LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Sunday, November 30, 2014

Diet Atkins : Menjawab soalan yang sering ditanya

Assalam...

Post ni aku buat untuk menjawab soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang baru nak mula diet Atkins. Aku buat juga untuk aku refer dikemudian hari. Kira Q&A la ni. Ok boleh semak seperti yang dibawah. Post ni akan aku update and tambah nanti ok.

1. Macam mana nak mula diet Atkins?
Soalan ni banyak yang ditanya dalam group FB Kelab Diet Atkins Malaysia tu. Pastu ramai akan jawab baca la attach file dan dokumen yang dorang dah sediakan. Kena rajin membaca. Betul tu. Ilmu kena cari. Fahamkan dulu apa itu diet Atkins. Google je kat internet ada banyak info pasal diet Atkins ni. Kalo nak personal aku ajar pon boleh gak. Komen je sini nanti iolls reply.

2. Milo tanpa gula/ susu boleh minum?
Milo tak boleh minum (fasa 1 2 3 tak boleh). Dalam milo sendiri dah ada gula. Apa-apa air yang rasa manis kalau boleh elakkanlah.

3. Oat boleh makan?
Oat tak boleh makan. Oat ada banyak kandungan karbohidrat.

4. Serbuk perasa contoh lada sulah boleh guna dalam diet atkins atau tidak?
Serbuk perasa yang asli tanpa campuran garam dan gula serta tepung adalah digalakkan. Tetapi serbuk seperti serbuk kunyit, ajinomoto, kiub-kiub tu sume dah ada kandungan perasa tersembunyi yang mengandungi karbohidrat. So berhati-hati.

5. Pil supplement 
Makan supplement untuk menampung segala jenis vitamin yang akan berkurangan sebab kita sedang diet. Supplement yang digalakkan contoh dari brand Blackmores.

6. Boleh ke derma darah semasa sedang dalam proses induction?
Boleh jika kiraan tekanan darah normal.

7. Collagen
Digalakan untuk berhenti ambil kolagen terutamanya serbuk kolagen kerana selalunya ia berperisa dan manis. Ingat apabila manis maka akan ada karbohidrat.

8. Buah-Buahan
Buah tak boleh ambil semasa dalam fasa induksi dan fasa 2 diet atkins

9. Malam tak boleh makan ke?
Makan selewatnya lagi empat jam korang nak tido. Kiranya tu last makan untuk kasi peluang kepada badan digest makanan korang tu. Pandai pandai la ejas ya.

10. Ayam KFC boleh makan tak?
Ayam KFC boleh makan sekiranya korang gigih buang salut tepung ayam tu. Kalo rasa tak mampu nak buang sampai abis tepung dia maka anggaplah tak boleh makan. Heheheh

11. Sayur coleslaw KFC?
Sayur tu dah dicampur dengan kuah manis. Digalakkan takyah makan la ye.

12. Lobak merah dan tomato
Ini sayur yang selalunya ada dalam hampir kesemua makanan kat Malaysia ni. Sayur ni kalo fasa 1 elakkan. Manis dan kandungan karbohidrat agak tinggi.

13. Sembelit. Jalan penyelesaian?
-Minum air mengikut jumlah berat. 25kg = 1 liter air.
-Minum teh orang kampung tanpa gula.
-Minum cuka apple sesudu + air suam segelas setiap pagi.
-Minum psylium husk sesudu + air suam segelas atau lebih
-Minum apa2 air atau produk yang berfungsi untuk melawaskan sistem pembuangan asalkan tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi dan masih dalam kawalan pengambilan karbohidrat yang dibenarkan sehari.

14. Nescafe / coffee addicted.
Pengambilan nescafe atau kopi masih boleh diambil sekiranya tanpa gula. Dah test kat diri sendiri dah. Berat masih turun dengan banyaknyer. Tapi tanpa gula ya. Tapi jika berat korang tak turun jangan salahkan aku plak. Kalo korang rajin p cari nescafe decaf kat supermarket. Itu takda kaffein. So boleh la nak ilangkan ketagih kopi/ nescafe korang tu.

