cek ketosis yg berlaku dlm badan.

      Delete
  6. Apa maksud berat turun tapi x ketosis?

    ReplyDelete
  7. Hai assalamualaikum saya nak tanya kalau kita masak sendiri ayam masak lemak ke boleh ke kita makan kuah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...boleh tapi pkai santan brnd KARA kalo tak silap...tp seeloknye time fasa 1 2 xyah makan lagi masakan dr santan..

      Delete
  8. Nak tnya.. susu low fat blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu lowfat xleh yunk..sbb wpon low fat carb kurang tp xkan nak minum susu je seharian..mesti nak makan benda lain..kalo susu lowfat dah hampir ke 20g carb cmane nak makan makanan lain.hope membantu.

      Delete
  9. Nak tnya.. susu low fat blh ke?

    ReplyDelete
  10. Nak tanya..klau saya tinggi 159cm lpstu berat 52..klau saya amlkan fasa 3 atau 4 ..okey ke x?..bru nk start atkins

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..xde masalah..bmi dah normal kan..so slow2 diet sehingga sendiri puas ati dgn keadaan badan kita je.

      Delete
  11. salam..awk inject vit c kt mne ye? bgus jugak kalu dpt ceptkn pembuangan toxin

    ReplyDelete
    Replies
    1. inject kat klinik..kalo takut inject boleh drip..kena tya doktor dulu dia bleh buat yang mane..nak cpt inject je..kalo bleh tgu drip pon ok jugak. upah inject or drip bergantung pada klinik.

      Delete
  12. salam..awk inject vit c kt mne ye? bgus jugak kalu dpt ceptkn pembuangan toxin

    ReplyDelete
  13. Sis kalau tak exercise berat akan turun x....sy buat exercise 2 hari .....satu kaki sampai punggung sakit sampai malam tak le tido...makan panadol baru rasa sakit tu kurang....hari ni hari kelima sy....sy takut kalau sy jatuh sakit nanti suami dan anak2 tak de org jaga....tapi dalam fikiran mesti nak kurus....suami selalu kutuk kata badan dah berat naik motor susah nak control...malu pulak....ada x idea sis...kalau x bersenam badan akan kurus x

    ReplyDelete
  14. Sis kalau tak exercise berat akan turun x....sy buat exercise 2 hari .....satu kaki sampai punggung sakit sampai malam tak le tido...makan panadol baru rasa sakit tu kurang....hari ni hari kelima sy....sy takut kalau sy jatuh sakit nanti suami dan anak2 tak de org jaga....tapi dalam fikiran mesti nak kurus....suami selalu kutuk kata badan dah berat naik motor susah nak control...malu pulak....ada x idea sis...kalau x bersenam badan akan kurus x

    ReplyDelete
    Replies
    1. diet dulu jaga makan..xyah exercise lagi kalo bdn masih berat..jgn seksa diri sis..yg penting jaga makan betul2..ikut je diet atkins yg mane bleh makan dgn yg tak bleh makan tu elakkan. just jaga makan dulu.

      Delete
  15. Sis kalau makan jugak kuih sikit? Contoh dlm satu mcmtu sbb nk rasa. Effect teruk ke dlm atkin?

    ReplyDelete
  16. Sis kalau makan jugak kuih sikit? Contoh dlm satu mcmtu sbb nk rasa. Effect teruk ke dlm atkin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ikut diet atkins xleh makan langsung kuih yg bertepung..kalo sikit sgt secubit tu boleh la dimaafkan..xdela berat naik tibe2..tp berat nak turun tu payah la sbb dah kira cheat.

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Nk tye kalau makan ayam goreng tak bertepung tapi ada kunyit & makan sayur kangkung goreng lulus x? Sbb mkn kat kdai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi serbuk kunyit ade tepung..makan kat kedai kena tgk la sbb dorg masak slalu mesti letak garam gula ajinomoto semua..tu je dah tambah carb harian..makesure low carb.

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Kalau saya buat atkin induksi utk enam hari shj, then terus mkn mcm biasa lepas seminggu tu,(means, tak ikut dah cara atkin), berat boleh naik mendadak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh diet 6 hari tapi kalo takde penurunan no point la..paling2 diet 2 minggu.. berat naik atau tak tu pada badan sendiri n kontrol makan.

      Delete
  21. Hai, tumpang tanya kalau makan ayam goreng ayamas tu okay tak? sebab jumlah kalori dalam label ada tulis roughly 12g per 100g serving. Risau juga sebab sangat tinggi jumlah karbohidrat walhal ayam sepatutnya 0g karbohidrat.

