LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Thursday, September 4, 2014

Atkins Diet : How to start. My way.

Assalam...

Uolls baca tajuk. Nak mat saleh je. Hahaha nak rebut carian google la tu. Ok aku takde niat pon nak popular. Sila jangan baca tak kelakar. T.T

Aik baca jugak? Ok. Nak cerita pasal macam mana aku boleh diet atkins ni dengan jayanya. Macam mana nak mulakan diet ni. Ye aku tau korang jenis gigil kalo tak makan nasi 5 pinggan sehari. Haha aku pon dulu camtu. So, camne nak mula? Nak aku bagi trus tips ke nak terjun trus point? Sikit-sikit la ye.

Tapi sebelum tu nak tunjuk rupa aku sebelum buat diet ni. Jangan pengsan tau. Suruh kawan atau siapa-siapa yang berhampiran korang jaga korang. Kang jatuh aku tak tanggung pula. Hahaha



Berat dalam 90kg masa ni. Rajin joging tapi berat susah nak turun.



Berat dalam 86/87kg. Ambil masa bertahun dan turun berat ke 80kg lebih. Kaki sebelah tu injured tapi masih nak berjalan siap bertongkat payung bagai T.T

Kat bawah ni cara aku start Diet Atkins. Boleh follow kalo korang rase sesuai dengan korang.

1. Mulakan dengan study diet atkins ni diet apa. Semua ilmu-ilmu diet ni korang leh dapat kat google. Tapi main blog yang cerita pasal diet atkins ni ialah http://taknakgemuk.blogspot.com/ and http://bicikut.blogspot.com/ . Blog taknakgemuk tu korang kena khatam dulu. Pastu baru blog bicikut tu. (wow siap promote blog. Dapat upah ke?) 

2. Set timing korang. Macam aku dulu memang dah nekad nak diet. tak tunggu lama. Sebaik aku dah faham apa diet atkins ni, aku start terus serius diet ni. Kira BMI semasa korang termasuk tinggi dan berat semasa. Rekodkan. Memang aku trus stop makan yang tak diluluskan atkins. Aku buat betul-betul diet ni. Tapi aku trick otak sikit. Buat-buat macam aku travel. Sebab selalu kalau aku travel aku memang makan sedikit dan memilih makan. So korang create satu situasi dimana korang selalu tak makan banyak. Tu contoh aku. Tapi eloknya korang fokus diet ni dan buat betul-betul. Atkins bukan diet berlapar!







Berat terbaru T.T (gemuk!)


3. Next kena pandai kira/baca nutrition facts. Mesti pandai kira. Mesti wajib pandai. Kena kira berapa per serving satu-satu makanan dalam packaging tu. Kalo tak pandai kira memang abis la diet korang. Tak pandai sangat pon at least korang kena tau basic berapa carbo dalam suatu makanan. Tak tau lagi? google terus nutrition fact of (what food). Konfem trus kuar jawapan. How many carb in (what food). Konfem kuar jawapan kat google. Aku malas la nak ajar. Huhuhu. (phase 1 diet atkins hanya 20g carbo dibenarkan, if lebih ketosis tak berlaku).


Contoh nutrition information sesuatu produk.

4. Bila dah tau baca kandungan nutrisi, maka kena la kenal ape makanan yang dibenarkan dalam diet atkins ni. Ada senarai makanan yang dibenarkan dalam belog yang aku taip kat no.1 tu. Makanan terbaik atkins adalah makanan yang asas, basic, raw, hijau, white meat, red meat (jangan over makan bagi yang ade sakit gaot) etc. Kalo korang nak kurus dengan cepat, korang stick to this kind of makanan je. Kalo korang dah start makan makanan yang diolah, maka kemungkinan untuk berat turun memang lambat la. Pastu mula la meroyan nape berat tak turun, nape statik je berat, nape aku gemok lagi!!! Watever!! Malas nak layan. Orang dah bagitau makan yang perlu je, yang korang memandai masak and makan yang bukan-bukan tu kenapa?


Fasa 1 diet atkins



Contoh makanan fasa 1 atkins diet







5. Cari sumber inspirasi. Macam aku, ada seluar jeans yang sangat fit yang aku beli lama dulu yang memang aku tau tak muat untuk aku buat azam dan inspirasi untuk kurus. So buat la. Tak semestinya pakaian je. Korang tampalla gambar nelopak ke, gambar model victorias's secret ke untuk jadi inspirasi korang kurus. Ok?