15. Low blood pressure leh buat diet Atkins tak?
Boleh. I am a low blood pressure person. Now dah improve. Diet macam biasa macam orang normal.

16. Cheat day boleh ke?
Cheat day tak digalakkan jika baru start Atkins. Percayalah sekali dah cheat maka korang akan selamanya cheat. Sampai bila pon tak kurus-kurus lah..

17. Bila nak beralih fasa dari induction ke fasa 2, 3, atau 4?
Bila berat terkini sudah hampir 10kg atau 5kg ke berat ideal atau berat target. Peralihan fasa kedua hanya tambah 5g carb untuk melihat samada berat masih turun atau tidak. Jika tidak maka kekal di fasa 1 sehingga mencapai berat hampir kepada berat ideal/ target. Jika sudah mencapai berat yang hampir ke ideal, boleh terus kepada fasa 2 dan 3. Bila dah mencapai berat ideal, boleh berada didalam fasa 4 untuk lifetime maintenance.

18. Kenapa berat statik? Makan dah ikut seperti yang dicadangkan. Tapi masih statik?
-Cuba tambah lemak baik kedalam makanan diet Atkins anda. Contoh lemak baik : Mentega, butter, minyak zaitun. Eat fat to lost fat. Buat juga jadual pemakanan harian untuk semak semula dimana kesalahan atau makanan yang telah diambil berlebihan.
-Cuba tambah waktu rehat. Tidur dengan cukup. Kurangkan aktiviti yang memakan masa waktu tidur.
-Kurangkan stress, tekanan atau apa-apa yang menyebabkan korang tertekan. Jangan emosi dan cepat marah. Hormon dalam badan akan bertindak untuk defend badan bila korang stress so berat takkan turun.

19. Bagaimana mengira kandungan karbohidrat dalam sesuatu makanan?
Boleh google terus ataupon lihat kandungan nutrisi sesuatu paket makanan. Perlu lihat juga kandungan asas pembuatan makanan tersebut. Berhati-hati dengan kandungan makanan yang dilarang didalam diet Atkins tetapi karbonya masih rendah seperti yang ditunjuk didalam kandungan nutrisi walhal sebenarnya mengandungi karbohidrat tersembunyi.

20. Makan telur banyak, tak tinggi kolesterol ke?
Aku dah test kat diri sendiri. Telur paling banyak sehari makan sampai 10biji. Setakat ni ok je level kolesterol (baru ni buat medical check up). Orang lain aku tak sure la. Yang ni korang kena dig deeper skit. Setakat yang aku tau lom ada lagi yang cek kolesterol dia tinggi sangat-sangat sebab makan telur banyak. Dalam telur sendiri ada kandungai omega baik yang bertindak menyeimbangkan kandungan kolesterol dalam badan kita.

21. Injection vitamin c atau injection kecantikan, ganggu diet atau tidak?
Yang ni pon aku dah buat. Tak mengganggu diet Atkins, malah kesan lebih cpt sebab toxin cepat kuar dari badan bila kita buat injection vitamin c / kecantikan ni.

22. Apa menu diet atkins?
Kalau korang baca post aku yang sebelum ni korang akan jumpa table yang menunjukkan makanan yang boleh dimakan dan juga yang tak boleh dimakan. Kalo korang ada dalam grup Kelab Diet Atkins Malaysia kat fb korang akan jumpa table ni ada dalam dokumen dan fail yang dah disediakan sekali dalam grup tu. Tapi kalo korang pakai smartfon file-file tu tak dapat baca sangat. Korang kena buka pc untuk baca file-file tu.

