LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Monday, April 4, 2011

Projek Balut Buku

Salam...

Aku dah lama plan nak jalankan projek ni. Disebabkan oleh buku aku pon dah bertimbun-timbun maka datang idea supaya buku aku tak cepat jahanam. Sebab aku ni agak ganas gak bila baca buku. Abis la cover buke terlipat ke, terkoyak ujung dia ke.

Seminggu sudah aku dah beli plastik balut buku kat kedai buku tu. Beli banyak sebab buku pon banyak. Dengan niat nak balut buku aku tu semua. Beli jugak two-sided tape. Apalagi aku dengan semangatnya memulakan projek balut buku aku nie. Malam tadi aku keluarkan buku faveret aku dulu untuk dibalut. Dah ulang-ulang banyak kali baca dah naik lunyai gakla buku-buku tu termasuk buku baru pon aku balut (untuk selamatkan dari terkoyak baik balut awal-awal..huhuhu).

Alang-alang dah tunjuk gambar buku, aku review sekali la buku-buku nie ek.

Ni buku-buku faveret aku. Yang dah dibalut dan tengah nak balut.

Buku ni sangatla best. Kisah mengenai lelaki yang kena tinggal dek girlfren dia sebab dia takleh nak decide ape nak buat dengan hidup dia. Gf dia plak kekasih yang setia tapi agak kecewa dengan Bf dia nie. So Gf dia tinggalkan dia dan akan balik pada tarikh tertentu untuk tanya Bf dia ni dah decide nak buat ape dalam hidup dorang. Kira kasi peluang berfikirla nie..Samada nak kawen ke ape ke. Perjalanan Bf dia selepas ditinggalkan oleh Gf dia. Dari takde rupa sangat, agak gempal, dia pegi gym, ade trainer, pegi blind date, pastu ade kawan baik, dah jadi agak hensem skit (dia perasan sendiri kot..hahah) etc etc...last skali ermmm kena cite ke?Ala...p la beli buku nie kat kedai MPH ke, Kinokuniya ke...huhuhuh yang pentingnya buku ni bagitau kite isi hati lelaki sebab penulis dia pon lelaki. Two thumbs up!!

Buku ni plak sangatla popular seluruh dunia...Sape tak kenal Mitch Albom. Masa mula-mula buku ni launch sangat susah nak dapat. Merata cari buku nie sume sold out. Buku ni mengenai seorang lelaki yang teringat kat prof dia masa kat universiti dulu. Macam mana dia teringat prof dia pon aku tak ingat dah. Agak lama tak ulang baca buku ni. Prof dia masa dia jumpa pon dah tua nak mati dah. Tapi sebelum prof dia mati dia sempat jumpa prof dia setiap hari....????cuba teka hari ape? Kalau hari jumaat mesti tajuk dia tukar Fridays with my nearly dead prof...hahahahhahahahahahahaahahhahahahahaha gelak guling-guling...sukati aku je tukar tajuk buku orang..Sorry Mitch Albom...huhhuhu penat gelak..

Tu la cite dia. Dia jumpa prof dia, prof dia ajar mengenai kehidupan, apa yang penting, apa yang tak penting, falsafah, ayat sastera yang sampai aku pun naik tak faham masa mula-mula baca, kena ready dictionary sebelah kalau jumpa ayat yang aku tak faham. Tapi buku ni memang best. Kalau mat saleh yang takde agama mungkin akan jadikan prof dia ala-ala agama falsafah cina tu..apa ke nama dia..confucius kot. Haaaa itu la kot...Ni pon 2 thumbs up plus ibu jari kaki dua-dua..huhuhuh.

Buku ni aku beli kat MPH. Aku saja je jalan-jalan buang masa kat MPH masa tu sementara tunggu BF merangkap hubby aku skang nie. (Huh tiba-tiba tringat zaman anak dara hehehe). Amat tertarik dengan tajuk buku nie sebab aku suka wish macam-macam gak dulu. Suruh berhati-hati masa mengharap sesuatu adalah nasihat yang terbaik penah aku dengar. Ini supaya kita tak jadi selfish. Asyik nak ikut kehendak kita saja kan. Kena fikir orang lain juga. So buku ni mengenai seorang perempuan yang sangat suka buat wish. Sampai ada seorang perempuan gipsi jual-paksa dan dia pon terpaksa-rela beli tangkal ala-ala dreamcatcher. Kalau taktau ape benda alah dreamcather tu anda cari images kat google ek. Sejak dapat tangkal tu apa yang dia wish semua terjadi sehingga memerangkap dia. Sehingga dia terpaksa pegi ke satu tempat untuk buang sumpahan tangkal tu. Cerita dia best dan memang mengajar kita supaya jangan terlalu fikirkan diri sendiri jugak. Ni bagi dua-dua ibu jari kaki naik! Huhuhu

Buku ni susulan aku dah terbaca buku sebelumnya, penulis yang sama. Aku terjatuh chenta dengan gaya penulisan penulis nie si Alexandra Potter nie..(takde kena mengena dengan Harry Potter yer). Tapi buku ni aku beli kat Central Market KL. Kedai buku secondhand dan buku baru terpilih je yang dia jual. Kedai yang best dan kebanyakan buku yang aku ade sume aku beli kat kedai tu dengan harga yang rendah. Ntah macamane aku leh tersesat kat CM masa tu. Dah lama tak pergi CM aku pon pergi ngan BF a.k.a Hubby masa tu. Ternampak buku ni terus aku sambar jer. Baca tajuk dia pon menarik kan?