6. Tetapkan hati. Nekad untuk kurus. Berapa lama nak gemuk? Jawabla! Bertahun-tahun gemuk. Bertahun-tahun pendam perasaan tengok orang pakai baju cantik-cantik takde lemak lapis-lapis. Berapa lama boleh tahan orang ejek-ejek kita? Berapa lama nak nyorok belakang kawan bila crush kita lalu? Nak cakap tak berani, ko kan gemuk!! Dah la gemuk! Tak reti nak sedar diri. Makan makan makan. Tu je yang kau tau. Gerak sikit dah mengah. Allah..maafkan la aku. Aku bukan sengaja nak marah-marah. Tapi hakikatnya aku macam tu la dulu. Itu yang aku dok ingatkan hati perasaan aku hari-hari. Biarla orang nak cakap apepon. Lagi orang ejek lagi aku semangat nak diet. Hope korang pon boleh. Berubah untuk kita tak pendam macam-macam perasaan lagi. Berubahlah!


7. Diet dengan bersungguh-sungguh serta ikut kemampuan. Aku dah berat 70kg lebih baru aku mula senam. Kaki sakit wei kalau joging. Tak sanggup malam-malam nak bangun urut-urut kaki. Ni bukan diet kalori nak bakar-bakar kalori nak bersenam macam orang gila, orang gila pon tak bersenam. Ni bakar kelambu. Eh, bakar lemak. Tapi dengan cara ketosis. Ketosis tu ape? Haaa aku nak promote blek belog kat no.1 tadi. Sila baca sampai abis!


8. Aku diet ni takde partner. Aku diet atas kesedaran sendiri untuk kurus. Aku penat, letih, fedup, give up, stress, low blood pressure, self esteem down, semua ada sebab gemuk ni. Keje mengadap masyarakat ni lagi la stress berganda-ganda. So kalau korang rasa nak umur panjang dan bebas penyakit sampai ke tua, korang diet la. Satu lagi, mintak tolong jangan la makan makanan yang dah dipelbagaikan tu masa mula-mula korang nak start diet. Lagi tak sedap makanan tu lagi cepat korang kurus. Aku tengok, banyak dah menyimpang dari idea asal diet ni.


9. My food diary. Penting untuk ada food diary. Tujuan? Boleh monitor apa yang korang makan, dan boleh semak balik. Nanti takdela bosan asik makan yang sama je. Tekak naik kembang dah. Untuk tujuan motivasi jugak food diary ni. Boleh upgrade makanan korang jadi pelbagai menu. Untuk tujuan monitor sebab kenapa berat korang tak turun. Boleh semak semula apa yang korang makan yang menyebabkan berat tak turun. Haaa menarik kan? wajib ada maaa!


Ini contoh food diary aku sekali dengan workout aku lumsum untuk the whole week. Food diary yang baik adalah catatan setiap hari korang makan ape.  TC : total calory. Mungkin lebih sebab masa ni aku baru belajar nak kira carb. (line no 2 tu, brokoli goreng celup telur tau bukan celup tepung. Tepung tak boleh makan, salah taip la tu.)

Ini pula ukuran terbaru saiz badan. Walaupon dah saiz L, tapi masih besar dan masih rase gemuk. Lagipon belum bmi normal lagi. Part mane yang aku ukur tu biarla jadi rahsia. Alah aku rasa korang lagi terror bab-bab ni. Hahaha diam-diam je ok. Kena ingat penimbang bukan rakan baik kita, tetapi ukur lilit tubuh tu. Ramai sangat yang semakin obses dengan penimbang sampai stress tengok bila timbang makin berat, berat je timbang. Lama2 hancur penimbang tu. Hahaha





Ok tu je yang aku rasa yang aku buat masa aku start diet sampai sekarang. Masih amalkan sehingga aku betul-betul jauh dari bmi overweight. Nak forever bmi normal. Hehehe Ok hope bermanfaat. Bye! 

*update 01/12/2014. Berat dah lama statik baru kurang 70kg ke 68kg. Aku ada target dalam tahun 2014 ni aku nak berat 66kg. Aku masih berusaha. Doakan aku. Aku dah janji dengan diri sendiri. Hmmm...

Monday, September 1, 2014

DIY hantaran bentuk buah

Assalam...

Aku dah lama tak update hal-hal berkaitan kawin-kawin ni. So hari ini nak up satu DIY hantaran yang senang bak hang pejam mata je boleh siap! Sape tak buntu kan bila nak buat hantaran sendiri. Nak diy tapi tangan keras. Hehehe. Ni aku nak tunjuk step by step cara nak buat diy hantaran yang mudah. Actually dah ramai dah saudara mara yang tempah aku untuk buat hantaran ni sebab memang nampak menarik. Apa yang menarik sangat tu? Kalo pesen lama hantaran nasi wajik ni orang letak dalam bekas plastik je. Tapi yang ni telah dipelbagaikan untuk nampak menarik dan sesuai dengan hantaran korang tu.

