Assalam...
Aku sedang berdukacita. Tiada penjelasan lanjut. Cuma ingin melakarkan memori kepada doa dari Nabi Muhammad Saw yang aku jumpa ini. Doa disaat Baginda berdukacita.
“Wahai Allah Tuhanku, kepada-Mu aku mengadukan kelemahan diriku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku di hadapan sesama manusia. Wahai Allah Yang Maha Kasih dari segala kasih, Engkau adalah pelindung orang-orang yang lemah dan teraniaya. Engkau adalah pelindungku. Tuhanku, kepada siapa Engkau serahkan diriku? Apakah kepada orang jauh yang membenciku atau kepada musuh yang menguasai diriku. Tetapi asal Kau tidak murka padaku, aku tidak peduli semua itu. Kesehatan dan kurnia-Mu lebih luas bagiku, aku berlindung dengan cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan, yang karenanya membawa kebahagiaan bagi dunia dan akhirat, daripada murka-Mu yang akan Kau timpakan kepadaku. Engkaulah yang berhak menegurku sehingga Engkau meredhaiku. Tiada daya dan upaya kecuali dari-Mu”.
Amin...
LOVELY NOLIE!
Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...
Sunday, October 16, 2011
Monday, October 10, 2011
Trend Baru Majlis Resepsi: Perlu ikut atau tidak?
Assalam....
Harap maaf dah lama tak post di blog ini. Sangat sibuk dengan kerja harian. Kali ni aku nak cakap pasal trend baru yang melanda Malaysia. Trend-trend yang menjadi ikutan dari barat oleh ramai B2B Malaysia masa majlis resepsi mereka. Antara trend tersebut ialah Candy buffet, guess book, sudut bergambar dan lain-lain lagi.

Candy buffet
Buka tetamu untuk ditandatangan
Sumber: Google
Kalau ada duit lebih dan dapat menjayakan (ada ahli kelaurga yang akan pantau) maka tak salah untuk buat. Tetapi jika membebankan pengantin atau ahli keluarga, maka ada baiknya tidak perlu dibuat. Bayangkan pada hari bahagia anda jika tiada orang yang dapat uruskan hal-hal guestbook untuk anda. Atau candybuffet yang dibiarkan tanpa pengawasan dari ahli keluarga atau teman rapat. Maka akan ada kanak-kanak yang datang itu mungkin akan ambil segenggam gula-gula tanpa memikirkan tetamu lain yang nak merasa jugak candybuffet anda. Betul tak?So terpulang kepada anda bagaimana ye...
Thursday, September 22, 2011
House Renovation #2
Assalam...
Rentetan renovation rumah sepanjang bulan puasa yang lepas, ini sambungan yang kedua. Untuk pengetahuan anda, rumah aku dah siap! Apartment je pun...Hehehe Tapi tak banyak pula gambar yang aku ambil. Hmmm...(pasni kena sentiasa pegang kamera semi-pro aku tu supaya gambar before and after dapat diambil). Cuma ada sikit saja gambar yang boleh aku share. Daripada tiada langsung kan?
Siap beli meja lubang-lubang dari Ikea. Hehehe dulu RM100 lebih harganya. Sekarang tengah sale so dapat RM59 kalo tak silap. Senang nak isi semua CD, DVD...lubang-lubang tak berkuap..hahaha
Aku sangat suka almari Pax Ikea ni. Sangat praktikal. Semua benda aku boleh sumbat dalam ni. Berbaloi dengan harga. Bayangkan toto boleh muat dalam almari ni dengan banyaknya dan masih ada space untuk letak benda lain. Sangat puas hati.
Cuma sekarang ni ada beberapa barang lagi yang tak lengkap. Akan dibeli dan tambah dari masa ke semasa. Bila tetamu datang beraya atau berkunjung ke rumah baru aku perasan ada banyak lagi barang-barang asas yang tiada. Jadi sekarang ni usaha kumpul sedikit demi sedikit barang-barang tersebut terutamanya barang-barang didapur.
Setakat ini aku puas hati dengan perancangan rumah aku. Dan aku gembira ada rumah yang functional. Lega dan boleh berlapang dada.
Rentetan renovation rumah sepanjang bulan puasa yang lepas, ini sambungan yang kedua. Untuk pengetahuan anda, rumah aku dah siap! Apartment je pun...Hehehe Tapi tak banyak pula gambar yang aku ambil. Hmmm...(pasni kena sentiasa pegang kamera semi-pro aku tu supaya gambar before and after dapat diambil). Cuma ada sikit saja gambar yang boleh aku share. Daripada tiada langsung kan?
