LOVELY NOLIE!

Assalam..this is about me..my life..my journey..my joy and my pain..my good days and my bad days...

Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka 2011

Salam...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka 2011 kepada semua follower dan juga silent reader (you know who you are..hehehe). Diharap dapat diampunkan segala salah dan silap yang telah aku lakukan sepanjang aku berbelog ini. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki  seikhlas hati anda semua. Aku juga telah memaafkan semua kesalahan sesiapapun yang mengenali aku, tak kira musuh atau rakan taulan. Tiada apa yang aku simpan dalam hati. 0 - 0 yer? Heheheh.

Pesanan khidmat masyarakat. Sila pandu dengan berhati-hati dimusim perayaan ini, dan pastikan rumah anda berkunci dengan betul. Periksa semua elektrik dan air harap ditutup, kecuali lampu depan rumah. Dan juga inform kepada polis dikawasan rumah anda untuk buat rondaan sekerap mungkin. Ini dapat elakkan pencuri beraya dirumah anda. Heheheh. Ataupun anda boleh buat rumah anda seperti yang dibawah ni. Terpulang kepada anda bagaimana caranya untuk elakkan pencuri beraya dirumah anda dengan seronoknya.

Source: www.bowerpowerblog.com


Ok, sehingga kita berjumpa lagi selepas raya ini. Sila nyanyi lagu raya Sharifah Aini untuk aku, sebab aku sangat suka lagu tu walaupun lagu tu buat aku sedih. HHHuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhhhh...sob...sob....

Note: Hubby aku juga ucap selamat hari raya untuk semua.... xoxo love u all....

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi...

Salam...

Sempena dengan bulan Ramadhan ni aku nak mengucapkan Selamat berpuasa, semoga segala amalan kita mendapat keberkatan dari Allah swt. Harap dimaafkan segala salah dan silap yang telah aku lakukan sepanjang berbelog ni. Puasa penuh kalau boleh..hehehehe orang perempuan ni boleh puasa penuh kalau pregnant je kot.heheheh. Berpada-pada semasa berbelanja. Bulan inilah kalau boleh kita berjimat sebab tak makan siang. Jadi pandai-pandaila anda merancang perbelanjaan anda. Nafsu makan dan berbelanja boleh disekat dengan nekad. Pada encik-encik abang yang nak berhenti merokok, inilah waktunya. Ok??

Note: perlu ke aku shopping raya?Baju raya dah ada. Haaaa beli kuih raya.....heheheh

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam...

Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di luar sana, kepada bakal ibu dan juga kepada semua wanita tak kira usia. Naluri keibuan sentiasa ada dalam diri kita tak kira apa jua situasi kita sekarang.

Selamat Hari Ibu buat Mak. Terima kasih kerana telah menjaga aku dari kecil hingga aku dewasa. Terima kasih sebab tak penah putus asa dengan aku. Terima kasih kerana menyara aku masa aku study tadika sampai universiti. Terima kasih sebab tak pernah merungut bila aku buat perangai. Terima kasih sebab sentiasa saja hulur duit bila time aku kopak. Terima kasih kerana sentiasa sambut aku bila aku balik rumah mak nak makan nasi tengahari. Terima kasih kerana sentiasa senyum walaupun mak tengah penat.

Sayang mak sangat-sangat! Selamat Hari Ibu.....

Note: Aku pun nak jadi ibu walaupun tahu ada banyak duri dan rintangan akan ditempuhi bila bergelar IBU.. Amin..

Monday, April 4, 2011

Happy Birthday Allif!

Salam...

Semalam sambut hari lahir adik aku. 04041994 hari aku dapat adik bongsu aku Muhammad Allif. Skang dah 17 tahun. Dah besar dan terasa cepatnya masa berlalu. Rase cam semalam baru je nampak dia lari2 pakai baju skolah taska dia warna purple padahal baju skolah taska dia warna ijau tp dia pelik tak suka pakai baju tu. Untuk pengetahuan, adik aku ni lahir-lahir je dah tumbuh gigi. Doktor cakap mak aku terlebih kalsium. Sampai adik aku lahir ade gigi dan tak dapat mak aku nak breastfeed dia.

Petang pas keje aku rushing p kedai kek (Kedai kek kawen aku nie). Tokey kedai tu pon dah kenal aku dah. Servis memang superb. Aku pilih kek coklat sebab Allif suka coklat. Dah pilih dah bayar, aku p beli kuih plak (ni mak aku yang pesan, malas masak la tu...) huhuhu..

Sampai umah je Allif dah tunggu. Dia baru balik dari tuisyen. Excited giler. Padahal kalo ikutkan sederhana je sambutan yang aku buat. Tak kisahla, asalkan ada. Dan adik aku pon happy je aku tengok. Alhamdulillah.....

Selamat Hari Lahir Allif. Semoga sihat selalu, belajar rajin-rajin dan berjaya dalam SPM tahun nie..

Kek coklat birthday Allif

Birthday Boy!

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Malaya!


Sumber: Googled
Salam..

Pagi2 lagi aku berblog ni nak mengucapkan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang menang Piala AFF Suzuki 2010. Sebagai penutup tahun ni pasukan bola sepak Malaysia memberikan hadiah yang sangat bermakna buat rakyat Malaysia.