Tapi kalo korang tanya aku ape menu diet Atkins ni, maka aku akan jawab : yang boleh korang makan hari-hari sampai jemu muntah ialah telur, ayam, daging, ikan, sayur, air kosong dan air teh hijau, termasuklah cuka apple dan juga produk melawaskan pembuangan yang masih dalam kandungan karbohidrat terkawal. Selain daripada tu TAK BOLEH!

23. Ibu menyusu anak boleh diet Atkins?
Ikutkan aku, aku tak kasi korang buat diet ni. Kesian kat anak korang. Tapi ada satu lagi grup diet atkins for breastfeed moms. Aku taktau ape nama grup tu kat FB. Tapi jika nak diet jugak, digalakkan buat diet atkins fasa 4. Iaitu pengambilan karbohidrat 70-75gram sehari. Maknanya korang dah boleh makan semua rantaian makanan, tetapi dalam kadar tu je la. Ataupun korang buat diet rendah kalori.
If anak dah 2 tahun, boleh buat diet Atkins macam biasa sebab anak dah makan dan tak bergantung dengan susu ibu.

24. Sukatan makanan harian
Semua makanan yang dibenarkan dalam diet Atkins boleh diambil tetapi korang kena jaga-jaga sukatan makanan yang korang makan. Contoh: Kobis boleh dimakan tetapi perlu disukat pengambilannye untuk sehari. Jangan terlebih had 20g carb (untuk induction phase). Contoh lain, brokoli dan bunga kobis boleh dimakan tetapi harus disukat. Bukan orang kata boleh makan tapi korang melantak makan kubis bunga dan brokoli banyak-banyak. Buat portion makanan untuk 3 kali makan sehari atau 4 kali makan sehari. Jika terlebih pengambilan karbohidrat maka ketosis tidak berlaku.

25. Menu sebenar dalam diet Atkins?
Menu yang paling digalakkan dalam diet Atkins adalah SAYUR. Seeloknya 80% dari diet induction phase adalah daripada sayur. 20g carb yang perlu diambil, 80% daripadanya adalah digalakkan daripada sayur-sayuran yang dibenarkan dalam Atkins.

26. Boleh ke makan buah pagi + air, pastu tghari n ptg sambung mkn makanan atkins?
Boleh tapi kalo dalam fasa 3 4 boleh la. Kalo fasa 1 dan 2 masih tak boleh lagi. Ye berat akan turun, tapi ketosis lambat.

27.......

to be cont....

Sunday, November 23, 2014

Diet Atkins : Sebelum dan Selepas

Assalam...

Ni nak tunjuk gambar-gambar sebelum dan selepas diet atkins. Asik cakap pasal diet je, betul ke pompuan ni diet? Mesti tu yang korang dok tanya dalam otak kan? Hehehe ni gambar-gambar bukti. Jangan korang buat testimoni pil diet sudah. Ni aku sound awal-awal haaa....aku tak makan ape-ape ubat diet pon. Jaga makan dan amalkan diet atkins je. 



Ok kite mula dengan zaman study. Berat dalam 59kg kalau tak silap. Tshirt giordano tu saiz xxs ok! Bukan xs bukan s!

Masa ni berat bape taktau. Semput nak naik manjat tasik dayang bunting. Cramp kaki pastu.
Masa ni aku rase paling berat. 90kg lebih ni. Pandai tak aku menutup segala lemak yang ada kat badan? Tak nmpak sangat lemak kat tepi badan tu kan? Hehehe

kengkononnye diet n senam sekali. Tapi balik melantak nasi lemak berpinggan-pinggan. Hancus!
Badan macam dah beranak empat. Ohmaii..yang beranak 6 pon solid molid lagi badan dorang. Hmm...

Lebar baq hangggg!! kihkihkih

Hujung tahun 2013. Masa ni aku tengah study diet atkins. Lom start diet lagi. 

Awal tahun 2014 kat Bandung. Dah start diet atkins slow-slow. Tinggalkan yang manis-manis. Bulan 3 terus atkins dengan tegar.

