Cincin tunang. Gambar ni aku ambil sendiri. Huhu ada gaya jurufoto profesional tak?
Salam...
Disebabkan hari ini agak free jadi aku pun nak menulis satu posting yang aku harap membantu. Tips ni adalah untuk yang majlis tunang bajet rendah macam aku nie. Ini adalah berdasarkan pengalaman. Aku bukan berduit sangat nak spend kepada macam-macam perkara. Walaupun begitu hubby pun banyak membantu. Yelah majlis belah perempuan. Belah lelaki lenggang bawa diri dan bawa hantaran saja. Tips yang aku bagi ini ade yang aku tak buat. Disebabkan aku dah melaluinya jadi aku cuma jelaskan ape yang patut dan tidak patut anda buat. Jadi ini adalah tips yang patut anda ambil tahu.
Anggaran Tetamu
Bincang dengan pasangan anda anggaran jumlah tetamu. Baik belah lelaki dan belah perempuan. Kalau boleh minta sahabat terdekat dan ahli keluarga sahaja yang hadir majlis tunang. Ini dapat kurangkan kos makanan. Menu makanan juga mesti bincang dengan family. Sebab tak ramai jadi family semua boleh masak sama-sama. Kalau jemputan ramai dan tiada yang mengendalikannya maka katering adalah alternatif terbaik. Masa majlis dijalankan juga penting. Jika malam, menu untuk makan malam. Jika tengahari, lauk makan tengahari la. Jika petang, mesti sediakan sedikit manisan seperti kuih muih. Terpulang pada anda bagaimana.
Hantaran
Dapatkan persetujuan dari pasangan hantaran nak hantar masa kahwin sekali atau tidak. Macam aku dulu hantaran sekali saja masa bertunang jadi masa kahwin tiada hantaran sebab aku pening nak prepare banyak-banyak, sebab nak kahwin nanti lagi banyak benda nak fikir. Dan juga setujui bersama jumlah hantaran dan balas yang perlu oleh pihak perempuan. Kadang-kadang kita dah bajet cantik punya tapi tiba-tiba ade makcik sponsor itu ini. So ambil langkah muka tak malu tanya dulu makcik-makcik sepupu sepapat sume, ada nak sponsor hantaran ke tak untuk anda. Ni salah satu langkah jimat. Anda bayangkan aku tunang dulu dekat 5 biji kek aku dapat hasil sponsor(ni aku tak penah cerita dalam blog). Seminggu kenyang makan kek. huhuhu
Dekorasi hantaran
Hantaran yang aku DIY. Ni 98% siap.
Aku dulu DIY je. Sape yang nak DIY sangat bagus. Tapi kepada yang ada duit lebih boleh upah orang buatkan. Barang-barang sume aku beli kat Nilai dengan harga yang sangat memuaskan hati aku setelah sehari suntuk aku survey hampir semua kedai. Siap bawa nota kecil untuk tulis harga dan banding harga. Sampai hubby(masa tu tunang aku) dah give-up temankan aku. Hahaha siapa yang sanggup buat perangai cam aku buat silakanla. Hasilnya memang memuaskan. Walaupun tangan aku ni keras tapi menjadi jugak. Dan aku juga guna bunga segar yang aku beli sehari sebelum majlis di Petaling Street (dulu masa kat U aku panggil PS Butik hehehe). Just survey je area Petaling Street tu. Kedai bunga memang banyak. Bunga kena beli pagi-pagi. Sebab lori dari pembekal baru sampai pagi-pagi ataupon time-time malam nak magrib. Tapi siapa yang berani pergi sana waktu magrib kan?Huhuhuh. (Bunga yang lebih aku buat hiasan dimini pelamin dan juga buat bunga tangan, JIMAT lagi!)
Bunga tangan hasil tangan sendiri. Ok tak?
Tapi pertama-tamanya anda mesti..diulangi MESTI, senaraikan dulu ape yang anda nak dan rupa hasil hantaran anda tu macamane. Survey kat internet trend terbaru, tema warna, kat internet juga ada DIY hantaran. Simpan gambar hantaran yang mana anda berkenan dan boleh dijadikan rujukan masa nak DIY hantaran nanti. Tetapkan hati jangan rambang mata bila dah sampai kat kedai yang jual macam-macam perhiasan perkahwinan. Huiii ni bahaya betul nie. Kalau tak tetap iman dah abis shopping barang yang bukan-bukan. Percayalah!
Doorgift
Trend sekarang kan sume orang nak bagi doorgift. Macam aku dulu pun DIY je. Aku buat bekas potpuri bunga rampai botol innershine tu. Beli doily paper and brown paperbag dan juga riben buat bow kat bag kertas tu. Doily paper RM2.50 je ade 250helai sepeket ada jual kat kedai runcit jer. Brown paper bag tu pon jual murah je kat kedai. Botol innershine tu leh ganti dengan botol lain gak. Korang pegi je Chowkit cari bekas plastik murah-murah kat sana memang ada banyak jual. Siap bleh tawar-tawar harga lagi. Nasib aku memang minum innershine, aku kumpul botol tu saje-saje je sebenarnya. Bila tengok kat blog xora diaterimanikahnya tu trus aku tiru (dah minta kebenaran ok). SAVING giler!
Botol Innershine yang dibuat doorgift. Isi bunga rampai, letak doily paper then letak getah dan ikat riben keliling getah utk cover getah tu.