Ruang tamu dibahagikan oleh sofa. Yup this is the raspberry colour paint yang aku bagitau dulu. Colour ni sangat best sebab bila terkena cahaya akan berubah warna kepada warna tertentu.
Ruang makan, sebelum letak karpet. Agak sempoi.
Hehehe ni saja je nak tunjuk bekas kuih raya. Heheheh murah-murah je bekas kuih raya nie tau...
Lagi ruang makan yang agak blur. Meja dan kerusi dari Ikea.
And this is my lovely kabinet dapur. I loiikkee!
Ruang kerja dekat dengan pintu masuk. Senang nak larikkkk....Hehehehe
Lagi keadaan rumah. Semua merah-merah belaka. Lain tahun tukar lain warna pula.
Lagi dapur ku. Oh dapur masak lupa pula nak ambil gambar. Ada kat ruang kanan sebelah washing machine tu.
Meja kerja.
Aku sangat suka almari Pax Ikea ni. Sangat praktikal. Semua benda aku boleh sumbat dalam ni. Berbaloi dengan harga. Bayangkan toto boleh muat dalam almari ni dengan banyaknya dan masih ada space untuk letak benda lain. Sangat puas hati.
Cuma sekarang ni ada beberapa barang lagi yang tak lengkap. Akan dibeli dan tambah dari masa ke semasa. Bila tetamu datang beraya atau berkunjung ke rumah baru aku perasan ada banyak lagi barang-barang asas yang tiada. Jadi sekarang ni usaha kumpul sedikit demi sedikit barang-barang tersebut terutamanya barang-barang didapur.
Setakat ini aku puas hati dengan perancangan rumah aku. Dan aku gembira ada rumah yang functional. Lega dan boleh berlapang dada.
Tuesday, September 20, 2011
Bahaya Panadol & Paracetamol
Assalam...
Terjumpa artikel ni kat laman sosial. So nak share dengan anda semua.
UNTUK PENGETAHUAN,
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya.. “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Sumber :- http://www..omaQ. org
Note: Aku tak minum minuman bikarbonat @ gas, tapi aku boleh lagi telan air isotonik, so lepas ni kena banyak minum air isotonik kalau sakit kepala.
Wednesday, August 24, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka 2011
Salam...
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka 2011 kepada semua follower dan juga silent reader (you know who you are..hehehe). Diharap dapat diampunkan segala salah dan silap yang telah aku lakukan sepanjang aku berbelog ini. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki seikhlas hati anda semua. Aku juga telah memaafkan semua kesalahan sesiapapun yang mengenali aku, tak kira musuh atau rakan taulan. Tiada apa yang aku simpan dalam hati. 0 - 0 yer? Heheheh.
Pesanan khidmat masyarakat. Sila pandu dengan berhati-hati dimusim perayaan ini, dan pastikan rumah anda berkunci dengan betul. Periksa semua elektrik dan air harap ditutup, kecuali lampu depan rumah. Dan juga inform kepada polis dikawasan rumah anda untuk buat rondaan sekerap mungkin. Ini dapat elakkan pencuri beraya dirumah anda. Heheheh. Ataupun anda boleh buat rumah anda seperti yang dibawah ni. Terpulang kepada anda bagaimana caranya untuk elakkan pencuri beraya dirumah anda dengan seronoknya.
Source: www.bowerpowerblog.com
Ok, sehingga kita berjumpa lagi selepas raya ini. Sila nyanyi lagu raya Sharifah Aini untuk aku, sebab aku sangat suka lagu tu walaupun lagu tu buat aku sedih. HHHuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhhhh...sob...sob....
Note: Hubby aku juga ucap selamat hari raya untuk semua.... xoxo love u all....

Tuesday, August 23, 2011
Semalam yang indah
Salam...
Pagi-pagi Isnin lagi dah start meeting jabatan aku. Meeting kedua untuk setiap bulan. Dan meeting berjalan dengan lancar dan habis cepat. Syukur Alhamdulillah. Habis je meeting tu aku cakap dengan staff aku, siapa yang nak cuti raya boleh cuti start esok. Tapi yang peliknya tiada siapapun yang nak cuti. Hehehehe owh sungguh berdedikasi mereka-mereka ini. Bravo! Petang tu pula kami mula hias-hias pejabat dengan lampu-lampu dan anyaman ketupat plastik. Hehehe biar meriah. Lagi seminggu nak raya ni kan...Ketupat plastik tu kami anyam tahun lepas. Untuk pengetahuan, AKU FAIL ANYAM KETUPAT! Hahahaha tangan tak bedung kot. Kalu jadi pun, setengah jalan je. Nak rapatkan daun tu dah fail dan direction daun pun fail. Mak aku plak pandai anyam ketupat tapi jadi ketupat bawang yang cenonet tu. Hehehe macam-macam ragam. Petang nak dekat jam 5 kami ambil gambar bersama satu jabatan untuk buat kenangan dan juga gambar yang akan diletakkan dalam kad raya jabatan. Setahun sekali buat rasa seronok sangat.