Raya Aidilfitri 2014. Berat 70kg. Naik dalam 72kg sebab benti diet jap nak makan-makan time raya.




69kg



November 2014, 68kg. wehuuuu! Another 2kgs to target! Nak 66kg dulu for end of 2014. Wish me all the best.


Ok tak transformasi iolls? Hehehe jangan cakap iolls berangan je nak kurus ok. Memang aku buat sungguh-sungguh. Cuma last-last ni banyak kelaut skit. Nak berenang-renang ketepian dah ni. Lagi 2kg nak 66kg. Berat target untuk tahun ni. Tahun depan kite buat azam baru target berat 55 plak ok!! Weeehuuuuuu!!

*No turning back. Baju-baju besar dulu semua dah let go and dermakan. Alhamdulillah!

*update 01/12/2014 - Masih maintain berat 68kg. Baju yg pakai tu 1st time beli rase pelik sebab beli baju saiz kecik. Masa beli tak try pon. Was-was muat ke tak. Rupanye longgar. Hehehe. Wiiii lompat bintang!!







Thursday, October 30, 2014

Diet Atkins : Kesilapan dalam diet atkins

Assalam...

Seperti tajuk kat atas, lagi sekali nak cerita pasal diet atkins ni. Eh macam serius je. Hehehe tapi yang ni aku dah perhatikan banyak yang berlaku sejak-sejak diet atkins ni popular kat Malaysia. Actually its a very nice environment when i see everybody starting to take care of their health. Hari-hari nampak kawan-kawan ofis minum air banyak-banyak. Bawak bekas air besar untuk minum air. Masak makanan sihat sendiri and so on. Tapi since dah ramai ni lah dah macam-macam teori cara makan diet atkins yang baru ni muncul. Mane yang boleh makan mana yang tak boleh makan. Makin menyimpang pula.

Post ni untuk semakan dan peringatan semula kat aku dan jugak kat korang yang baca secara tak sengaja post ni. So here goes, kesilapan-kesilapan dalam berdiet atkins. Semoga kita sama-sama dapat diet yang betul.

1. Tak cukup minum air. Rasanya aku dah ulang banyak kali kot hal ni. Mesti minum air mencukupi, tak kisah ko diet ke tak. Air yang cukup ikut berat kita adalah 25kg = 1 liter air. Ko kira la berat ko bape. Contoh 75kg = 3 liter air. Faham? Kena minum air mencukupi dengan berat badan korang. Air lain yang baik untuk diet is green tea. Kalau kena minum air 3 liter, korang buat 1 liter tu untuk air teh hijau ni. ok? Nape teh hijau? Teh hijau baik untuk kesihatan. Meningkatkan stamina dan metabolisma badan and at the same time will make u lost weight more.



2. Skip makan. Ini adalah kesilapan paling besar kalau korang skip makan. Jangan skip makan breakfast, lunch and dinner. Penah dengar perkataan breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper? Macam tu la sukatan makanan yang korang kena ambil seharian. Makan sarapan macam raja means makan banyak (makan yang dibenarkan dalam diet atkins ok), lunch like prince pon makan masih mewah dan dinner sikit je. Kalau korang skip tak makan breakfast, perut akan bertambah lapar dan korang pasti akan makan banyak dan korang akan start snacking benda yang ntah apa-apa macam cikedis ke kerepek ke, itu free fat masuk dalam badan tu. Makan malam pulak paling lewat ialah lagi 4 jam korang nak tidur. So kena pandai-pandai agak bila your last meal of the day.

3. Tak cukup tidur. Tak cukup rehat akan membawa korang kepada stress dan badan akan protest dengan menyebabkan korang terasa nak makan. Korang akan start craving macam-macam. Terutamanya makanan manis-manis. Jadi korang kena tidur dan dapatkan rehat yang mencukupi. Individu yang cukup tidur dan rehat akan lebih fokus untuk jaga makan dan kesihatan.