Barulah rase bahagia bangun pagi2 kuar keje hirup udara segar Malaysia yang dibanggakan ni..kira bangun pagi ni ade motivator la nak p keje..(padahal sok cuti kot..cuti peristiwa. heheheh terpaksa batal cuti yg memang dah amek awal2 ni..)

Sangat2 bangga tak terkira la walaupon kalah 1-2 dengan Indonesia malam td. Tp tak menafikan kedudukan agregat yang Malaysia dah dapat. huhuhuh tibe2 rase cam nak ganti Dato' Razali sebagai komentar sukan plak...heheheheh cuma suara je kurang sesuai..aaauuuwww...

Huhuhuh still xdapat nak review hari tunang sbb gambar tak dpt lagi. Adik aku yg jd kameraman. Dia tak bagi lagi aku gambar2 yang berkaitan untuk direview. Rasenya new year nanti baru dapat review..sila anda bersabar.

BTW Happy New Year...ade resolution baru ke?

Ooopss..jgn lupa baca niat akhir tahun dan niat awal tahun yer...sehingga jumpa lagi tahun depan!

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah..

Salam..

Maaf kerana aku terlambat mengucapkan salam Awal Muharam kepada anda semua..makcik betul2 bz la balek dr cuti nie..terkejar2, rushing sini sana, siapkan report itu ini, etc..etc..huhhu

org slalu bila tahun baru akan tanya azam baru..sempena tahun baru Islam ni anda sume ade azam baru ke? Aku ada...ade satu benda dah lama aku nak buat, bukan untuk sape2 tapi untuk diri aku sendiri jugak. dah lama aku pikir nak buat. cuma baru ni datang hidayah kot..agak2 anda sume leh teka tak?

Kalo betul tekaan bkorang betulla...aku dah memakai hijab aka tudung..alhamdullillah aku sekarang lebih rase secure..baru aku tahu nikmatnya pakai tudung..aku janji dgn diri sendiri pasni aurat akan aku jaga.aku masih baru..mmg ambil masa untuk sesuaikan diri..tp aku akan sedaya upaya menjaga aurat aku..tingkahlaku aku, semuanya.

memakai tudung tak bermakna hati aku akan lembut.aku akan lebih tegas dengan staf aku. tiada kompromi bagi mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. cuma aku tak garangla..dan aku harap staf aku semuanya sihat, bekerja dengan baik,hidup dengan baik jugak..

wassalam..

Tuesday, November 30, 2010

Aku dah setahun!

Salam...

Aku baru setahun,
merangkak, berhingus, tak cukup ilmu,
kurang dari segalanya,

Aku baru setahun,
tiada hasil baru pucuk daun hijau,
belum ade buah manis untuk aku kongsi,

aku baru setahun,
masih tercari-cari ilmu yang perlu,
masih perlu berpaut pada yang tua,
masih perlu bertanya itu ini,
masih kurang pasti pada segala benda,

aku baru setahun,
hari ini genap setahun,
aku sedar kurang itu ini,
ilmu yang perlu aku cari akan terus ku cari,

Aku baru setahun,
tapi aku sedar...
aku dah setahun!

(Salam...tiada apa yang dapat kugambarkan dengan kata-kata melainkan nukilan ku diatas sebagai mengambarkan hari ini aku dah setahun bekerja sebagai pegawai kerajaan. Aku berdoa agar aku dapat mengharungi pahit getir-liku hidup seorang pegawai kerajaan. dan aku berharap aku buat yang terbaik untuk diriku, keluargaku, hidupku dan juga masyarakat disekelilingku..amin..)

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Allahumma Balighna Ramadhan....

Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan...

kepada anda semua.selamat berpuasa. cuba penuhi bulan puasa ini dengan ibadah...aku pon sama..tahun ni nekad untuk memperbaiki amalan yang mane kurang..aku mencari keredhaan dan sinar dari Allah supaya aku berubah menjadi manusia yang jika tidak terbaik sekurang2 nya bukan yang paling buruk... amin...

aktiviti bulan puasa? hmmm keje macam biasa..ari minggu still kena p cari barang2 yang mane perlu. time pose ni la kita leh main harga dengan penjual2 diluar sana..so kena tahan dugaan berpuasa tu..haus pon harung jugak...kalo nak dpt the best mesti usaha the best jugak kan??

petang td dah abis pk..ade 2 pilihan jenis kain yg nak dibuat baju tunang n hantaran baju nikah. kain chiffon dan kain shantung (betul ke aku eja? lantakkan..asal bunyinyer sama!)tp nak kena p survey dulu nti...Binwanis, Jakel, Nagoya..hmmm ape lg ye kedai kain yang ok? kena peruntukkan 1 hari utk cari kain jer.

aku ade gak terpikir baju bertunang nak wat lain dari yang lain...tp aku takut mak aku terkujat je nti..igt nak pakai baju kurung biasa jer...ataupun pakai baju india tu...ala yang dorg slalu pakai ngn suar tu...(gile ke aku nie? mmg terkujatla org tua aku nti...)

hmmm..kena pk gak tu..inila susahnyer org yang takde tarikh lagi nie...lintang pukang la aku rase....tak teratur lagi nie....

slow slow kayuh yer cik nolie....(dah terasa aura bulan ramadhan...alhamdulillah...)

mari puasa elok2 jgn puasa yangyok tengahari bukak periok! hahahah