Hari seterusnya Selasa, pagi-pagi lagi staff aku dah ambil softcopy gambar semalam untuk siapkan kad raya jabatan. Dah siap, dah tandatangan dan sebagainya kad tu hantar ke semua jabatan. Siap buat extra untuk tampal di board dan depan mesin punchcard. Agak meriahla juga jabatan kami yang tak seberapa ni. Heheheh walaupon sikit tetap ada effort untuk buat sesuatu. Kira ok kan dari takde ape-ape? Hehehe. Semalam kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. Percaya tak? Percayala. Semalam pertama kali pergi pasar Ramadhan untuk tahun ini. Aku memang tak suka nak bersesak-sesak walaupun pasar Ramadhan tu tak ramai orang. Beli murtabak dan juga kuih popia basah.semuanya RM9 sekali beli. Family aku ramai so kena beli banyakla. Murtabak 2, popia basah 10 biji. Nasib juga sedap dan tak membazir. Semua habis. Aku risau kalau yang aku beli tu tak abis. Tapi Alhamdulillah habis.
Tapi semalam juga ada dua kejadian berlaku serentak. Pertama klient datang dan marah-marah sebab katanya jabatan kami ni banyak karenah. Padahal yang kami minta itu yang basic. Yang asas. Masih ada lagi 'profesional' yang kolot seperti klient itu. Hmmm...yang kedua pada pukul 10:56 am 23/08/2011 (Selasa), panggilan telefon selama 00:04:06 minit menggunakan private number, sedang aku dengar klient tu marah-marah di kaunter, tiba-tiba aku dapat panggilan dari private number. Aku jawab dan suara seorang lelaki bercakap memberitahu yang dia wakil dari Celcom. Dia ada beritahu aku nama dia tapi aku tak dengar sebab aku tengah dengar klient tu marah-marah staf aku. Yang aku perasan namanya sangat panjang dan nama melayu. Dia menerangkan Celcom buat cabutan bertuah dan no telefon aku adalah pemenang no cabutan bertuah tersebut. Mula-mula aku percaya tapi sedikit ragu-ragu. Aku pelik sebab betul ke Celcom buat cabutan bertuah tu. Jumlah yang lelaki tu cakap RM3,500. Pada mulanya dia cakap telah dimasukkan dalam akaun bank. Yang menjadikan aku pelik, kalau dia dah masukkan dalam bank kenapa dia tanya aku ada bank ape. Haaa ni yang menyebabkan aku bertambah syak. Aku cakap aku ada Maybank. Lepas tu dia tanya aku lagi aku ada dimana. Aku cakap aku kat KL. Dia cakap aku kena pergi ke Menara Maybank KL. Mula-mula aku jawab telefon aku dengar suara dia macam orang India yang tak reti sangat BM, tapi lama-lama aku dengar loghat dia macam orang Indon. Masa dia suruh aku pergi menara maybank tu, dia punya ayat macamni "sila menuju ka menara maybang.(bukan bank)". Lepas je aku dengar tu makin pekat plak cakap indon dia. Haaa aku ape lagi. Dah tau dah ini FRAUD! Lepas tu dia cakap lagi, sila menuju ke ATM mesin dan jangan lupa bawa kad atm dan buku bang (bukan bank --cakap dalam BM). Aku tahan lagi. Aku nak dengar sampai abis dia nak cakap ape sebab aku dah tahu dia menipu. NAK ROMPAK AKU LA TUH!! Dia cakap lagi, bila dah sampai kat menara tu, nanti Bank Negara akan call untuk konfemkan duit dan akan ada seseorang (orang Maybank katanya) akan datang jumpa aku. LAGI LA AKU RASA MEMANG DIA NAK ROMPAK AKU! Aku iyakan je semua yang dia cakap. Lepas tu dia suruh aku pergi menara tu sekarang jugak. Aku cakap aku busy. Aku tengah kerja. Dia suruh datang time rehat. Aku cakap lagi bulan puasa ni time rehat lagi bz kerja banyak. Dia tanya pula aku abis keje pukul bape. Aku tipu dia cakap aku abis keje kul 6. Aku dah bengang sebenarnya. Aku cakap kat dia, kalau betul duit dah masuk dalam bank, esok atau lusa la aku keluarkan duit tu. Bank negara pun boleh call anytime untuk