Ok taknak bebel banyak-banyak. Ni step by step picture untuk DIY hantaran nasi wajik bentuk buah manggis. Senang je, keras tangan pon boleh buat. Hehehe.

Ok mula-mula barang yang diperlukan adalah:
1. Nasi wajik (resepi nasi wajik kena tanya kek uwan sei, sei tak pandai masak nasi wajik ni)
2. Plastik kaler unggu
3. Pistol gam dan gam dia
4. Gam balut warna hijau tu. Apentah nama dia
5. Plastik nasi lemak
6. Kulit kerang (pilih saiz kecik)
7. Gunting (takde plak dalam gambar tu hiks)
8. Getah 

 Barang-barang yang diperlukan.


 Isi nasi wajik dalam plastik ikut besar mana korang nak buat.


 Pastu ikat dengan getah.


 Potong lebih plastik. Jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat. Nanti nak buat tangkai dia.


 Dah setel buat banyak mana yang korang nak.


 Next potong plastik kaler unggu tu ikut saiz yang boleh cover plastik putih tu. Buat yang sama dan ikat semula dengan getah yang sama. Jangan ikat double getah nanti nampak besar kat tangkai tu.


 Dah siap balut semua.


 Ni part yang remeh dan lama nak buat. Balut kulit kerang dengan gam pembalut hijau ni. Buat sampai siap.


 Belasah je balut asalkan kulit kerang tu terbalut semuanya.


Next balut tangkai plak. Buat lebih kat atas tangkai tu pastu masuk-masukkan dlm lubang untuk tutup tangkai atas tu.


 Macam ni. Ujung tangkai tu masukkan je pembalut yang lebih-lebih tu ke dalam. Senang je kan.


 Pas dah siap korang gam je kulit kerang dekat tepi tangkai tu. Terpulang berapa tampuk manggis yang korang nak buat. Macam yang aku buat ni ade 4 kulit kerang setiap maggis (kan ke tampuk manggis ada 5?). Saiz kulit kerang tu agak besar.


Hasil yang dah siap. Pastu terpulang macam mana korang nak hias hantaran korang plak.

Senang kan nak buat? Haaa pasni mesti ada idea untuk buat bentuk lain plak. Lain bentuk lainla warna. Senang je kot. Sebab tu cakap keras tangan pon boleh buat. Heheh macam iolls la. Keras je tangan ni. Hikss. Ok selamat mencuba!


Thursday, August 28, 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Assalam...

Tajuk patriotik abis kan? Yup thats the theme for the Independence day of Malaysia for 2014. Wow iolls cakap mat saleh pepagi Jumaat yang mulia ini. Kihkih! 

Ni logo dan tema untuk hari kemerdekaan Malaysia sempena 31 Ogos tahun 2014.


Rasanya tahun ni kemerdekaan lebih bermakna sebab macam-macam perkara dah jadi pada Malaysia. Tahun ni lah jugak paling banyak mengalirkan air mata untuk warga-warga Malaysia yang tak penah kenal pon tetapi disebabkan tragedi-tragedi yang berlaku, maka aku pon senang sangat tersentuh dan mengalirkan air mata. Berjurai air mata weh! Kesian ada, insaf pon ada. Aku takkan ulas lanjut apa yang dah terjadi, tapi korang lebih arif apa yang dah terjadi pada Malaysia kita.

Sapa yang pilih dan setuju tema ni? Iolls rasa nak menangis je sebab tema dia memang kena sangat-sangat dengan kita tahun ni. After all that happened, kita masih utuh, teguh, tak goyang and the best part is we gain so much respect from other country! Respect! Salute! Yang tak penah kenal kita (Malaysia) pon dah kenal kita. Seriusly babe! We should be proud to be Malaysian!!

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ni, jomla kita kibarkan bendera negara kita dengan megahnya. Gantung la bendera Malaysia kat mana-mana yang orang boleh nampak kita ni ada semangat sayangkan negara kita. Jangan semata-mata jadi warganegara atas kad pengenalan korang je. Please pretty please!








Haaa tetiba muncul banyak plak bendera Malaysia kan? Iolls semangat ok. Kalo korang datang umah aku or ofis aku, baru korang tau betapa bersemangatnya minah ni nak sambut hari merdeka. Hehehe. Ok nak wish sikit la kat korang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 pada 31 Ogos 2014.

MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Yes! Aku memang cintakan negara aku. Mana-mana oversea aku pegi aku bawa bendera Malaysia. Incase tersesat aku flash je bendera Malaysia. Konfem ada orang tolong. Haaa nampak tak hebatnya Malaysia? Nampak? Ok Have fun this weekend celebrating our independence day! Bye!


*mummy I pon dah 57 tahun. Love u mom!