Cite dia pasal perempuan ni bercinta dengan Bf dia kat Venice. Sampai pada tahap dia terbeli gak coin yang dipotong dua dan buat rantai konon-konon tak nak terpisah dari Bf dia la...Pastu siap cium bawah jambatan lagi nak kasi kukuh cinta dorang tu. Pastu dia balik London, Bf dia balik NYC. 10 tahun dorang terpisah, dalam masa tu Bf dia dah kawen lain, dia kecewa, dia pegi NYC dapat offer keje kat art gallery sebab dia ni dulu art course student. Sampai pada satu hari dia terjumpa balik Bf lama dia. Bf lama dia dah jadi seorang penerbit rancangan game TV yang sangat popular dan sangat kaya. Konon-konon jatuh chenta balik la. Tapi sangkaan dia meleset bila Bf lama dia ni dah totally berubah 360 degree bak kata orang jowo. Dia seorang yang sangat tak clean, sangat messy tapi Bf dia seorang yang sangat pentingkan kesihatan, kebersihan bla bla bla...So dia tak rase serasi lagi ngn Bf dia tu. Dorang gaduh dan saling benci itu 'i hate u'... Pada satu hari tu pompuan ni kenal dengan sorang lelaki lain dan suka kat lelaki tu tapi takleh sebab coin tu sentiasa ada walaupon dia ingat coin tu dah ilang lama dulu. Bila dia buang, coin tu muncul balik walaupun housemate dia nampak dia buang coin tu kat dalam tong sampah kat taman. Apa yang dia buat semua mesti ade kaitan dengan Bf lama dia. Sumpahan coin dan cium bawah jambatan. Tu la..sape suruh main cium-cium nie. Kena sumpahan mak dia la tu...Huhuhu sampai pada satu tahap jadi sangat seram sebab handphone dorang pon boleh misscall sesama sendiri. Haaa cite ni memang best. Pergi cari kat kedai buku ek bukan kedai jual ubat konfem tak jumpa...ni ajak sorang kawan buat 2 thumbs up skali ngan ibu jari kaki dia (buat sama-sama kawan tu ek...).


Buku ni plak pasal seorang pompuan yang gile shopping walaupun hutang kad kredit dah menimbun dan hutang dengan kawan dan jugak dengan boss. Dan sanggup tipu bos konon makcik dia mati nak beli scarf cantik adiah kat makcik dia masa sakit tu. Cite pasal pompuan gile shopping sampai bengkok, sampai nyorok kat umah parent. Tapi diselamatkan oleh cerita sebuah company insurans yang tipu jiran dia, dan dia buat cover story sebab dia rase bersalah kerana dia yang suruh jiran dia tukar plan insurans dorang. Pompuan ni journalist kewangan so dia coverla cite tu. Pastu dia dapat duit banyak dan selamat dan ader Bf antara yang kaya kat England. Lebih kurang camtu la cite dia..Buku ni pon cari kat kedai buku kalau nak tau selanjutnya ek. Best!

Buku ni cite seram ringan, easy horror. Cerita berkenaan seorang budak perempuan nama Carrie Junior...hahahahah Carrie je la....Dia dilahirkan dengan keupayaan yang luar biasa iaitu boleh menggerakkan barang-barang atau benda dengan sendirinya. Kira macam magik tapi cara menyampaian Stephen King ni menyebabkan cerita dia jadi seram. Carrie dilahirkan tak beruntung sangat. Family dia macam ada problem. Kisah kehidupan dia dari dia kecik, masuk sekolah etc etc...(sebenarnya aku dah lupa skit cite nie..dah lama tak baca balik). Tapi yang penting buku ni SUPERB!!


Buku cerita ni pon horror jugak dan best itu 'seronok baca then takut sebab seram' dan aku lupa cite dia camane. Hahahaha kasi suspen kat anda semua...Nanti aku baca balik yer..Huhuhuhuh seraaaaaaammmm.....

Buku ni plak dari penulis yang terkenal Sophie Kinsella a.k.a Madeliene Wickham(nama samaran untuk buku dia yang lain..eleh taknak ngaku dia Sophie Kinsella..cet!). Buku ni aku tak baca lagi. Tapi yang aku baca sinopsis kat belakang buku nie, cerita tentang seorang pompuan ni dia koma, bila dia bangun hidup dia berubah 360 degree dan hidup dia jadi best tapi agak tak best bila ade banyak orang benci dia. Nanti aku abis baca aku story lebih skit ek..

Haaaa..Buku ni aku tengah baca. Start baca je dah rase sedih sebab laki dia mati. Hidup selepas laki dia mati macam taknak hidup je nak ikut laki dia gak kot. Pastu laki dia ada tinggalkan 'THE LIST'. Apa benda ntah sebab aku tak abis baca lagi..huhuhuh. Nanti dah abis baca aku sambung review buku nie.

Ok ni baru projek pertama, balut buku kegemaran aku. Ada banyak lagi kat rak tu yang belum balut yang least faveret..huhuhuh pilih kasih tul. Ada masa aku balut buku yang lain gak. Ni kena beli lagi 5 hingga 6 gulung plastik balut buku ni. Nak balut jugak buku kerja aku yang banyak tu. Sayang plak terbiar je macam tu. Huh kena usaha lebih skit sebab banyak jugak buku-buku tu semua.

Note: Nanti kalo ada anak yang dah skolah kena balut buku skolah dorang plak. Huhuhu
(",)v peace...

No comments:

Post a Comment