LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Monday, July 4, 2011

Yang perlu bakal pengantin/pengantin/isteri/suami buat.

Salam...

Post ini berkenaan dengan persediaan pengantin sebelum, semasa dan selepas. Walaupun dah banyak blogger yang bagi tips bakal pengantin tapi aku tetap juga nak bagi tips ni sebagai panduan. Manala tau nanti anak cucu aku terbaca blog ni ke masa akan datang. Hehehe berangan...

Sebelum:
1) Semasa dalam tempoh pertunangan, ada baiknya anda berbaik-baik dengan family belah satu lagi yang akan menjadi family anda juga. Belajar mengenal mereka serba sedikit. Jangan nanti ada yang tak kenal adik-beradik tunangan kita.Tak rugi, malah menguatkan sayang mereka kepada ahli keluarga baru ini.

2) Macam biasa la kalo dah tunang, if keluarga tunangan anda ada buat kenduri, mesti anda dijemput hadir sekali. Jadi, anda kenalah rajinkan diri. Tolong mana yang patut, bukan setakat tunjuk muka dan tunjuk manja. Huhuhu.. Masa tu anda akan diperhatikan dan kalau salah sikit mesti kena kata (umpat).

3) Jaga tingkah laku, cara berpakaian, adab dengan orang tua. Ambil hati mereka sebab selalunya orang tua tak demand lebih. Yang mereka minta cuma perhatian dan hormat dari anak-anak. Jadi, belilah buah tangan sikit dan berbual mesra bertanya khabar sudah memadai.

Semasa:
1) Berdasarkan pengalaman aku, semasa jadi pengantin tak susah. Cuma penat nak senyum pada hari itu. Masa tengah makeup ramai saudara yang menjengah bilik nak tengok pengantin. Kenal ke tak ke, salam dan senyum dengan semua orang. Hei..hari gembira anda kan??so senyumla....

2) Hari kita jadi pengantin adalah hari untuk kita sendiri. Jadi, lupakan adik-adik sepupu yang mengacau dan buat bising diluar rumah, lupakan kerisauan doorgift mungkin tak cukup, lupakan lauk-pauk yang mungkin tak cukup, lupakan pengantin mungkin ada halangan dan datang lewat, bla bla bla...itu semua kemungkinan sahaja. Fokus pada diri untuk nampak tenang dan cantik dan teruskan senyum. Hehehehe

3) Layan baik-baik makeup artist kita dan juga OP kita dan juga semua vendor yang kita upah. Sebab kita bergantung dengan mereka. Dan semestinya mereka tahu dan pakar dengan kerja mereka, kalau tak kenapa kita pilih mereka kan?Kira ni pon masuk dalam bab sebelum jadi pengantin juga ni.

4) Jangan lupa minta tolong saudara yang boleh dipercayai untuk apa-apa keperluan anda semasa anda sedang disolek oleh makeup artis. Orang tersebut mestilah yang boleh disuruh dan ikhlas nak tolong anda bukan sekadar menempel saja.

Selepas:
1) Bila dah jadi isteri/suami orang, pandai-pandaila bawa diri. Jadilah diri kita sendiri dan jangan sesekali berpura-pura dan hipokrit. 

2) Emak u emak i juga, emak i emak u juga. Faham? Adab dengan family baru mesti dijaga. Berbaik dengan semua dan jangan sombong.

3) Berdikari. Ini sifat yang paling disenangi oleh keluarga mertua. Jangan asyik nak menempel dengan suami saja (ni untuk perempuan yer..). Bila tercampak dimana-mana kita boleh hidup sendiri bukan asyik nak berkepit saja. Orang tua cukup tak suka dan akan ingat perangai buruk ni sampai bila-bila.Suami pun sama, isteri tak boleh lepas dari mata. Biarkan isteri bergaul dengan family anda. Nanti anda juga yang dipuji kerana punya isteri yang berdikari dan boleh diharap.

4) Elakkan bergaduh depan ibubapa/mertua. Rasa malulah nak bertekak dengan suami/isteri depan orang tua. Kalau nak bincang apa-apa pun senyap-senyap kita berdua saja sudahlah. Jangan ikutkan hati panas dan bertengkar didepan ibubapa/mertua kita. Nanti akan timbul persepsi yang kurang elok terhadap kita. Pandangan orang berbeza-beza. Jadi ada baiknya jika kita dapat elakkan tanggapan buruk orang terhadap diri kita suami/isteri.

5) Jangan berkira dengan ibubapa/mertua kita. Sebagaimana kita melayan ibubapa sebenar kita begitu jugalah kita melayan mertua kita. Sebab kita perlu ingat, merekalah yang merestui perkahwinan kita. Tanpa restu mereka perkahwinan kita tak mungkin terjadi dan bahagia.

Ok, setakat ini saja dulu. Dah kering idea la. Lain kali aku sambung lagi yer.

No comments:

Post a Comment