Baju Tunang
Kepada yang nak sewa bagus. Pada yang tidak selesa nak sewa nak buat baju tunang sendiri ni payah skit. Aku macam tu la dulu. Macam-macam fesyen ade dalam kepala kan? Betul tak? Jadi, start la survey kat internet fesyen ape yang anda nak. Jubah ke, kurung moden ke, klasik ke, dress ke etc etc.. Tips dari aku: Anda semua mesti ada baju yang anda pakai nampak cantik kan? Macam contoh kurung moden yang menampakkan keayuan anda. Jadi, tiru stail tu pada baju tunang anda. Konfem akan nampak cantik dibadan anda sebab kita dah tau fesyen tu cantik dengan badan kita. Biar pon simple tapi bila dah cantik orang akan tetap pandang anda cantik pada hari itu.
Mesti ke baju tunang nie dari lace? TIDAK! ada macam-macam jenis kain. Lace ada yang mahal ada yang murah. Anda kena ingat kalau baju grand-grand pas tunang mesti dah tak pakai dah. Konfem! Tak ke membazir? Upah tukang jahit lagi. Nasib baik pada sesiapa yang pandai menjahit dah save kat tailoring. Jadi altenatif yang aku bleh bagi, anda cari kain yang berwarna soft jangan warna terang dan gelap tapi masih mengikut tema warna majlis tunang. Kalau anda beli kain lace, baju jangan jahit sekali dengan lace tu. biar lace tu asing dengan baju. Supaya kemudian hari baju tu anda boleh pakai lagi. Lace tu plak anda bleh mismatch dengan kain plain yang lain. Kan dah jimat dan dapat pakai dengan baju lain plak lagi..Di nasihatkan jangan beli baju kat butik-butik yang terkenal sebab kebanyakannya hanya JUAL JENAMA bukan jual kain (harap anda faham ape yang aku maksudkan). Ada banyak kedai kain yang jual kain-kain untuk majlis tunang nikah kawen yang murah-murah. Kena spend time sikit survey kedai kain yang lain. P dating + minyak or duit tambang + Beli kain + makan + upah jahit + outcome baju= RM?? @ Sewa or pinjam=RM?? pilih la sendiri...
Mini Pelamin
Kalau ikut hati aku dulu aku taknak ada mini pelamin. Aku nak duduk kat dalam bilik jer macam orang zaman dulu. Tapi mak aku bising bilik sempit la itula inila. Haa dah last minit memang takleh nak cari org buat pelamin. Jadi, decide buat sendiri. Tapi aku ni jenis aware dan alert sebab aku memang boleh rasa kejadian mini pelamin ni akan terjadi jadi, aku awal-awal dah survey mini pelamin kat internet. Hasil dia memang comel jer. Hehehe puji diri sendiri. Takde apapun barang yang dibeli dalam proses buat mini pelamin ni. Guna langsir lace mak aku + langsir lace makcik aku sebab lace mak aku nipis sangat nampak dinding. Pastu tambah karpet shaggy aku dan letak bantal nikah (bantal nikah ni je satu-satunya barang yang aku sewa RM50 but butik kembalikan RM30). Memang dah jimat takyah nak upah-upah butik buat mini pelamin.
Mini pelamin aku yang tak dijangka yang tiada dalam perancangan.
Photographer
Untuk yang ni kalau anda ada kawan-kawan yang jadi jurukamera bolehla minta best price dari diorang. Kalau takde sila survey internet atau apa-apa saluran untuk harga servis jurufoto yang murah-murah. Rajin-rajin jugak jenguk festival perkahwinan sebab selalunya di acara-acara inilah ada diskaun dan offer yang macam-macam dari jurufoto. Kalo tiada bajet sangat pun boleh minta tolong sesiapa dalam keluarga anda untuk jadi jurufoto yang utama. Maknanya anda mesti fokus kepada jurufoto yang anda telah tanggungjawabkan untuk ambil gambar anda dan sekitar majlis anda. Pilih yang boleh diharap. Dan sila senyum pada jurufoto family anda itu sebab dia adalah jurufoto anda. INGAT!
Solekan Bertunang
Solekan penting untuk nampak cantik. Kepada anda yang tiada masalah jerawat atau kulit muka anda harus bersyukur. Kepada yang ada masalah, sila buat facial sendiri atau ke salon/spa yang ada offer facial murah-murah. Ambil pakej rawatan muka yang paling standard sebab anda bukan nak kahwin lagi, tunang je. Sila pegi salon/spa seminggu awal sebab kebanyakan orang muka akan merah-merah dan mengelupas selepas facial. Beri peluang wajah anda pulih semula. Seminggu adalah waktu yang afdal. Kalau ada yang pandai makeup sendiri, ini lebih jimat. Kalau tak pandai makeup carilah MUA yang boleh makeup simple untuk bertunang yang murah. kenala survey ye.
Itu sajalah tips untuk yang bajet rendah dan tak banyak duit tapi masih rasa grand. Memang anda akan betul-betul jimat. Duit yang dah save tu boleh guna untuk majlis perkahwinan. Mungkin majlis kahwin anda boleh grand pula sebab duit dah save waktu majlis bertunang.
Note: Harap tiada yang tersinggung. Mohon maaf dari aku.Yang buruk dari aku dan yang baik dari Allah SWT. (^.^)v peace...
bagus tips awak, yer la bukan semua org mampu nak buat grand.... yg penting niat tu baik dan direstui :)
ReplyDeleteanyway, ada service make up yg sgt berbaloi :) rm50 jer per session... kalau yg dekat2 sy tak charge transportation :) yg penting ikhlas... tak kesah tunang ke kahwin ke..dinner ke ape semua sy charge memang Rm50 jer....
kalau nak tgk hasil kerja bole pg blog sy... kalau rasa ok.. bole la contact2 or tanya dulu :)
hehe tq..
DeletePm saya Utk make up RM50 tu di talian 019-6096798
Deletenice sharing :)
ReplyDelete