konfemkan duit tu. Orang Maybank pun sama. Aku cakap lagi aku bz mayb esok lusa baru aku keluarkan duit tu. Lepas tu dia macam terperangkap taktau nak cakap ape. Aku macam dengar suara dia tergagap nak cakap something. TAPI DIA TERUS LETAK TELEFON!. BUKAN KE TU MENIPU? Kurang asam betul Indon tu.Nasib baik aku tersedar awal yang dia menipu. Kalau dia telefon lagi memang kena maki dengan aku. Nasib bulan puasa nie. Aku harap takde siapala yang terkena tipu dengan Indon tu. Ape dia ingat BM dia bagus sangat sampai aku takleh kesan pelat Indon dia?Haram betul! Harap semua orang berhati-hati dengan penipuan ni. Aku hampir nak lapor kepada polis tapi sebab aku bz sangat aku cuma harap orang lain tak kena tipu. Dan aku tau orang Malaysia semua cerdik-cerdik belaka. Aku tau Celcom takde buat cabutan bertuah macam ni aku dah cek pon kat web celcom. Dan Bank Negara pon takkan senang-senang nak konfemkan duit kepada syarikat nak bagi duit kat individu macam tu je just dengan call je. Penipuan! Aku harap anda semua sebarkan hal ni agar tiada yang jadi mangsa rompakan. Satu lagi sekiranya anda dirompak di ATM semasa nak keluarkan duit (perompak letak pisau dileher atau acu pistol untuk suruh kita keluarkan duit), anda terbalikkan no pin akaun anda. Ini salah satu cara pihak bank dapat kesan yang anda sedang dirompak di ATM itu. Pesanan khidmat masyarakat ni.
Hari ini, tiada ape yang menarik. Mungkin masih awal lagi. Aku start cuti raya hari Jumaat ni. Maknanya esok last aku online dan aku akan offline sepanjang cuti raya ni. Aku start kerja semula pada 06/09/2011. Jadi hari ini atau esok mungkin ada post terakhir sebelum cuti raya nanti. Banyak lagi nak dikejar, rumah tak sepenuhnya siap, kuih raya tak buat lagi, macam-macam lagi nak buat. Sebab tu aku nak cuti awal-awal ni. Ok sampai sini dulu ye. Bye!
Note: Indah tak semalam-semalam yang aku alami? Hmmm....
Friday, August 19, 2011
Week End Eye Candy! #20
Salam...
Nothing much to say, just wanna leave you guys with something funny and something that will make you smile. Have a great weekend and may Allah bless you all...Happy Fasting!
Source: Google
Nothing much to say, just wanna leave you guys with something funny and something that will make you smile. Have a great weekend and may Allah bless you all...Happy Fasting!
Source: Google
Kesian kawan dia nak jatuh kan??heheheh
Note: Masih mencari kuih raya....tunjuk jer..heheheh
Tuesday, August 2, 2011
Week End Eye Candy! #19
Salam...
Maafkan aku sebelum anda semua tengok gambar-gambar dalam post ni. Heheheheh memang saja je tunggu dan simpan gambar ni banyak-banyak untuk bulan puasa. Heheheheh sorry guys!
Maafkan aku sebelum anda semua tengok gambar-gambar dalam post ni. Heheheheh memang saja je tunggu dan simpan gambar ni banyak-banyak untuk bulan puasa. Heheheheh sorry guys!
Sushi bentuk hati comel.
Makanan dari game Pacman
Makanan dari game Katamari
Hmmm yummy!
Coffee jakuzi.
Anime kawaii
Button cookies!
lotsa coffee.
Car rice ball
Nice idea for food decoration
Giraffe bread
Lagi game pacman.
yum yummy!
Cupcake pop.
Rainbow cake.
Alice in wonderland cupcake.
Rainbow cake.
Rainbow chamelion
Rainbow cake lagi!
Cloud and rainbow cake.
rainbow lagi...
hello kitty pop.
beruang tido dengan nyenyaknya..
Gula-gula best. Aku dah rasa.
Cake iphone
1-Up Mario burger.
Mario brothers cupcake.
Ni craft dr kain felt.
Totoro!
Source: Google.
All cute food!!! So cute so yummy!!! Sila tahan dan bersabar puasa hari ini ye. TQ!
Subscribe to:
Posts (Atom)