4. Makan terlalu banyak makanan proses dan makan banyak makanan yang telah dipelbagaikan. Contoh makanan proses seperti bebola ikan, bebola daging, daging burger, sosej, makanan dalam tin, makanan yang dipek, makanan pre-heat, makanan sejuk beku, makanan dalam botol etc. Makanan yang telah dipelbagaikan pula adalah resepi-resepi makanan atkins yang kebanyakannye hanya sesuai untuk atkins fasa 2-4, iaitu yang telah melepasi fasa 1 (induction). Kenapa tak boleh makan makanan ini? Sebab makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat tersembunyi. walaupon dekat fakta nutrisi makanan dah tunjuk karbohidrat kurang dari 1g tapi kandungan lain untuk memproses makanan tersebut sebenarnya melebihi kandungan karbohidrat yang dinyatakan. So elakkan makanan proses dan makanan yang dipelbagai semasa korang dalam fasa induction.


5. Salah mengira karbohidrat. Ini banyak terjadi kepada yang baru nak memulakan diet atkins. Daging fresh tiada karbohidrat. Sama juga ayam fresh. Telur ada sikit karbo tapi tak sampai 0.5 carb pon. Ikan pon sama. Sayur pon kurang karbohidrat. Makanan yang belum diproses (makanan fresh) adalah sangat rendah karbohidrat. Manakala makanan yang dah disebut kat no 4 tu adalah makanan yang banyak kandungan karbohidrat sama ada terang-terang atau pon karbohidrat tersembunyi.

6. Kurang pengambilan lemak baik. Apa itu lemak baik? Lemak baik dalam atkins adalah minyak masak, minyak zaiton, marjerin dan mentega. Juga beberapa lemak daripada kekacang yang jarang ada kat Malaysia. So mana yang ada kat sini kita makan la ye. Sebab tu dalam diet atkins korang boleh makan ayam goreng togel (hahahhahaha), telur goreng, stir fry everything including your vegetable with olive oil or cooking oil or butter. Untuk pengetahuan, sekiranya pengambilan makanan kita balance bersama dengan lemak baik ni, maka tiada istilah berat statik berlaku. So taknak berat statik? Makan Lemak Baik!



7. Senaman. Again orang akan cakap, ala typical sangat la senaman ni. Tahulah kena senaman. Tapi perlu ke senaman yang heavy? Tidak. Sebenarnya korang cuma perlu kasi badan peluh-peluh sikit je dalam diet atkins ni. Masa mula-mula nak start diet atkins ni korang senamla sikit-sikit. Tapi jangan mendatangkan kesakitan pula. Sebab kita kan gemuk lagi. So senam sikit-sikit je ok.

8. CHEAT. Haaa ini ramai yang buat. Sekali korang dah cheat, maka korang akan forever cheat la. Jangan nak tipu cakap korang boleh makan clean balik. Jarang yang berlaku kecuali korang nekad untuk clean and buat induction phase semula. So pada yang masih dalam fasa industion, sila jangan sesekali cheat!

Itu je dulu setakat yang aku rase kesilapan-kesilapan dalam berdiet atkins ni. Hope kita sama-sama check and balance. Will update this post later if ada yang aku terjumpa kesilapan yang baru.

Ok bye, selamat berdiet atkins.

*Update 09/12/2014

9. Tidak Menyukat Makanan. Ni kes terlebih-lebih ambil makanan walaupon makanan yang dibenarkan dalam diet Atkins. Ingat korang kena sukat makanan yang korang ambil. Silap besar kalo korang main belasah je makan sebab korang tau makanan tu makanan yang dibenarkan. Korang kena ingat setiap makanan ada jumlah karbohidrat tersendiri. Maka berhati-hati semasa mengambil jumlah makanan yang dibenarkan. Sukat untuk 3 kali makan atau 4 kali makan sehari.