LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam...

Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di luar sana, kepada bakal ibu dan juga kepada semua wanita tak kira usia. Naluri keibuan sentiasa ada dalam diri kita tak kira apa jua situasi kita sekarang.

Selamat Hari Ibu buat Mak. Terima kasih kerana telah menjaga aku dari kecil hingga aku dewasa. Terima kasih sebab tak penah putus asa dengan aku. Terima kasih kerana menyara aku masa aku study tadika sampai universiti. Terima kasih sebab tak pernah merungut bila aku buat perangai. Terima kasih sebab sentiasa saja hulur duit bila time aku kopak. Terima kasih kerana sentiasa sambut aku bila aku balik rumah mak nak makan nasi tengahari. Terima kasih kerana sentiasa senyum walaupun mak tengah penat.

Sayang mak sangat-sangat! Selamat Hari Ibu.....

Note: Aku pun nak jadi ibu walaupun tahu ada banyak duri dan rintangan akan ditempuhi bila bergelar IBU.. Amin..

No comments:

Post a Comment