    ReplyDelete
  22. Hai, tumpang tanya kalau makan ayam goreng ayamas tu okay tak? sebab jumlah kalori dalam label ada tulis roughly 12g per 100g serving. Risau juga sebab sangat tinggi jumlah karbohidrat walhal ayam sepatutnya 0g karbohidrat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayamas boleh makan tp ayamas dah ade rencah mcm2 so kena kontrol..sama mcm ayam kfc..kalo bleh buang semua kulit n makan isi je then go on makan je..as long as tak lebih dr carb yg dibenarkan.

      Delete
  23. Sis, nescafe yang dimaksudkan tu bukan 3in1 punya kan?
    And kurma tak boleh makan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurma sebijik 5gram carb...nescafe biasa bukan 3in1 byk gula..

      Delete
  24. Salam , black pepper yg brand ajinomoto boleh digunakan tak dalam atkins phase 1/2?

    ReplyDelete
  25. Sis..kalau nescafe instant jgk tp 2in1
    . Boleh ke? Dy just nescafe dgn krimer.. 2in1..

    ReplyDelete
  26. Sis..kalau nescafe instant jgk tp 2in1
    . Boleh ke? Dy just nescafe dgn krimer.. 2in1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fasa 1 xleh ade gula dlm diet..not more than 20g carb perday..kena sukat..kalo dah mkn/minum 2in1 gula n carb je dah tinggi..bazir pengambilan carb yg mengenyangkan utk sehari..baik mkn benda lain yg mengenyangkan.

      Delete
  27. Anonymous10.1.17

    Assalam... Apple hijau dgn air detox lemon bole x minum time fasa 1 diet aktins ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya semua jenis buah tak lulus fasa 1. elakkn makan buah sbb kdgn buah terdapat gula wlpn sedikit. air detox bleh tp lemon xbleh.

      Delete
    2. amek kulit lemon je campur dlm air kosong. nak ckp lemon boleh je tp 1/2 sudu kecik sehari dah memadai..kalo boh dlm air tak rase apepon..so amek kulit lemon tu je masukkan dlm air.tapi jgn makan plak kulit tu tau..kulit lemon tu buat air tu ade rase lemon skit. tu je fungsi dia.

      Delete
  28. askm sy nak tnye. apa sy ptt buat klau berat bdn sy statik. ne msok hri ke 3..and apa ptt sy buat? ( pemakanan terjaga, air 3 liter & workout 600x skipping per day).....
    peralihan fasa bila masa yg sesuai?
    1.1.2017 = 77kg
    8.2.2017 = 68.4kg

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. Buat coleslow sendiri boleh tak guna bawang holand telur rebus kubis kewpie n timun jepun..sy suke sngat mkn coleslow..
    Boleh mkn setiap waktu mkn tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang fasa1 kena sukat..tp boleh je mkn 1/4 size bawang tu (bawang holland kan besar so 1/4 dah cukup utk sehari) kubis n timon pon kena sukat..takkan nak mkn coleslaw ari2..nti jemu...pelbagaikan la..mkn sayur yang bagus diet atkin ni.. berat cpt turun.

      Delete
  31. Hi.. sy baru nak mula diet atkins ni. Tp seram plak tak dapek nk sentuh nasik pun . Hehe. Ok cmni lah , boleh sy tau basic pemakanan yg sy kena amalkan setiap hari tak ? Plus , sy tak tau mcm mn nak sukat semua ni.. bole tak sy amal yg tak perlu ada sukat selama mngamalkan fasa 1 dan 2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan telur jela ari2..xyah sukat sgt n xyah pikir sgt nak sukat2..heheh pastu mkn ayam panggang tanpa minyak atau perasa..tapi lama2 nanti jemu..kalo rajin bacala post2 pasal diet atkins yg sy dah post sblm ni..dlm tu ade penerangan yg byk psl diet atkins ni. goodluck ye..

      Delete
  32. Assalamu'alaikum. Boleh tak ambik lemon semasa dalam fasa induction ?

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum sis,macam mana nak count carbs dalam setiap masakan yg kita buat?takut terlebih 20g sehari..

    ReplyDelete
  34. Salam sis,nak tanye...kalau tepung berprotein tinggi tu bleh makan tak?

    ReplyDelete
  35. Salam sis,nak tanye...kalau tepung berprotein tinggi tu bleh makan tak?

    ReplyDelete
  36. Nak tanya tokeng/bontot boleh makan tak dalam diet atkis?

    ReplyDelete
  37. Msrjerin daisy lepas x sbb tgk karbo dio 0 dan sugar pun 0

    ReplyDelete
  38. Sis, minyak masak tu ada had ke untuk diet atkins? Atau boleh je pakai banyak mana pun?

    ReplyDelete
  39. hi nak tnya, kacang dal pun xblh mkn jgk ke

    ReplyDelete
  40. salam sis..nak tanya..kalo masak xletak pak aji ke cukup rasa ke..rasa xsedap..so nk taruk ape je ye

    ReplyDelete
  41. buah apple hijau bole ke fasa 1?

    ReplyDelete